Monday, June 25, 2018

Cara Buat Sos Carbonara Sendiri DiRumah

Biasanya Kak Soffi kalo buat spageti carbonara ni, Kak Soffi beli sos Prego dalam botol jer sebab nak cepat. Tapi baru-baru ni tak sempat lah nak shopping kat Supermarket tu, adik ipar tengah malam tepon bagitau nak datang pagi esoknya kat umah.

So Kak Soffi pun google lah cara buat sos carbonara homemade ni. Alhamdulillah dengan sentuhan kreatif dan bakat terendam yang sedia ada ni, menjadi pulak sos carbonara ni. Dah yang paling best tu sebab mengikut selera dan citarasa tekak kak Soffi kan.

resepi carbonara homemade ringkas


Kat sini Kak Soffi nak kongsikan Sos Carbonara yang "sure" menjadi dan "sure" sedap punyer kalo korang masak k.

Bahan-bahannya:

1. Susu Full Cream satu kotak (Jenama Marigold)
2. Cheddar Cheese slice 5 keping ( Jenama Anchor)
3. Buttercup 3 sudu besaq untuk menumis
4. Bawang Holland sebiji dipotong dadu
5. Bawang putih 3 ulas dicincang
6. Sosej ikut suka hati nak banyak ke skit ke, kak soffi guna 4 jer. Potong nipis-nipis.
7. Cedawan butang. Ni pun ikut suka hati, kak soffi guna 6 jer. Potong nipis-nipis jugak.
8. Isi ayam dihiris nipis2.
9. Pati ayam 2 kiub. Kalo ada stok ayam tak payah guna pati kiub k. 
10. Daun basil dan Oregano untuk bagi aroma beshhhh gitew.
11. Tepung gandum 3 sudu besaqqq.
12. Lada sulah sesuka hati ikut selera nak pedas ke idok.

Cara buat.

1. Masukan buttercup pastu tumis bawang holland dan bawang putih sampai naik bau.

2. Masukan isi ayam, sosej, cendawan butang dan lada sulah.

3. Tepung gandum tu kak soffi bancuh dulu ngan air pastu tapis baru tuang dlm periuk. Api kena slow tau kalo tak nanti jadi berketol-ketol tepung tu, tak cun dah sos korang.

4. Pastu masukan susu full cream tu satu kotak. Sambil tuang kaco2 tu boleh ler nasyid2 skit solawat syifa ke, hope orang yg mkn semua sihat tak sakit asbab resepi ni...hihihi.

5. Bila dah mendidih masukan ler kiub pati ayam tu. Picit ler skit kiub tu bagi hancoqq...baru ler cepat sebati dlm kuah, kalo tak berketoi dlm sos tu...kureng pulok rasa nya kan.

6. Pastu masuk kan cheddar cheese, lepas dah larut semua rasa ler, kalo kurang garam boleh tambah garam.

7. Last sekali taboq ler daun basil dan oregano dlm sos tu. Biaq bagi mendidih ngan api slow tau sambil kaco2 jer. Siap ler sudah sos carbonara kak soffi.

Ohh yerr...kalo nak pekat boleh lebihkan tepung gandum tu yer. Kak Soffi suka yang kurang pekat so boleh tambah air bagi lebih skit. Kepekatan sos ikut selera korang.

Alhamdulillah...memang best sebab ikut selera kita kan...kot yg suka pedas pandai2 lah adjust kot nak letak cili padi...ikut suka hatilah...hihihi.

Selamat mencobaaaa.

0 comments:

Post a Comment