Friday, April 4, 2014

Petua Bibir Merah Menawan

Siapa yang tidak menginginkan bibir yang kelihatan cantik menawan. Bibir merupakan hiasan wajah yang menjadi daya tarikan utama kepada kecantikan wajah selain hidung dan mata. Senyuman yang manis lahirnya daripada bibir yang menarik dan sihat. Ia juga akan menjadi cermin kepada kecantikan anda. Oleh itu kesihatan bibir juga haruslah dititik beratkan. Masalah yang umumnya terjadi kepada bibir adalah kekeringan serta pecah-pecah.

  Mengapa bibir mudah pecah-pecah?
  • Pencemaran udara sekeliing serta debu-debu.
  • Keadaan suhu yang berubah-ubah boleh menyebabkan bibir mudah menjadi kering serta pecah-pecah.
  • Makan makanan yang terlalu masam atau masin.
  • Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kurangnya minum air kosong
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur.
Petua Tradisional
Anda boleh mencuba beberapa petua tradisional untuk mendapatkan bibir yang cantik menawan dan kelihatan berseri serta kemerah-merahan. Antara petua yang boleh anda amalkan ialah: 
  • Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
  • Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.
  • Sapukan pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan kemerahmerahan.
  • Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852  


0 comments:

Post a Comment