Thursday, May 15, 2014

5 Makanan Yang Tidak Menggemukkan! Betul Ke?

Kalau kita bincang tentang penjagaan diet pemakanan, sering ditanya: Apakah contoh makanan yang tidak menggemukkan? Ada ke? Berikut adalah 5 contoh makanan dan minuman popular yang dikatakan sihat. Jom kita teliti samada ia boleh menggemukkan ataupun tidak.

1. Bijiran Oats

Oats adalah bijiran popular yang boleh didapati dalam bentuk cereal, bubur, roti, biskut dan lain-lain. Ia mengandungi karbohidrat kompleks dan juga serat.
Kelebihan? 
Kandungan karbohidrat komplex dan serat melambatkan proses penghadaman – justeru itu lebih mengenyangkan. Juga sesuai untuk mereka yang mengalami kencing manis kerana glucose release tidak cepat.
Tidak menggemukkan? 
Ia mengandungi kalori jadi sememangnya boleh menggemukkan sekiranya berlebihan. Selalunya makanan dan minuman beroat ini juga dicampur dengan bahan lain terutama gula ringkas yang juga berkalori. Walaupun serat itu lebih mengenyangkan, pastikan anda kawal pengambilan kuantiti bijiran oats.
Contoh: 1x biskut oats mungkin mengandungi lebih kurang 30kcal. 
Kalau makan 10x dah 300kcal.

2. Buah Kurma

Buah kurma atau dates popular sebagai sajian berbuka puasa pada bulan ramadhan – ia juga sunnah Nabi Muhammad SAW.
Kelebihan? 
Buah kurma bukan sahaja lazat dimakan tapi juga kaya dengan kandungan serat (fiber), fructosa/dextrosa, antioxida, vitamin A, besi (iron), potassium, calcium dan lain-lain. Bagi saya gabungan fiber dan gula memang sesuai semasa berbuka kerana penghadaman tidak terlalu cepat disampin tenaga yang lebih ringkas.
Tidak menggemukkan? 
Samalah macam bijiran oats juga. Buah kurma tetap menggemukkan kalau berlebihan kerana ia mengandungi kalori. 
Berapa banyak? 
Bergantung kepada saiz dan manisnya buah kurma. 
contoh: Satu kurma Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5 biji dah 325kcal.
 
3. Minyak Zaitun (Olive oil)

Minyak zaitun adalah minyak yang diperolehi daripada buah zaitun (olive) dan sering dilabel sebagai minyak yang sihat.
Kelebihan? 
Minyak zaitun kaya dengan monounsaturated fatty acids yang bantu mengawal/kurangkan kolesterol LDL tanpa mengurangkan kolesterol “baik” HDL. Ia juga dikatakan dapat tingkatkan metabolism, lebih mengenyangkan berbanding minyak lain, tiada kolesterol, cegah penyakit barah (kanser) dan juga bantu kawalan insulin (sesusai untuk penyakit kencing manis atau diabetes)
Tidak menggemukkan? 
Ia dikatakan bantu tingkatkan metabolisme dan kawal nafsu makan jadi itu mungkin bagus untuk kawalan berat badan tetapi minyak zaitun itu sendiri tetap menggemukkan kerana ia juga berkalori. Berapa banyak? 
1g minyak zaitun = 9kcal. Sama je dengan minyak masak yang lain. Kalau satu sudu meja (tablespoon 15g) dah 135kcal. Pasitkan jangan berlebihan.

5. Sayur-sayuran

Sawi, timun, lobak merah, asparagus, brokoli, salad, jamu etc semua dalam kategori makanan sayur-sayuran. Kelebihan? 
Kalori rendah (sangat rendah), serat tinggi dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Tidak menggemukkan? 
Tidak! Sayur-sayuranlah satu-satu makanan yang anda boleh makan tidak kira kuantiti dan ia tidak akan menggemukkan. Kenapa? Kerana kalori sayur-sayuran sangat rendah (termasuk serat) dan oleh kerana serat tidak boleh diserap/hadam, kalori-kalori itu akan dibuang semula. So makanlah sayur-sayuran tapi ingat, ia bukan sumber tenaga yang baik. Jadi kalau makan salad kosong, itu bukanlah pilihan yang baik kerana ia tidak mengandungi tenaga yang anda perlukan untuk aktiviti harian dan tingkatkan metabolisme.
…Sayur-sayuranlah satu-satu makanan yang anda boleh makan tidak kira kuantiti dan ia tidak akan menggemukkan…
Ingat, anda boleh makan apa sahaja yang anda inginkan selagi anda pandai mengawal pengambilan kalori seharian berbanding keperluan.
Share:

Sunday, May 11, 2014

Perkembangan Intelektual Bayi Dan Kanak-Kanak

Ketika membesarkan seorang cahaya mata, begitu ramai ibubapa yang inginkan anak mereka bijak dan memiliki IQ yang tinggi. Ada yang memulakan didikan akademi yang awal dan ada yang beralih kepada kaedah tersendiri.

