Wednesday, July 16, 2014

Lapan Cara Menghilangkan Nafas Berbau

 
Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan : 

(1) Bersihkan lidah 
Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah.
Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau. 

(2) Mengunyah gula-gula getah 
Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur. 

(3) Menghisap kulit kayu manis 
Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya. 

(4) Pastikan mulut sentiasa lembap 
Minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria ‘jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi poleypehnols, iaitu sejenis ‘bahan kimia’ tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.

(5) Pemakanan 
Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya. 
Amalkan cara hidup sihat dengan mengambil makanan yang banyak mengandung vitamin E dan C, misalnya buah-buahan, sayur-sayuran. Makanlah makanan yang sihat dan sedikit keras ketika sarapan kerana makanan yang agak keras seperti cornflakes, kekacang dan buah epal dapat membantu membersihkan bahagian lidah paling belakang. 

(6) Ubat kumur 
Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau.Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut.
Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur yang tidak mengandungi alkohol ini sekurang-kurangnya sekali sehari. 

(7) Masalah perubatan 
Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.

 (8) Susu Dapat Mengatasi Nafas Berbau
Jika antum meminum segelas susu, ianya dipercayai mampu mengatasi masalah nafas berbau busuk. Dalam satu ujian menggunakan bawang putih yang dimasak dengan susu, didapati tahap sulfur dalam bawang putih tersebut menurun sekaligus mengurangkan bau busuk.
Penemuan oleh Sheryl Barringer dan Aeerat Hansanugaran dari Universiti Ohio itu di muatkan dalam Journal of Food Science. Jelas mereka, meminum susu bersama bawang putih akan memberi kesan yang optimum. Campuran kedua-dua bahan tersebut di dalam mulut sebelum ditelan mampu meneutralkan bau busuk nafas berbanding minum susu selepas memakan bawang putih. 

Supplement untuk atasi Masalah Mulut Berbau  
  • Herblax - Untuk pembersihan usus
  • Chewable Vitamin C - Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus
  • Garlic Complex - Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria
  • Alfalfa Complex - Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau
  • Peppermint Ginger Plus - Berkesan membunuh bakteria penyebab bau mulut
Untuk mendapatkan Set Mulut Berbau ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4e4f523705f88c7253fc492d5a45743a 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive