KETAHUI FAKTA INI:
''Dari
segi biokimia, kolagen ni sebenarnya kombinasi sekumpulan asid amino
tertentu yg hanya wujud pada HAIWAN dan MANUSIA.... pada tumbuhan
(termasuk rumpai laut, soya, koko) tu memang ada asid amino tapi tidak boleh dikatakan kolagen sebab kombinasi berbeza dengan kolagen.Asid amino pada tumbuhan ni juga BOLEH merangsang penghasilan kolagen semulajadi dari badan kita (30% protein badan manusia adalah kolagen - pada tendon, tulang, kartilaj etc.) Maknanya, sumber tumbuhan tu sepatutnya disebut sebagai PENGGALAK KOLAGEN bukan KOLAGEN... kecuali ramuan produk dicampur dari sumber kolagen haiwan. Sumber kolagen haiwan yang popular adalah ayam, lembu, babi, arnab, ikan. Kolagen dari marin (ikan) adalah 7 kali lebih baik dari sumber lain.''
Rumpai Laut Tiada Kolagen?
Rumpai laut yang mendapat sambutan hangat di pasaran hari ini ialah
jenis agar yang diekstrak dari spesis Eucheuma Gelidium. Ia sebenarnya
sudah lama digunakan dalam masakan terutama untuk membuat kueh
agar-agar. Hari ini, disebabkan penyebaran kononnya ia mengandungi kolagen, ia
semakin mendesak orang ramai untuk mendapatkannya malah harganya kini
meningkat.
Setakat ini tiada
kajian saintifik yang mendapati rumpai laut mengandungi kolagen. Malah
zat-zat yang membantu menghasilkan kolagen yang banyak boleh ditemui
dalam vitamin C seperti buah-buahan citrus, bukan dalam rumpai laut. Agak pelik bagaimana
mereka boleh mendakwa rumpai laut adalah sumber kolagen terbaik?
Kolagen tidak hadir begitu saja. Dakwaan yang mengatakan adanya 'kolagen mentah' dalam rumpai laut adalah salah. Apatah lagi yang mendakwa 'ibu kolagen'. Tiada kolagen yang didapati dalam bentuk mentah.

Penghasilan Produk
Rumpai laut digunakan untuk menghasilkan tiga hydrocolloids iaitu agar, alginat dan carrageenan. Hydrocolloids ialah bahan yang larut dalam air untuk memberikan kelikatan, membentuk gel, untuk menstabilkan produk seperti ais krim (ia menghalang pembentukan kristal supaya ais boleh kekalkan tekstur licin).
Produk kosmetik seperti krim dan losyen kadang-kadang melabelkan kandungan "ekstrak marin", "ekstrak alga", "ekstrak rumpai laut" malah ada yang lebih berani melabelkannya sebagai "marine collagen". Ini mungkin menunjukkan ia mengandungi salah satu hydrocolloids yang diekstrak dari rumpai laut. Alginat dan carrageenan boleh meningkatkan sifat-sifat pengekalan lembapan pada kulit. Yang jelas, ia tidak boleh membuatkan wajah anda kembali remaja setelah kulit anda berkedut. Malah kajian terhadap beberapa spesies rumpai laut kelp, wakame dan nori mendapati ia baik untuk merawat kanser dan thyroid, bukan untuk awet muda.

Bagaimana kolagen terhasil?
Secara ringkasnya, kolagen di sintesis daripada sel yang dinamakan fibroblast. Dan lagi satu perkara yang wajib kita tahu ialah Vitamin C sangat penting dalam penghasilan kolagen kerana ia bertindak sebagai penggalak kolagen.
Kesimpulannya, kolagen memang tidak wujud dalam tumbuhan. Soy collagen, cocoa collagen, cranberri collagen dan pure marine collagen dan entah apa jenis 'kolagen' daripada tumbuhan sebenarnya TIDAK mengandungi kolagen!!
Rumpai laut jika dimakan begitu saja amat bagus sebab ia mengandungi kandungan protein dan iodin yang tinggi. Ia bagus untuk mencegah penyakit beguk (goiter). Bagaimanapun kelebihan iodin boleh menyebabkan risiko kanser meningkat.

Dari Mana Untuk Dapatkan Kolagen
Kolagen dihasilkan dari dalam tubuh kita.Untuk memastikan tubuh kita menghasilkan kolagen, kita perlu mengambil makanan-makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen secara semulajadi. Makanan yang boleh membantu penghasilan kolagen ialah sumber vitamin C seperti buah-buahan citrus, sayur-sayuran, tomato, keju, soya, asid amino, ikan dan telur.

Selain itu kolagen juga boleh didapati daripada sumber haiwan. Sumber Kolagen yang terbaik ialah daripada ikan kerana ia menghampiri kolagen manusia.
Ok lah, semoga pendedahan ini membuka sedikit mata kita. Selidik dahulu apa saja produk yg kita nak guna/ makan sumbernya, jangan menerima apa saja membuta tuli. Jika ada kesan buruk, kita yang rasa..jika ada kesan baik, kita juga yg rasa.. Apapun tepuk dada tanya selera.

Ingat Cantik, Ingat Kolagen Powder Shaklee. Ingin tahu perbezaan kolagen shaklee dengan kolagen lain dipasaran? Baca SINI
0 comments:
Post a Comment