Di dalam buku “Bright from the Start: The Simple, Science-Backed Way to Nurture Your Child …” ditulis oleh penyelidik Jill Stamm, Paula Spencer. begitu menekankan bahawa bayi di bawah umur 3 tahun tidak sepatutnya diajar dengan bahan akademi seperti flash card dan mainan huruf-huruf. Sebaliknya, bayi perlu membesar dalam keadaan natural/semulajadi iaitu mengenal diri, membina karektor dan meningkatkan daya pembelajaran.

Di bawah umur 3 tahun, bayi dan kanak-kanak mempunyai hak untuk bermain. Ini akan mengaktifkan kreativiti otak dan mengindahi dunia kanak-kanak dengan riang ria serta menjadikan dia seorang insan yang tidak murung dan terlalu menekankan aspek akademi.
IQ bukan sahaja dibina melalui akademi tetapi kebolehan dan daya belajar yang lebih penting. Seorang yang genius sebenarnya mempunyai kebolehan berfikir, kreatif dan kebolehan belajar dari segala sumber.

Di dalam pernulisan Jill, 3 langkah mudah diperkenalkan hasil kajian mendalam sains terhadap perkembangan otak ini dimudahkan dengan panggilan A-B-C:
  • tumpuan (attention), 
  • ikatan(bonding), dan 
  • komunikasi(communication).
Bayi yang dididik untuk meningkat daya tumpuannya mempunyai kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat dan tepat. Ini kerana, dia boleh menumpukan perhatian dalam pembelajaran formal atau tidak. Seketika dia memerhati sesuatu objek, dia mampu untuk fokus dan memerhati dengan kebolehan mempelajari dari apa dilihatnya.

Mata bayi sangat sensitif kepada bentuk bulat dan warna yang mempunyai kontras yang tinggi seperti warna objek cerah dan gelap; putih dan hitam. 
  • Ini menjadikan wajah ibu bapanya sangat menarik perhatiannya. 
  • Wajah ibu yang ada mata bulat, hidung seakan bulat dan bentuk wajah yang seakan bulat bersama dengan 
  • warna rambut hitam dan anak mata hitam serta putih di dalam mata menjadikan sangat menarik.
  •  Bayi belajar membina tumpuan melalui wajah ibubapanya.
Tidak hairanlah jika Puan Puspa Sivan, Pengarah Parent Teacher Child Association di dalam Child Development workshop di Prince Court Medical Center bermati-matian menyarankan supaya ibu bapa memberikan eyecontact kepada bayi sekerap mungkin.

Bayi lelaki mempunyai sel mata m-cell lebih banyak berbanding bayi perempuan. M-cell adalah sel mata yang sensitif terhadap pergerakan dan p-cell adalah sel mata yang sensitif kepada fokus mata.
Oleh kerana sifat biologi ini, bayi lelaki lebih cenderung sensitif kepada pergerakan. Ketika dia melihat kereta atau kucing melintasi hadapan rumah, maka dia akan terus memandang dan ingin mengetahui apa akan terjadi. Ini juga menyebabkan kanak-kanak lelaki lebih gemar menonton kartun berbentuk aksi seperti ben-10, ultraman dan gaban.

  

Bayi perempuan pula memiliki daya fokus yang tinggi oleh kerana sifat biologinya yang memiliki lebihan sel p-cell mata. Fokus ini bermaksud, kebolehan memerhati dengan mendapatkan perincian. Seorang bayi perempuan apabila melihat ibunya akan memerhati dengan begitu lama kerana mendapatkan perincian yang ada pada wajah ibunya. Oleh kerana itu, seketika dia membesar, dia mampu memberikan lukisan dan tulisan yang kemas kerana dia sukakan pada perincian. Apabila mewarnakan gambarajah manusia, dia mewarnakan dengan warna yang tepat, iaitu kulit coklat, rambut hitam dan baju warna selain dua warna ini. Berbeza dengan kanak-kanak lelaki yang selalunya tidak kisah apa jua warna untuk kulit dan rambut.

