Wednesday, July 2, 2014

Kafein Menghalang Penyerapan Vitamin

Bagi ibu yang mengandung pasti sudah maklum bila jururawat bagi vitamin jer mesti jururawat akan pesan jangan minum kopi, teh, nescafe dan ap-apa minuman yang berkafein. Anda pernah tanya tak kepada jurawat tersebut kenapa tak boleh minum semua tu...tambah-tambah lagi anda peminat teh tarik kan, mesti frust. Jadi apa kata kita tengok kesan pengambilan minuman berkafein ni kepada supplement.
 
Tindakbalas Kafein dengan Vitamin (Antaranya)  
1.Kalsium
  • Kafein menyebabkan kalsium dikumuhkan dalam air kencing dan najis. Bagi setiap 150 mg kafein yang diambil (satu cawan kopi) 5 mg kalsium hilang. Kesan ini berlaku walaupun selepas beberapa jam pengambilan kafein. Satu kajian kepada wanita putus haid mendapati bahawa mereka yang mengambil lebih daripada 300 mg kafein kehilangan lebih kalsium di tulang belakang berbanding wanita yang kurang mengambil kafein.
  • Kafein juga menghalang jumlah kalsium yang diserap melalui saluran usus dan mengurangkan jumlah yang disimpan oleh tulang. Kajian telah menunjukkan bahawa wanita dengan pengambilan kafein yang tinggi mengalami keretakan pinggul lebih daripada mereka yang mengelakkan kafein atau minuman dalam jumlah yang sederhana (1 - 2 cawan sehari). 
2. Vitamin D
  • Kafein menghalang reseptor vitamin D, dengan menghadkan jumlah yang akan diserap. Kerana peranan vitamin D adalah penting dalam penyerapan dan penggunaan kalsium dalam membina tulang, ini juga boleh mengurangkan ketumpatan mineral tulang, menyebabkan peningkatan risiko untuk osteoporosis. 
3. Zat Besi
  • Kafein mengganggu penyerapan zat besi ke dalam badan, yang merupakan sumber penting untuk penghasilan sel darah merah. Menurut Nutrition Desk Reference, pengambilan kafein dan zat besi pada masa yang sama boleh mengurangkan penyerapan sehingga 80%. Mana-mana minuman yang mengandungi kafein perlu diasingkan daripada makanan yang mengandungi zat besi atau zat tambahan sekurang-kurangnya satu jam. 
4. Vitamin B
  • Kafein mempunyai kesan diuretik ringan, iaitu meningkatkan pembuangan air kencing. Vitamin larut air, seperti vitamin B, boleh hilang akibat kehilangan cecair dalam badan. Di samping itu, ia mengganggu metabolisma beberapa vitamin B, seperti thiamine (vitamin B1). Namun begitu, kafein merangsang pengeluaran asid perut, yang sebenarnya membantu tubuh menyerap vitamin B12. 
5. Vitamin dan Mineral lain
  • Kafein boleh mengurangkan penyerapan mangan, zink dan tembaga. Ia juga meningkatkan perkumuhan mineral seperti magnesium, kalium, natrium dan fosfat. Terdapat juga bukti bahawa kafein mengganggu vitamin A menjalankan fungsinya pada badan.
Jadi inilah sebabnya kenapa saya tidak menggalakkan anda untuk mengambil kafein bersama vitamin. Anda masih boleh mengambil minuman kesukaan anda itu ,bukannya tidak boleh sama sekali cuma apa yang perlu anda lakukan adalah menjarakan pengambilannya sekurang-kurangnya 1-2 jam. Ini untuk memberikan badan kita menyerap nutrien daripada vitamin tersebut secara optimum. kalau tak anda juga yang rugi beli vitamin mahal-mahal, tapi tidak mendapat manfaat disebalik kebaikan vitamin tersebut.

Perkara penting yang anda patut tahu tujuan pengambilan vitamin ini adalah untuk melengkapkan lompong nutrisi yang tak cukup ni, apa-apa pun pengambilan makanan secara sihat adalah yang paling utama. 

Hubungi saya untuk mendapatkan produk ini dengan harga istimewa:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

2 comments:

  1. bini aku dah la peminat kopi..hari2 kena ada kopi..patut la asyik merungut sakit belakang je..

    ReplyDelete
  2. Betul tu prof...org pompuan ni lg lah mudah kena osteoporosis tmbh kalo peminat kopi abis kalsium diserapnya. Lebih baik ambil supplrment ostematrix kalo sakit belakang tu.

    ReplyDelete

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive