Saturday, January 30, 2016

Ramuan Mandian Herba Untuk Ibu Selepas Bersalin

  
Satu komponen penting dalam amalan pantang-larang bagi ibu selepas bersalin ialah mandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah. Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.

Kebaikan mandian air herba ini adalah ia dapat membantu ibu:
  • Membuang bau hanyir darah yang melekat pada badan
  • Mengembalikan kecergasan badan dan memulihkan tenaga
  • Mencantumkan urat putus 
  • Membuang angin 
  • Menyegarkan urat  
  • Membantu melancarkan pengeluaran susu ibu 
  • Mengatasi masalah kebas 
  • Masalah sengal tulang
  • Mengendurkan otot 
  • Menghaluskan kulit 
  • Tujuan awet muda.
Penyedian Ramuan Herba yang diperlukan.
Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi kala berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi ( Vitex negundo ), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai ( Lawsonia terma ), daun bonglai, daun mengkudu ( Morinda citrifolia ) dan rempah halba. Sekiranya ramuan ini payah dicari di bandar-bandar maka ibu-ibu boleh mendapatkan daun-daun yang dijual di pasar atau mudah dicari di rumah-rumah jiran berhampiran.
 
Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :-
  • 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar 
  • 10 helai daun limau purut
  • 6 batang daun serai bersama serai
  • halia muda sebesar 4 kali ibu jari
  • 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
  • 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
  • seketul lengkuas atau 3 helai daunnya
Cara Penyediaan Air Mandian Herba

Ambil periuk (dulu orang guna periuk tanah). Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.  

Cara Mandian Air Herba 
  • Penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air 
  • Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu 
  • Diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. 
  • Ulang pada kaki kiri. 
  • Ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. 
  • Proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri 
  • Seterusnya mandi keseluruhan badan secara perlahan-lahan agar air rebusan herba meresapi liang roma. 
  • Lakukan cucian atau cebokan di bahagian alat sulit. 
  • Daun-daun rebusan digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit.
  • Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan.
Penjagaan Rambut Dan Kulit Kepala 
Ibu-ibu bersalin dilarang membasuh rambut guna air panas /air rebusan mandian yang panas, ini akan menyebabkan keguguran rambut atau sakit kepala. Basuh rambut dengan air biasa, iaitu air perigi atau air paip. Rahsia Rambut Sihat Dan Cantik Secara Semulajadi.

Jika anda berminat Untuk mendapatkan Set Berpantang, Penyusuan Dan Slimming ini, anda boleh 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

0 comments:

Post a Comment