Sayangnya, ramai pendidik di taska tidak menggunakan alasan biologi ini malah memarahi anak-anak ini. Bukan salah dia tetapi sifat biologinya sebegitu. Apabila sering dimarahi dan kurangnya pujian akan menyebabkan anak-anak ini akan mengalami kemurungan dan motivasi yang kurang baik malah mampu menyebabkan kesan yang lebih buruk iaitu anak-anak ini membesar dengan karektor yang memberontak, malas dan nakal.

Membina daya tumpuan adalah sangat penting, ketika umurnya masih diperingkat bayi lagi sudah boleh kita mengajar dan mengasah “bakat” memberi tumpuan. Ingat, sifat biologi adalah hadnya. Untuk meningkatkan daya tumpuan anak lelaki, banyak gunakan objek seperti mainannya yang bergerak. Bagi anak perempuan, gunakan objek statik tetapi menarik seperti mempunyai banyak warna yang tinggi kontras warnanya.

Tahukah anda tumpuan anak-anak bawah umur 3 tahun tidak lama. Lamanya adalah 5minit!.
Pemilihan nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak anda


Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852 
 

Share:

Thursday, May 8, 2014

Cara Mengatasi Masalah Anak-Anak Obesiti

Gambar sekadar hiasan
Apakah itu Obesiti?
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek
 
10 Tips atasi masalah obesiti:
  
1. Biar kasih sayang bertempat: 
Ramai ibu bapa gunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau anda betul-betul sayang, janganlah masak atau beli makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Nanti yang susah anak tu juga. Kesian dia.
 

2. Teladan yang baik:  
Kalau anda sendiri mengalami masalah berat badan, cubalah untuk kurangkan berat badan dan menjadi contoh teladan kepada anak anda.
 

3. Tetapkan peraturan pemakanan: 
Disiplin dalam pemakanan kanak-kanak tu penting. Macam cikgu sekolah juga, anda perlu tetapkan waktu-waktu makan, bila makanan ringan dibenarkan dan aktiviti riadah. Pastikan anda enforce peraturan dan garis panduan anda denga konsisten.
 

4. Makanan ringan untuk hujung minggu:  
Biarlah makanan sepanjang Isnin-jumaat sihat dan seimbang. Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, chips, kuih dan lain-lain sesuai untuk hujung minggu dan cuti sekolah.
 
5. Masa riadah setiap hari: Di zaman cyberworld, penting untuk memaksa kanak-kanak anda untuk keluar rumah dan melibatkan diri dalam aktiviti2 fizikal seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah 60 minit setiap hari!
 
 
6. Kawal masa untuk PS3 dan telefon bimbit: Macam dalam tip di atas, pastikan anda mengawal waktu dan penggunaan alat permainan dan telefon bimbit kerana kedua-duanya penggalak MALAS!
 
 
7. Sediakan snek yang sihat:  
Sarapan, makan tengah hari dan malam mungkin lebih mudah untuk dikawal, tetapi makanan di antara hidangan atau snek adalah pencetus kegemukkan kerana ia selalu TIDAK dikawal dan dipenuhi makanan yang TIDAK sihat. Jadi pastikan anda sediakan snek yang mudah dan sihat untuk kanak-kanak anda. Contoh adalah sandwich tuna, cereal oat, buah-buahan.
 

 8. Ketahuikah keperluan kalorie anak anda:  
Setiap individu mempunyai keperluan kalori yang berbeza, termasuklah kanak-kanak. Ia bergantung kepada jantina, umur dan paling penting kadar aktiviti harian kanak-kanak tersebut.
 

9. Buang tabiat lama: 
Kalau anak anda mengalami masalah kegemukkan, cuba buang tabiat-tabiat yang kurang sihat untuk jangka masa panjang. Pastikan perubahan pemakanan dan gaya hidup adalah kekal supaya ia menjadi tabiat yng baru untuk sepanjang hayat.
 
 
10. Ia tanggungjawap anda: 
Jangan serahkan tanggungjawap kesihatan kanak-kanak anda kepada pihak ketiga seperti pengasuh, cikgu sekolah mahupun orang gaji. Kalau lah anda betul-betul sayangkan anak anda, pastikan berat badannya pun dalam kawalan anda.
 
Bagi ibu bapa yang bekerja di luar pasti agak sukar untuk memantau pemakanan anak-anakkan. Sekurang-kurangnya berikanlah anak anda supplement bagi memastikan mereka mendapat keperluan nutrisi yang cukup dan lengkap untuk tubuh mereka.

Meal Shakes & Omega Guard antara supplement shaklee yang"HOT" di kalangan ibu bapa....alternetatif memberi supplement kepada anak-anak adalah salah satu langkah ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

http://syokcariduit.blogspot.com/2014/05/mealshake-shaklee.html
Meal Shakes-Sarapan pagi yang berkhasiat, mudah disediakan,rendah kolestrol, lemak dan sodium. Mempunyai 19 jenis vitamin dan mineral, kaya dgn kalsium , fiber dan protein yang memberi tenaga berkekalan dan menyokong sistem imunisasi.

Omega Guard- Mempunyai DHA & EPA untuk kesihatan otak. Mempunyai Omega-3 yang membantu meningkatkan hormon leptin, meningkatkan metabolisme, mengawal kolestrol, mengawal stress dan meningkatkan sistem imnisasi.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Wednesday, May 7, 2014

Menyusukan Bayi Bantu Kuruskan Badan

ARKIB : 14/10/2012
 
Dr, apakah cara yang terbaik menurunkan berat badan. Saya juga ingin bertanya, benarkah berat badan seorang ibu akan turun apabila menyusukan anak dan akan bertambah selepas berhenti menyusukan anak? 
Nor, Shah Alam  

Jawapan  
Soalan yang diutarakan amat praktikal sekali. Masalah berat badan ini amat sensitif dalam kalangan wanita. Saya tahu ramai wanita di luar sana yang mencuba pelbagai produk pelangsing yang ditawarkan dan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk masalah ini. Sudah menjadi lumrah, sebagai wanita dan isteri, kita semua berharap agar dapat mengekalkan bentuk tubuh badan yang menarik untuk menambat hati suami. Yang kurus nak gemuk dan yang gemuk pula nak kurus. Bukan tidak puas dengan apa yang dikurniakan, tapi nak menjadi yang lebih baik. Tapi maklum sahajalah, bila dah bersalin sekali dua, berat badan susah nak turun. Tambahan pula, bila menyusukan anak sepenuhnya, bukan saja tak boleh mengambil ubat pelangsing sebarangan tetapi nak berdiet berlebihan pun kurang digalakkan kerana dikhuatiri menjejaskan pengeluaran susu atau membahayakan bayi.

Kesabaran Menurunkan berat badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak bukan satu perkara yang mustahil, tetapi ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Ini kerana, proses menurunkan berat badan sewaktu menyusukan anak perlu dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada susu yang diberi kepada bayi.

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah menurut kajian, ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200 hingga 500 kalori setiap hari. Bagaimanapun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan.

Ada beberapa panduan yang mungkin berguna untuk ibu-ibu yang ingin menurunkan berat badan. Paling utama ibu tersebut perlu minum air secukupnya. Air yang mencukupi dapat melancarkan sistem badan termasuk mengekalkan metabolisme kita pada kadar yang sepatutnya. Seelok-eloknya hanya minum air setengah jam selepas makan. 

Ibu juga dinasihatkan untuk makan apabila perut berasa lapar. Mereka juga perlu ingat pada wasiat Rasulullah "Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang". Paling baik sekali adalah makan empat ke enam kali sehari dengan kuantiti yang kecil. Utamakan sarapan pagi. Sarapan pagi perlu diambil dalam masa sejam selepas bangun tidur.

Makanan yang dimakan juga perlu dikunyah secara perlahan-lahan. Paling baik sekali jika makanan tersebut dikunyah 44 kali untuk mengurangkan beban penghadaman. Selain itu, otak akan menerima isyarat kekenyangan pada waktu yang tepat. Kalau makan laju sangat, otak tidak sempat memberi isyarat yang kita dah terlebih kenyang. Kurangkan percakapan semasa makan untuk mengelakkan tidak perasan yang kita sudah terlebih makan.

Makanan yang diambil perlu seimbang. Kajian menunjukkan bahawa ramai orang yang terlebih berat badan disebabkan zat yang tidak mencukupi. Kekurangan protein akan menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan enzim (enzim terbina daripada asid amino) yang mencukupi untuk mencernakan makanan. Selain itu, orang yang kekurangan protein biasanya mempunyai nafsu makan yang sangat tinggi. Protein biasanya membuatkan kita rasa kenyang dalam jangka masa lebih panjang. Vitamin B6 adalah zat penting dalam metabolisme lemak. Kalau berkurangan, lemak tidak dapat dibakar dan berkumpul secara berlebihan.

Kesimpulannya, makanan yang diambil perlu seimbang. Kurangkan pengambilan gula dan makanan rapu. Gula membekalkan kalori yang tiada nilai zat. Gula juga menambah potensi seseorang diserang penyakit diabetes mellitus apabila pengambilan tidak dikawal. Manakala makanan rapu yang mengandungi garam yang tinggi bukan sahaja menyebabkan nafsu makan sukar dikawal bahkan dikaitkan dengan risiko penyakit hipertensi (darah tinggi).

Aktiviti fizikal,Banyakkan aktiviti fizikal. Saya pasti ibu-ibu tidak mengalami masalah untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal. Walaupun tidak dapat meluangkan masa ke gimnasium atau senamrobik, ibu-ibu akan sentiasa sibuk dengan tugasan harian. Aktiviti senaman sekurang-kurangnya 15 minit, dua kali seminggu adalah sangat digalakkan.
Bagaimanapun, bagi yang tidak dapat meluangkan masa untuk bersenam, eloklah mengambil alternatif seperti menggunakan jalan lebih jauh untuk sampai ke satu-satu tempat dengan berjalan, berjalan sambil menghayunkan tangan, melakukan kerja rumah, aktiviti santai bersama anak-anak dan banyak menggunakan tangga daripada lif.

Puan juga hendaklah sentiasa berfikiran positif dan banyak bersabar kerana pengurangan berat badan ini adalah lebih kurang dua kilogram sahaja dalam masa sebulan. Teruskan dengan penyusuan kerana ada banyak lagi keistimewaan yang anda akan kecapi.
Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd
Share:

Rahsia Kurus 84kg Turun 58kg Hanya 3bulan

Tetiap kali lepas bersalin yang menakutkan saya pasal pertambahan berat badan. Yerlah masa anak pertama dulu dari 50kg naik 10kg dah jadi 60kg. Bersalin anak kedua naik lagi 5kg dah 65kg, bersalin anak ketiga terus jadi 72kg. Semasa hamil dekat Wafa Imani berat terakhir saya 84kg. Saya boleh bayangkan lepas bersalin kali ni mesti boleh jadi sampai 80kg ni.TAKUT sangat. 

Tapi sangkaan saya tu tak tepat chewahh macam ayat drama melayu plak hehe sebab berat saya lepas sebulan bersalin turun sampai 65kg. Lepas 3 bulan saya pi timbang lagi  kat klinik turun lagi sampai tinggal 58kg jer. Memang ketara sangat dan ramai jugak yang tegur saya nampak kurus.
 
Saya rasa makan tu macam biasa jer kadang tu makin lalu,sebab saya menyusukan baby Wafa Imani. Bukan takat Baby Wafa kakak Wardah pun tumpang susu Baby Wafa sebab susu banyak sangat tak terbeli botol storage tu dah.Sebelum2 ni susu badan tak dapat sebanyak tu, rezeki baby wafa dengan kakak wardah lah ni..alhamdulillah.
Nak tahu tak rahsia kejayaan saya boleh turunkan berat badan dalam 3bulan tu??? Mesti nak kan. Meh saya nak kongsikan manalah tau kawan2 kat luar sana nak cuba dan mungkin boleh berjaya turunkan berat badan mengikut target masing-masingkan.
 
Masa bersalin hari tu saya ambil SET BASIC BERSALIN SHAKLEE. Pastu saya nak menjayakan Penyusuan susu ibu so saya add on Alfafa, ostematrix dengan ESP Soy Protein untuk "Milk Booster". Pastu bila kita menyusu badan ni memang kita akan jadi lalu makan sangat, saya jadi risau la pastu ada sahabat saya cadangkan ambik Lecithin dia boleh pecahkan lemak. Apa lagi saya istiqamah jerlah makan semua supplement tu..dan hasilnya alhamdulillah terbukti berkesan dan sesuai dengan badan saya.
So pasni kalo sesapa ada masalah macam saya bolehlah cuba no Set Bersalin, Set Penyusuan dan Set Slimming Shaklee. InsyaAllah berkesan sebab saya dah rasai dan alaminya. Saya ni pesen kuat makan nasi, kalo suh diet tak boleh makan nasi dan kena berpantang macam2 sangat memang hampeh lah.Dalam pantang pun saya makan semuanya, yerlahkan lepas bersalin badan perlu recover balik kan supaya sihat. Jom tengok gambar terbaru saya .

Untuk mendapatkan Set Kurus Penyusuan, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels