Sunday, January 22, 2017

10 Jenis Penyakit Kulit Tanda Kencing Manis.

kulit gatal kencing manis

Kulit adalah anggota terbesar pada tubuh manusia dan membaluti seluruh badan. Apa sahaja kecacatan yang dialami pada kulit sudah tentu mudah dilihat dan jelas kelihatan. Apatah lagi dikalangan pesakit kencing manis, masalah kulit adalah salah 1 daripada komplikasinya. Kadangkala masalah kulit juga boleh menjadi petanda kencing manis.

Penyakit kulit dalam pesakit kencing manis

1. Jangkitan kuman

bengkak bernanah

Sebenarnya semua orang berpotensi untuk mendapat jangkitan pada kulit. Namun, pesakit kencing manis lebih cenderung dan mudah untuk mendapat jangkitan.

Jangkitan yang biasa dialami ialah ketumbit pada mata, jangkitan pada kuku dan jangkitan pada liang roma. Mereka juga terdedah kepada jangkitan di bawah kulit yang menyebabkan bahagian tersebut membengkak, kemerahan dan sakit. Kadang-kadang boleh menyebabkan demam.

Keadaan-keadaan ini sangat senang dirawat dengan antibiobik, tetapi jika didapati nanah terlalu banyak dan pesakit tidak boleh diubati dengan antibiotik, maka nanah akan dibuang terlebih dahulu melalui pembedahan.

2. Jangkitan kulat

jangkitan kulat pesakit kencing manis

Jangkitan kulat memang sangat-sangat sinonim dengan pesakit kencing manis, terutamanya kulat yang dipanggil Candida albicans. Sebab itu, wanita yang menghidap kencing manis sering mengadu masalah keputihan.

Jangkitan kulat dapat dilihat sebagai lingkaran kemerahan, kadang-kadang berair yang tumbuh di kawasan lembap pada badan, dicelah-celah jari terutamanya jari kaki, di celah kelangkang dan kuku. Jangkitan kulat biasanya gatal.

Seperti juga jangkitan bakteria, rawatan anti-kulat akan diberikan. Namun, pesakit dinasihatkan menjaga kebersihan dan memastikan kawasan lipatan sentiasa kering.

3. Gatal pada kulit

kulit gatal kencing manis

Selain daripada jangkitan kulat, bagi pesakit kencing manis, kulit gatal disebabkan oleh kulit kering dan pengaliran darah yang kurang bagus ke tempat yang terlibat. Kalau dikaitkan dengan masalah pengaliran darah, bahagian kaki yang paling kerap terjejas.

Untuk mengatasi masalah ini, elakkan terlalu kerap mandi, boleh sapukan losyen atau krim dari klinik untuk melembapkan kulit.

4. Vitiligo atau tona kulit tidak sekata

vitiligo pesakit kencing manis

Vitiligo adalah keadaan yang mana sel kulit yang menghasilkan melanin iaitu ton warna kulit musnah. Namun, dalam vitiligo hanya sesetengah kawasan sahaja yang mengalami kerosakan ini, jadi kulit akan menjadi bertompok-tompok yang lebih cerah yang biasanya terjadi di tangan, muka atau dada.

Penyebab vitiligo tidak diketahui, namun pakar percaya bahawa ia disebabkan oleh masalah autoimun contohnya kencing manis jenis 1, dan kajian telah membuktikan bahawa kedua-duanya berkait.

Walaupun penawar untuk vitiligo belum ditemui, tapi ramai doktor yang merawatnya dengan streoids. Amat penting untuk pesakit yang mempunyai masalah vitiligo supaya memakai pelindung matahari di luar rumah kerana kulit tersebut tiada perlindungan matahari.

5. Masalah kulit berkaitan dengan saraf

neuropati pesakit kencing manis

Penyakit kencing manis boleh menyebabkan kerosakan saraf yang dipanggil neuropati. Kerosakan saraf ini biasanya dialami pada hujung jari dan kaki.

Apabila kerosakan saraf berlaku di kaki, mungkin seseorang akan kehilangan deria rasa di kaki dan mungkin tidak akan berasa sakit walaupun terdapat kecederaan pada kaki. Jadi, pesakit diabetes yang mengalami masalah neuropati dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa kaki untuk memastikan tiada luka kerana jika terjadi ulser, risiko untuk jangkitan adalah tinggi.

6. Kulit melepuh

melepuh pesakit kencing manis

Walaupun keadaan ini jarang berlaku, namun pesakit kencing manis boleh mengalami keadaan di mana di mana kulit akan melepuh seperti terbakar atau terkena air panas. Namun, ia tidak menyakitkan mungkin kerana sudah kehilangan deria rasa dan akan sembuh sendiri.

7. Ketumbuhan seperti jerawat

eruptive xanthoma pesakit kencing manis

Ketumbuhan ini dalam bahasa saintifiknya eruptive xanthomatosis adalah ketumbuhan yang keras, berwarna kekuningan dan kecil seperti kacang. Sekitarnya mungkin kemerahan dan gatal. Ia biasanya tumbuh di belakang tangan, lengan, kaki dan punggung.

Dikatakan terjadi kerana paras lemak dan kolesterol yang tinggi. Jika ada ketumbuhan begini, mungkin anda perlukan ubat untuk menurunkan paras kolesterol.

8. Kulit tebal, keras dan nampak licin

digital sclerosis pesakit kencing manis

Keadaan ini dipanggil digital sclerosis yang mana kulit lebih tebal dan mengeras, ini menyebabkan kulit menjadi terlalu tegang sehingga sukar untuk menggerakkan jari. Kadang-kadang boleh terjadi pada kulit jari kaki dan dahi. Keadaan ini mungkin boleh dibantu dengan menggunakan pelembap kulit.

9. Disseminated Granuloma Annulare

disseminated granuloma annulare pesakit kencing manis

Tak pasti dalam Bahasa Melayu dipanggil apa. Namun, ia adalah penyakit kulit kronik yang mana kawasan kulit akan menbenjol sedikit dan dikelilingi oleh bintik merah yang berbentuk bulat seperti cincin. Benjolan ini biasanya tumbuh pada tangan, kaki, siku dan lutut. Biasanya penyakit ini tidak memberi kesan untuk jangka masa panjang, namun dari segi penampilan mungkin sedikit terjejas.

10. Kulit mengeras dan kehitaman

Acanthosis nigricans pesakit kencing manis

Keadaan kulit ini biasanya berlaku di bahagian pelipat dan belakang leher dan dipanggil Acanthosis Nigricans. Kulit akan menjadi lebih tebal dan berwarna kehitaman yang sangat ketara. 

Masalah kulit seperti ini biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai berat yang berlebihan. Tiada penawar untuk keadaan ini, namun jika berat badan diturunkan, ia mungkin dapat dikurangkan. Ia juga mungkin muncul sebagai petanda seseorang menghidap kencing manis

Bagaimana merawat dan mengelakkan penyakit kulit dalam kencing manis

Yang pertama dan selamanya, adalah lebih baik mencegah diri daripada mendapat penyakit kencing manis itu sendiri. Namun, jika telah disahkan menghidap kencing manis, pengawalan gula yang baik adalah syarat untuk mengelakkan penyakit-penyakit kulit di atas.

Beberapa langkah berikut disarankan sekiranya anda mendapat masalah kulit seperti ini.
  1. Menggunakan sabun mandi untuk kulit sensisitif.
  2. Pakai pakaian berasaskan kapas, yang boleh menyerap peluh
  3. Dapatkan rawatan dengan segera, terutamanya jika terdapat tanda-tanda jangkitan.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/

0 comments:

Post a Comment