Selalu diet tetapi
tidak berjaya? Tahu tak sebenarnya kita boleh diet mengikut kumpulan darah? Diet
berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D' Adamo
yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan
fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
"Setiap individu memiliki
tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang
dimiliki", kenyataan dalam buku Dr. Peter J.D' Adamo yang bertajuk "Eat Right
For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996.
Diet untuk golongan darah "A"
Sayur-sayuran
bagus dimakan untuk kesihatan
Disarankan pemilik jenis darah A
mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin
yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang
banyak akan mengakibatkan masalah perut.
Buah-buahan
Individu darah jenis ini juga
perlu mengambil buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Juga disarankan mengambil
susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak,
keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung, lemak, kekacang dan
bijirin serta susu kacang soya. Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan
dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Makanan yang harus dihindarkan
adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi,
daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah,
roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan
minyak kacang tanah.
Diet untuk golongan darah "B"
Individu
darah jenis B lebih fleksibel berbanding golongan darah A. Disarankan makan
makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi dan
hindari makanan beku atau makanan dalam tin. Lebih elok makan sayuran hijau
yang kaya dengan magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah
daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali "blue
chesse" dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras
merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu
dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur
puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak
kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga
matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah,
makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan
jagung.
Diet untuk golongan darah "AB"
Pola
makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan
darah jenis A dan B. Jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua
jenis telur kecuali telur itik, susu fermentasi, minyak zaitun, minyak kacang
soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung,
taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah
ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan
semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula
perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum
seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Diet untuk golongan darah "O"
Disarankan
pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi,
mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging serta
sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan
gandum. Turut disarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan
buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus mengurangkan
pemakanan semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Juga perlu menghindari sayur
brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis
ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah
mendapat khasiat daripada sumber daging. Jeruk juga harus dihindari kerana ia
mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Terdapat sedikit pertikaian
terhadap hasil kajian Dr. Peter J.D" Adamo ini oleh pakar pemakanan. Apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Jadi terpulang kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr.
Peter J.D' Adamo ataupun tidak.
Berminat untuk Kurus dengan cara Sihat dan Berkesan? Dapatkan Set Kurus Shaklee yang terbukti Natural, Selamat dan pastinya Berkesan.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-
Berminat untuk Kurus dengan cara Sihat dan Berkesan? Dapatkan Set Kurus Shaklee yang terbukti Natural, Selamat dan pastinya Berkesan.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment