Tuesday, April 22, 2014

7 Makanan penyebab bau badan

Tahu tak sebenarnya masalah bau badan berpunca dari ketidakseimbangan hormon, diet, obesiti dan pembiakan bakteria di kawasan-kawasan badan yang terpencil.  Selain daripada itu, faktor pemakanan juga adalah salah satu penyumbang utama terhadap masalah ini. Berikut disenaraikan beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan badan mudah berbau.

1. Rempah ratus
Rempah ratus seperti bawang putih, bawang merah, dan kari secara umumnya akan menyebabkan bau badan kerana ia akan menghasilkan gas sulfur yang diserap oleh darah yang di hapuskan melalui paru-paru dan pori-pori kulit.

2. Daging Merah
 
Daging membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein, zink, selenium, vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Walaubagaimanapun, daging merah boleh menyebabkan badan cepat berbau dan berpeluh kerana ia mengambil masa yang lama untuk dicernakan.

3. Produk Susu

 
Produk susu sememangnya kaya dengan protein yang membuat tubuh lebih lambat untuk mencernanya. Pelepasan hidrogen sulfida dalam tubuh akan membuatkan tubuh mudah berbau.

4. Kolin
 
Makanan seperti telur, hati, ikan dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan kandungan kolin dan mempunyai kandungan zat yang tinggi dalam membantu perkembangan  memori atau daya ingatan. Juga berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda tetapi ia juga mudah membuatkan tubuh berbau.

5. Makanan bergoreng
 
Makanan bergoreng seperti ayam goreng, mee goreng dan pelbagai jenis makanan bergoreng lain juga boleh menyebabkan badan mudah berbau kerana lemak dan minyak yang terkandung di dalamnya. 

6. Kafein
Kafein adalah stimulant atau penggalak semulajadi yang boleh dijumpai dalam makanan atau minuman seperti kopi, teh, coklat, aiskrim kopi serta beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh melegakan sakit. Bau makanan dan minuman ini akan meresap ke dalam peluh yang akan menyebabkan badan mudah berbau.

7. Tembakau

 
Selain makanan, tembakau juga menjadi penyebab bau badan yang kurang menyenangkan kerana asap rokok akan bercampur dengan unsur-unsur lain di dalam badan dan keluar melalui kelenjar keringat. 

Untuk mencegah bau badan yang kurang menyenangkan:
  • Banyakkan minum air putih, 
  • Makan makanan yang berserat dan lebihkan pengambilan buah-buahan seperti epal, strawberri, anggur, tomato, nenas dan tembikai. 
  • Kerap mandi dan JAGA KEBERSIHAN DIRI- Cara terbaik ialah mandi 3 kali sehari, agar bakteria tidak boleh membiak dan pastikan pengambilan sabun anti bakteria. Amalkan pemakaian DEODARANT or basuh dengan AIR LIMAU (kalau mandi biar bersih2..cuci ditempat yang berdaki)
  • Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar- bahan sebegini memastikan adanya peredaran angin, dan mengurang rasa panas dan secara tidak langsung mengurangkan peluh. (elakkan memakai pakaian yang berlapis atau berwarna gelap) 
  • Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang). 
  • Berhenti merokok.
Anda juga boleh mencuba produk Shaklee untuk mengatasi masalah bau badan.
3 jenis vitamin yang dicadangkan untuk mengawal bau badan adalah.
 

1.  Alfalfa Complex shaklee  
 
Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.





 

2. Garlic Shaklee 

Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.
 




 
3.  Herba-Lax Shaklee 


Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus. 

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-   
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com ; SMS: 013-4505852  
 


0 comments:

Post a Comment