Tuesday, January 19, 2016

Merawat Batu Karang Secara Semulajadi

Penyakit Batu Karang

Image result for punca batu karang  

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang.

Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Terdapat juga beberapa petua yang dapat diamalkan bagi yang ingin mencuba kaedah alternatif secara semulajadi:

1. Petua Dari Dr Hamid Arshat 

Image result for punca batu karang

Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)
  • Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2
  • Hari ke-6 jangan makan malam (dinner) 
  • Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi
  • Pukul 8 malam ulang makan garam epsom
  • Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan jus lemon yang fresh (perah 3 biji lemon). Campur olive oil dengan jus lemon dan minum.
Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

2.Tembikai dan Prune Juice

Image result for jus tembikai + jus prune

  • Kisar sebiji buah tembikai bersama sedikit gula batu (untuk sedapkan). Minum setiap hari. 
  • Pastikan 1 biji tembikai tersebut mesti dihabiskan dalam masa 24 jam selama 3hari berturut2 (sama ada makan atau jadikan jus tanpa campur air)
  • Sebelum minum selawat 3x dan niatkan untuk kesembuhan penyakit tersebut. 
3.Nanas Sembuh Penyakit Batu Karang

Image result for punca batu karang

  • kupas sebiji nanas dan cincang. 
  • Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau
  • Cari Sulur Nenas campurkan dengan gula batu, minum hari hari...sampai dah tak ada batu karang tersebut.
4. Lobak Putih 

Image result for jus lobak putih + air kelapa

  • minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2 kali. 
  • Jangan diamalkan hari-hari sebab air  lobak putih adalah tajam.
5. Air Kelapa

Image result for jus lobak putih + air kelapa

  • amalkan minum air kelapa tak kira yang muda atau tua tanpa campur ais..gula atau garam..minum setiap hari..In shaa Allah batu akan hancur dan keluar sendiri.
6. Dengan Ikhtiar Minyak Zaitun 

  • 1 sudu besar minyak zaitun 
  • 1 sudu besar air perahan limau nipis
  • 4 cawan air masak
Caranya:
  • Minum 1 sudu minyak zaitun. 
  • Campurkan 1 sudu besar air perahan limau nipis ke dalam secawan air (tanpa gula) dan 
  • minum bersama 3 cawan lagi air masak. 
Insya Allah ia mampu jadi ikhtiar untuk hancurkan dan keluarkan batu karang.  

Selain itu bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing. 
  2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat. 
  3. Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. 
  4. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini. 
  5. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. 
  6. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat. 
  7. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat. 
  8. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. 
  9. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol. 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

0 comments:

Post a Comment