Wanita hamil yang kerap terdedah dengan pencemaran udara tahap tinggi
mempunyai kemungkinan dua kali ganda untuk mendapat anak yang mengalami
autism.
Banyak kajian saintifik mendapati wanita yang terdedah kepada bau
dari minyak petrol yang mengandungi plumbum di udara mempunyai
kemungkinan dua kali ganda untuk mempunyai anak yang menghadapi masalah
autism.
Selain itu ia boleh menyebabkan keguguran di kalangan wanita yang hamil pada awal usia kehamilan.
(rujuk: Golub, Mari S., ed. (2005). “Summary”. Metals, fertility, and
reproductive toxicity. Boca Raton, Fla.: Taylor and Francis. p. 153.
ISBN 978-0-415-70040-5).
Selain dari petrol, saya nasihatkan juga wanita yang hamil supaya
mengelakkan aktiviti yang berkaitan dengan sumber plumbum yang lain.
Antaranya:
1. Air minuman yang dicemari plumbum. Plumbum boleh mencemari air jika ia melarut daripada paip lama.
2. Jika anda tinggal di rumah lama, ada kemungkinan terdapat paip
plumbum di dalam bangunan itu. Biarkan air paip mengalir selama beberapa
minit sebelum anda mengisi gelas atau cerek, atau gunakan penapis air.
3. Jangan guna air terus daripada paip untuk minuman atau untuk memasak, sebaliknya gunakan penapis air.
4. Hobi seperti membuat seramik, barang kemas, pencetakan, elektronik, peniupan kaca atau tingkap kaca berwarna.
5. Membuang cat lama semasa menghias rumah. Cat lama mungkin mengandungi plumbum.
6. Menggunakan gelas kristal berplumbum atau pinggan seramik yang
disadur dengan plumbum (biasa terdapat pada pinggan lama atau yang
diimport).
Sumber:http://drzubaidi.com/blog/
Inginkan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee?
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment