Monday, April 21, 2014

Bagaimana Rasulullah S.A.W merawat jerawat?

jerawat
Di jarinya, tumbuh sesuatu yang menjengkelkan. Selalunya ia menempek pada muka, tak ada pada tempat lain. Memang pelik. Macam mana jerawat boleh tumbuh pada jari? Lalu beliau berjumpa dengan seseorang yang boleh membantu masalahnya. Orang ini bukannya seorang doktor. Bukan juga seorang pengamal perubatan. Tapi orang ini bukan calang-calang orang. Dia adalah Baginda Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W bertanya kepada pesakit itu:
“Engkau ada minyak zarirah?
Pesakit itu menjawab. “Ada.”
Baginda S.A.W bersabda: “Bubuhkan ia pada jerawatmu itu, kemudian bacalah doa:
“Allahumma musogghiral kabiir wa mukabbiras soghir soggir maabi”
Maksudnya: Ya Allah, yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawat ini.(1)

Itu adalah pengalaman Ibnu As-Sunni yang meriwayatkannya dari sebahagian isteri Nabi. Rupa-rupanya, kaedah untuk merawat jerawat sudah diberitahu oleh Rasulullah S.A.W lebih dari 1400 dahulu.
Bukannya dermatologis dan doktor pakar.

Bagaimana jerawat terjadi?
Jerawat terjadi kerana pori pada kulit yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan beserta dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria mula hinggap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit.
Masalah ini sering meghantui remaja terutamanya remaja perempuan yang baru datang bulan dan wanita yang mengalami menopos.
Faktor tumbesaran yang pesat dan ketidakseimbangan hormon adalah antara punca utama masalah ini. Faktor keturunan dan diet juga perlu diambil kira.
Terdapat banyak kaedah untuk merawat jerawat. Sebelum jenama ubat jerawat terkenal berbondong-bondong diletakkan di pasaraya dan digilai ramai, minyak ini sudah digunakan terlebih dahulu.

Kenali minyak zarirah.
swertiachirata
Minyak zarirah diambil dari pokok Swertia chirayita. Dikenali sebagai Qasabuz-Zarirah di kalangan masyarakat Arab, ia boleh ditemui di kawasan beriklim sederhana Himalaya. Tumbuhan ini bersifat pahit, anti-keradangan  dan digunakan secara meluas di dalam perubatan Ayurveda untuk merawat buasir, ulser, diabetis dan penyakit kulit.
Minyak zarirah adalah salah satu daripada banyak kaedah untuk merawat jerawat. Ianya semulajadi dan tiada bahan kimia.
Mungkin agak sukar untuk mendapatkan minyak zarirah di sini, tetapi anda boleh mengambil beberapa langkah mudah untuk mengurangkan kesan jerawat.

Tips mengurangkan kesan jerawat.
  • pastikan tangan anda sentiasa bersih. Kekerapan tangan menyentuh kulit muka adalah tinggi, jadi cuci tangan dengan air dan sabun sekerap yang mungkin.
  • pakai pakaian yang bersih dan sudah dicuci.
  • cuci muka dengan kerap. Wuduk setiap solat 5 kali sehari semalam adalah kaedah mudah untuk membersihkan muka dari minyak dan debu kotor.
  • guna pencuci muka yang bebas kimia untuk membersihkan kulit muka anda.
  • ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin A, vitamin B5, kalsium dan zink. Kurangkan makanan yang berlemak dan tidak berkhasiat.
  • kawal stres dengan melakukan aktiviti aktif seperti bersenam, berenang atau senamrobik. Lakukan juga perkara yang boleh merehatkan minda seperti memancing, berkebun dan meditasi.
  • tidur dengan secukupnya kerana tubuh badan dapat menjana semula sel-sel kulit yang baru dan mengeluarkan toksin dari badan.
  • untuk petua mudah, sapukan sari timun pada bahagian wajah dan leher selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih.
Alhamdulillah, jerawat yang ada pada jari Ibnu As-Sunni sudah reda. Ini semua berkat dari doa yang diajarkan oleh Nabi S.A.W. Lalu, ia disampaikan kepada semua orang, hinggalah sampai kepada kita.
Terpulang kepada kita untuk mengamalkannya. Jika kita yakin dengan kekuasaan Allah, insya-Allah apa sahaja masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.

Sumber:
(1) Ditakhrij oleh al-Hakim dan beliau berkata:”Sanadnya sahih namun tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim dan diakui oleh Az-Zahabi.

Nak tahu rahsia kulit berseri-seri tanpa make-up boleh baca SINI

Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852  
 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive