Wednesday, April 9, 2014

Perbezaan Diantara Ubat Dan Supplement (Vitamin)

 
Ubat 
  1. Ubat adalah bahan yang ganjil dengan tubuh, ia bukan sebahagian daripada tisu-tisu badan kita dan tidak juga menyumbang kepada pembinaan sel badan.
  2. Merupakan ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi badan dengan mengganggu tindakan biokimia dan proses-proses enzim
  3. Boleh menyebabkan kesan sampingan, kebanyakannya boleh kekal dalam badan. Aspirin contohnya boleh menyebabkan gangguan dalam perut, loya, gangguan penglihatan, telinga berdengung, bintik merah, gangguan penghadaman dan sebagainya.
  4. Bertindak baik secara berasingan. Kesan ubat boleh terganggu dengan penggunaan ubat yang lain dan boleh juga mengakibatkan kesan sampingan yang mudarat.
  5. Baik dimakan biasanya di antara dua waktu makan bagi mengelakkan kesan saling mempengaruhi di antara satu sama lain.
  6. Berkemungkinan mengakibatkan maut jika diguna secara berlebihan.
  7. Menghasilkan kesan kepada setiap orang.
  8. Bertindak cepat, secara agresif dan kita akan nampak kesan tindakan ubat dalam masa beberapa minit atau jam.
  9. Merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukan merawat punca sakit. Ia hanya menutupi kesakitan, bukan memulihkannya
  10. Perlu pengawasan rapi bagi mengelakkan `overdose’.
  11. Orang lebih tua perlukan ubat dalam sukatan lebih rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yang lebih serius berbanding orang muda.
  12. Ubat boleh menyebabkan penyakit 
Vitamin (Food supplement)
  1. Bahan berkhasiat, semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan alami beberapa kelemahan dan kegagalan fungsi organ.
  2. Bahan berkhasiat ini membantu tindakan biokimia dan proses enzim dalam tubuh kita.
  3. Tidak menimbulkan kesan sampingan. Jika terlebih dos hanya menyebabkan gangguan sementara sahaja. Oleh kerana badan membina sistem enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ia juga bersedia menghadapi keadaan terlebih dos.
  4.  Ia bertindak lebih baik secara bersatu di antara satu sama lain ibarat rantaian. Malah kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
  5. Boleh diambil bersama makanan. Ia lebih berkesan menyerap bersama makanan dan meningkatkan kesan penghadaman makanan.
  6. Selamat diambil, tiada risiko maut.
  7. Tidak menghasilkan kesan kepada tubuh, kecuali jika tubuh kita mengalami kekurangan vitamin tersebut. 
  8. Bertindak secara perlahan, mengambil masa yang lama untuk memberi kesan baik kepada tubuh.
  9. Merawat terhadap punca penyakit.
  10. Tidak perlu pengawasan rapi. Badan boleh menerima bekalan vitamin secara terhad, jika bekalan mencukupi maka ia tidak akan menerimanya lagi.
  11. Orang tua perlukan lebih banyak sukatan vitamin kerana faktor kekurangan yang berlarutan serta sistem penghadaman yang semakin lemah.
  12. Vitamin mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dari serangan kuman bakteria dan virus serta melambatkan proses kemerosotan fungsi organ badan.
Kesimpulannya
  • Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja. 
  • Supplement boleh diambil bila-bila masa.
  • dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement. 
  • Ubat mengandungi dadah yang membolehkan ia bertindak dengan cepat. 
  • Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yang digunakan untuk melawan segala penyakit.
JADI FIKIR-FIKIRKANLAH YG MANA TERBAIK BAGI DIRI KITA
Nak tahu Perbezaan Vitamin Sintetik, Organik dan Semulajadi?

0 comments:

Post a Comment