Sunday, January 10, 2016

Makanan Untuk Otak Bijak dan Minda Cerdas.


PERKEMBANGAN kanak-kanak berbeza mengikut tahap kecerdasan mereka. Ada kanak-kanak pada usia setahun sudah boleh bercakap dan berjalan malah ada juga belum menunjukkan sebarang petanda. Ramai pakar kanak-kanak berpendapat kecergasan kanak-kanak bergantung kepada perkembangan otak mereka. Dalam erti kata lain, perkembangan otak pula bergantung kepada zat makanan yang diambil oleh ibu mengandung serta dalam tempoh tumbesaran mereka.

Kanak-kanak yang kekurangan zat makanan dalam tempoh tumbesaran akan menunjukkan kadar atau tahap pembelajaran yang lebih lambat, lambat bertutur serta lemah perkembangan motor. Justeru, ibu bapa harus memastikan anak mereka dibekalkan dengan zat makanan penting agar perkembangan otak anak mereka berada dalam keadaan yang aktif.
anak2
Berikut adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak:
  • Zat besi 
  • Zink  
  • Asid folik  
  • DHA 
  • Protein
Menurut Ketua Jaminan Kualiti dan Pensyarah, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Norimah A Karim, asid docosahexaenoic atau DHA adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3 yang secara semula jadi boleh didapati dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola. 

DHA merangkumi kira-kira 97 peratus dan 93 peratus daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata.
 

“Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA):
  • keperluan DHA kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun ialah 100 miligram manakala
  • mereka yang berumur dua tahun hingga 18 tahun memerlukan 250 miligram asid eicosapentaenoic (EPA) dan DHA untuk perkembangan otak mereka,” katanya.
Wujud perkaitan antara jumlah DHA yang diambil oleh ibu mengandung terutama ketika tiga bulan terakhir sehingga anak berusia dua tahun. Pada dasarnya, jumlah DHA yang diambil ibu akan mempengaruhi perkembangan otak anak.
 
“DHA adalah ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.“Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar,”  Dr Norimah.

Tambahnya, pemakanan yang kaya dengan DHA akan memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran mereka. Dalam erti kata lain kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar.

 

Secara umum DHA adalah kunci untuk perkembangan otak. Pengambilan optimum DHA pada awal usia kanak-kanak akan memberikan faedah pada fungsi kognitif untuk jangka masa yang panjang.
 

“Fungsi kognitif mempunyai hubung kait yang sangat jelas dengan pengambilan DHA. DHA bersama AA akan melengkapi fungsi otak serta sistem saraf kanak-kanak,” jelasnya.
 

Menurut Dr Norimah, DHA diperlukan untuk perkembangan otak. DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.
 

Kanak-kanak boleh memperoleh DHA daripada makanan seperti telur, ayam dan terutamanya ikan. Tetapi kebiasaannya, kebanyakan kanak-kanak menolak untuk makan ikan kerana bau yang hanyir.  Bagaimanapun, sekiranya cara penyediaan makanan ikan dilakukan dengan betul, anak-anak pasti akan gemar memakan ikan.
 

Anak-anak juga memerlukan DHA secara terus kerana tubuh kanak-kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak.
 

Kajian daripada Perbadanan Keselamatan Makanan Eropah juga mengesyorkan kanak-kanak untuk mengambil 100 miligram DHA setiap hari. 

Ketahui Set Anak Sihat Dan Pintar Di Sini 

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive