Sunday, July 13, 2014

8 Cara Mengatasi Anak Mengamuk

 
Bukan mudah mengendalikan anak yang mengamuk jika kita tidak tahu cara yang paling baik bagi menanganinya. Ramai juga di kalangan ibubapa yang mengambil jalan mudah dengan memukul, menjerit dan memarahi anak dengan harapan anak akan berhenti mengamuk. Namun cara begitu lebih banyak memberikan impak negatif kepada anak-anak.

Ada beberapa cara yang boleh kita lakukan jika anak mengamuk. Antaranya:
  1. Kenali tanda. Hanya ibu bapa yang mengetahui bila anak akan mengamuk. Kenali tanda-tandanya dan anda akan lebih bersedia jika anak anda mula mengamuk. 
  2. Bertenang. Jika anak mula mengamuk, ibu bapa atau orang yang berada berdekatan dengannya perlu menunjukkan sikap bertenang. Jangan mudah melenting dan marah. 
  3. Cuba memujuk. Usaha dahulu memujuk dengan cara yang baik. Pegang atau dukung dengan lembut dan mesra. Itu petanda anda sedia untuk bekerjasama dan mendengar segala masalah yang sedang anak hadapi. 
  4. Alihkan perhatiannya. Jika anda sudah nampak tanda-tanda yang dia mahukan sesuatu dan anda tidak dapat memenuhi hajatnya itu dan akan mencetuskan kemarahannya, cepat-cepat alihkan perhatiannya. 
  5. Beri pilihan. Jika anak mula mengamuk, berikan dia pilihan, samada dia mahu bersikap baik dan tidak dimarahi anda. Katakan kepadanya jika dia bersikap baik, anda akan menjanjikan sesuatu seperti menonton televisyen atau membaca bersama. 
  6. Biarkan. Jika pujukan tidak menjadi dan anak anda terus menghentakkan kaki atau berguling di atas lantai, biarkan dia. Namun pastikan keadaan sekelilingnya selamat dari barang-barang yang membahayakan. 
  7. Nasihat. Anak yang mengamuk tidak akan mengamuk sepanjang hari. Dia pasti penat juga akhirnya. Pada waktu begini, anda belailah dia dan katakan kepadanya bahawa apa yang dia lakukan sebentar tadi adalah salah dan dia akan lebih disayangi jika dia bersikap baik dan mendengar kata. 
  8. Bersifat tegas. Sesekali bertegas dengan anak. Jika dia mengamuk, katakan bahawa anda akan potong waktu bermainnya. Biar dia belajar bagaimana perasaan marah dan kecewa. Terangkan dengan jelas mengapa tindakan itu anda ambil.
Bolehkah anak kecil memahami apa yang dikatakan oleh kita?
Sudah tentu! Walaupun mereka kecil, mereka tahu ketika mana ibu bapanya marah, sayang, gembira, benci mahupun kecewa. Selalulah berkomunikasi dengan anak dan berbual dengan mereka tentang apa yang mereka dan anda suka. Nasihat yang berpanjangan akan mengurangkan temper tantrumnya.

Untuk mendapatkan Set Anak Sihat Dan Pintar ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive