Tuesday, June 24, 2014

Buah Untuk Diet

Menurut pendapat umum, antara makanan yang berkhasiat ialah dari kategori buah-buahan. Buah-buahan bagus dimakan mentah atau dibuat jus kerana dikatakan mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi. Bahkan, ada yang gemar makan buah kerana rasanya yang sedap semata-mata. Tetapi dalam banyak-banyak buah tentu sahaja ada beberapa jenis buah tertentu yang sesuai dan membantu dalam usaha mengurangkan berat badan.

Di sini dikongsikan enam jenis buah untuk diet yang boleh membantu:
Buah-Buahan Untuk Mengurangkan Berat Badan
 
1. Limau
                                                 buah oren untuk diet
Jika dibandingkan antara banyak-banyak buah, limau dipercayai mengandungi serat paling tinggi. Yang menariknya juga, serat yang terdapat di dalam buah limau adalah serat yang larut di dalam air
sekaligus membantu mengurangkan keinginan seseorang untuk makan.
 
2. Tembikai
                                           buah tembikai untuk kurus 
Buah ini penuh dengan air sehingga mencapai 92 peratus daripada isi kandungan. Buah tembikai mampu mengenyangkan dan sekaligus membantu mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan. Elok juga sebelum makan nasi, cuba amalkan makan buah dahulu seperti buah tembikai.

3.Grapefruit
                                                        grapefruit untuk diet
Grapefruit dikatakan mempunyai kandungan asam yang dapat menyingkirkan kalori, lemak yang terdapat dalam makanan yang diambil.

4. Berry
                                         BTK5A6 A variety of berries in a plastic carton and loose on a white napkin 
Blackberry, blueberry, raspberry dan strawberi adalah sumber makanan yang paling kaya dengan kandungan antioksidan yang dapat mengimbangi metabolisme tubuh.

5. Anggur
                                     buah anggur bantu diet 
Kandungan antioksidan dalam anggur juga dikatakan dapat membantu mencegah pembentukan lemak dalam perut.

6. Epal
                                            buah epal untuk diet 
Berdasarkan kajian, berat badan seseorang mampu diturunkan sehingga 33 peratus daripada berat sebelumnya sekiranya sering mengamalkan makan epal sebelum mula menjamah makanan berat lain.

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya! 
Hubungi saya untuk mendapatkan  Set Kurus Shaklee dengan harga istimewa:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/   
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

0 comments:

Post a Comment