Bagi setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan cahaya mata bagi menyeri dan melengkapkan kehidupan rumahtangga mereka. Kehadiran cahayamata sebagai tanda kasih sayang dan cinta suami isteri bagi menguatkan lagi ikatan sesuatu perkahwinan. Terdapat pasangan yang selepas berkahwin sudah bunting pelamin, dan ada juga pasangan yang berpuluh tahun berkahwin masih belum dikurniakan cahaya mata. Jadi apakah penyebab kepada keadaan ini. Adakah pasangan tersebut mandul? Mari kita ketahui faktor yang menyebabkan kemandulan di kalangan suami dan isteri.
FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN ISTERI
-
Salur fallopio tersumbat.
-
Tidak subur.
-
Telur tidak baik.
-
Peredaran haid tidak teratur.
-
Haid terhenti atau tidak ada langsung.
-
Haid terlampau lama.
-
Sakit setiap kali kedatangan haid.
-
Keputihan yang serius.
-
Pendarahan di utrin.
-
Radang pada dinding rahim.
-
Fibroid.
-
Tidak ada nafsu seks.
- Kesan sampingan ubat perancang atau mana-mana ubat panas atau jamu yang dimakan kerana tujuan tertentu sehingga merosakkan rahim atau menjejaskan tahap kesuburan wanita.
Antara punca lelaki kurang subur:
- Lelaki yang suka mandi air panas juga mungkin mendapat masalah ini.
- Memakai seluar ketat.
- Berat badan yang berlebihan
- Kemungkinan semasa kanak-kanaknya dia pernah menjalani pembedahan sehingga meninggalkan kesan pada sistem kelaminnya. Atau mungkin juga kerana alah dengan penyakit lelah atau beguk.
- Duduk setempat yang agak lama seperti memandu berjam-jam atau berhari-hari menyebabkan zakar terdedah kepada haba panas lalu menjejaskan kualiti air mani.
- Merokok melebihi 20 batang sehari.
- Kerap mengambil alkohol atau arak
- Selalu melakukan kerja-kerja berat
- Kekurangan zink dikenal pasti berkait dengan jumlah sperma yang rendah pada lelaki.
Untuk pasangan yang berkahwin dalam lingkungan umur di bawah 30 tahun, anda perlu berjumpa pakar hanya setelah isteri tidak hamil dalam jangka masa setahun setengah.
Manakala pasangan yang berkahwin 30 hingga 35 tahun, anda perlu berjumpa pakar setelah setahun isteri masih belum hamil.
Bagi mereka yang berkahwin lebih dari 35 tahun, setelah beberapa bulan berkahwin dan isteri masih belum hamil, anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar segera.
-
Pakar atau doktor akan memeriksa buah zakar untuk memastikan saiz, perbezaan dan sebarang perubahan serta memeriksa kedudukan zakar sama ada normal atau tidak.
-
Kemudian pemeriksaan terhadap air mani pula akan dijalankan.
- Memberhentikan punca-punca di atas iaitu berhenti
merokok, tidak mengambil alkohol atau arak, kurangkan kerja berat, kurangkan
berat badan, jangan memakai seluar dalam atau seluar ketat dan elakkan dari
mandi menggunakan air panas. Anda juga digalakkan mengambil antibiotik dan
suntikan hormon.
- Air mani lelaki yang sedikit walau bagaimanapun
masih mempunyai sperma, doktor akan mengambil contoh air maninya dan akan
dirangsangkan ke dalam ovari isteri waktu suburnya.
- Menjalankan kaedah IVF. Doktor akan mengambil
sperma suami yang kurang aktif dan disenyawakan dengan telur isteri di dalam
makmal untuk membentuk embrio sebelum dimasukkan ke rahim isteri.
- Kaedah ICSI. Doktor akan mengambil benih isteri
dan disenyawakan dengan sperma kemudian disuntik semula ke dalam rahim isteri
Untuk mendapatkan Set Kesuburan Suami Isteri ini, anda boleh klik
link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- Atau
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment