Friday, April 4, 2014

Diet Tanpa Nasi

Diet Atkins : Anda Tidak Perlu Berlapar

Diet atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr Atkins bagi membantu individu yang ingin menurunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan. Dengan menghadkan pemgambilan karbohidrat seperti nasi, mi, kentang, dan gula akan memberi kesan kepada penyusutan berat badan dalam jangka masa panjang. Diet ini tanpa perlu berlapar cuma anda perlu memilih makanan yang bersumberkan protein tanpa karbohidrat.

Terdapat empat peringkat yang perlu anda ikuti asalkan anda disiplin dan konsisten dalam melaksanakan diet ini.

Peringkat 1-induction (2 minggu atau lebih bergantung pada berat badan anda sekarang)

Induction adalah peringkat terpenting kerana ia adalah peringkat permulaan perubahan corak pemakanan anda berbanding sebelum ini. Corak pemakanan anda perlu diubah dan sebaik-baiknya dilakukan selama dua minggu atau sehingga enam bulan bergantung kepada tahap kesihatan dan berat badan anda.

Semasa tempoh induction anda haruslah mengelak dari mengambil makanan berikut: 
  • Makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, mi, kuew tiau dan sebagainya. 
  • Sebarang jenis roti tidak kiralah roti biasa, bun, roti jala, rati canai dan segala jenis roti
  • Semua jenis gula - secara langsung atau tidak langsung 
  • Buah-buahan selama 2 minggu - kandungan gulanya yang tinggi jika dimakan berlebihan dan menyebabkan anda menjadi semakin lapar. Selepas 2 minggu baru boleh makan berpada-pada 
  • Minuman bergula,bergas, jus atau berkafein 
  • Semua jenis snek dan makanan ringan 
  • Semua jenis kacang selama 2 minggu 
  • Semua jenis makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan atau yang sejenis dengannya 
  • Makanan bertepung seperti kek atau biskut dan kuih muih
Makanan yang dibolehkan semasa proses induction:
  • Ayam, ikan dan daging - panggang, stim atau bakar 
  • Sup dan sate (digoreng tanpa tepung) 
  • Udang - bakar, tom yam dan digoreng dengan cili boh sahaja 
  • Sayuran hijau (elakkan lobak merah dan kentang) 
  • Air kosong dan air mineral - minum lebih tiga liter sehari 
  • Burger - Buang roti dan hanya makan dagingnya bersama sayur dan mayonise 
  • Pizza- Makan topping sahaja 
  • Makan supplemen dan vitamin seperti multivitamin untuk bekalan zat dan serbuk protein yang boleh memberi tenaga kepada anda.
JANGAN PONTENG MAKAN
Sarapan, makan tengahari dan makan malam seperti biasa mengikut diet sewaktu induction ini. Makan malam sebelum jam 7 petang. Pastikan anda makan tiga kali sehari untuk saiz hidangan biasa tapi sekiranya anda jenis yang suka mengunyah anda bolehlah kecilkan saiz hidangan anda menjadi empat ke lima kali sehari. JANGAN berlapar untuk menurunkan berat badan anda kerana ianya hanya menyiksa diri anda. Anda perlulah bijak dalam pengambilan makanan seimbang.

Peringkat 2-Ongoing weight loss (Penyusutan berat badan)
Selepas mengamalkan diet artkins akan berlaku penyusutan berat badan. Adalah penting penyusutan tidak berlaku secara mendadak kerana dikhuatiri berat otot yang hilang dan bukannya berat lemak seperti yang anda kehendaki. Penyusustan mendadak juga boleh menyebabkan tubuh anda menggeleber, adalah penting untuk mengambil makanan bersumberkan protein untuk mengekalkan otot dan metabolisma badan anda secara teratur.

Peringkat 3-Pre-maintenanca &
 
Peringkat 4-Lifetime maintenanceSetelah program penyusutan berat badan anda berjaya, anda bolehlah makan secara teratur dan kurangkan pengambilan karbohidrat. Jaga kualiti dan kuantiti pemakanan anda agar berat badan anda tidak kembali seperti sebelumnya. Proses ini penting dalam peringkat pre-maintenance dan lifetime maintenance.
sumber: Majalah Dara
 
Anda juga boleh mencuba Set kurus Shaklee tanpa perlu berlapar.Berminat??? 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852  

 




Share:

2 comments:

  1. Betul2 harap dpt membantu saya dlm proses jugak nk kurus ni huhuhu.. Btw akk thanks baca blog kita.. Blogwalking sekali kt sini hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih juga sudi tinggalkan komen. InsyaAllah semoga adik amirah berjaya mencapai sasaran utk dapatkan berat badan yg ideal. Yang paling penting kena disiplin n istiqomah k.

      Delete

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive