Hampir 4 hari Wafa Imani demam. Suhu badan memang tinggi. Bila makan ubat habis dimuntahnya, batuknya juga makin kuat dan hidungnya pula selsema. Memang kesian sangat tengok keadaan dia. Minum susu semuanya muntah sebab batuk. Makin cikedinglah anak ummi yang sorang ni.Masuk hari ke 5 demamnya dah hilang, alhamdulillah tapi tetiba pulak keluar bintik-bintik merah dimuka, badan sampai ke kaki.
Macam tak percaya jer anak ummi kena demam campak rupanya umur Wafa baru nak masuk 7 bulan. Apa lagi mak mertua kalut suruh cari air penawar. Dan macam-macam lagi petua yang dia bagi untuk atasi demam campak sekam ni. Katanya demam ni kulit jadi miang dan gatal yang teramat sangat. Ohhh kesiannya wafa. Bagi yang tak tahu lagi apa itu demam campak jom kita sesama ambil tahu skit.
Apa itu demam campak?
Demam campak (Rubella) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak
disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami
gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.
Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara
dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa
bercakap, batuk atau bersin.
Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:
- Demam tinggi.
- Batuk, selesema dan sakit tekak.
- Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
- Sakit otot.
Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka
dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.
Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan
biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam
masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.
Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum
yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama
dengan demam campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam
biasanya akan kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah
rubella.
Bagaimana nak atasi masalah demam campak ni?
Antara tips dan petua yang orang tua-tua bagitau:
1- Daun semambu di alaskan atas tempat tidur. Lagi bagus kalau anak
terus baring atas daun. Kalau anak taknak, boleh alaskan kain batik di
atas daun semambu yang dah letak atas tilam tu. Mandi air daun semambu
juga. (caranya saya basuh daun-daun tu pastu saya blender dan tapis ambil air dia untuk mandikan wafa dalam basin mandian)
2- Gunakan oat. Ini pun boleh di kisar. Lepas tu
masukkan oat yang di kisar ( tak perlu terlalu lumat) masukkan dalam
stokin atau uncang kain dan gosok-gosok pada badan untuk hilangkan miang
badan. Boleh juga mandi oat yang tak perlu bilas dan tak perlu sabun.
Just masukkan uncang oat dalam air dan biar dalam rendam 10-15minit dan
mandikan baby. Ini kena pastikan anak kita tak alah pada oat ye..
4- Minum dan mandi air kelapa muda yang freash! (Kelako tengok Baba kait buah nyok muda disebabkan tak sampai walopun menggunakan galah maka Baba pun lapik ngan kerusi katanya nak bagi cukup cm..hahaha)
5- Kalau boleh elakkan tumis menumis dalam rumah yang ada pesakit demam
campak. Sebab di khuatiri rasa gatal dan miang pada badan semakin
menjadi-jadi.
6- Jangan biarkan anak berpeluh. Duduk dalam air-cond ataupun dalam cuaca nyaman adalah sebaiknya.iar
7- Ada juga yang tumbuk daun semambu bersama kunyit hidup dan campurkan
dengan bedak sejuk. Sapu serta lumurkan ke seluruh badan anak. Ini boleh
mengelakkan miang gatal dan juga elak parut.
Ohhh yer satu lagi sepanjang dia jadi ruam tu jangan bagi pakai baju pakai pampers jer nak elak peluh, kalo baby masih tak selesa lumurkan dengan bedak sejuk. Wafa imani sangat-sangat suka bila buat macam tu...hilang rasa miang dan gatal kot.
oklah semoga tips di atas berguna untuk semua. Manalah tahu kan pasni giliran anak anda pulak yang dapat demam campak sekam ni. Boleh amalkan petua ni. InsyaAllah boleh membantu.
Jika berminat Untuk mendapatkan Produk Shaklee Anda bolehlah hunbungi saya:
SMS/whatapps: 013-4505852
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
0 comments:
Post a Comment