Tuesday, June 24, 2014

Menurunkan Berat Badan dengan Cara Mengira Kalori Makanan

Bagi mengurangkan berat badan, penting untuk kita kawal kalori dalam badan. Bila kalori berlebihan, maka ia akan tersimpan sebagai lemak. Jadi, sambil ambil supplemen  ( Set Kurus Shaklee )sebagai membantu, jangan lupa untuk kawal pengambilan kalori juga ya. Disini dikongsikan bersama jenis makanan dan kalori yang terkandung dalamnya. Anda boleh mengira pengambilan kalori untuk mencapai target penurunan berat badan anda.

Kaedah pengiraan kalori makanan

Daily Energy Requirement = berat(kg) * 30 kalori
contoh jika : berat 68kg. 
Kiraannya ialah 68kg * 30 = 2040 kalori sehari

setiap hari kalau kita hendak mengurangkan 1 kg dalam masa seminggu maka kita perlulah mengurangkan 1kg dari kiraan kalori.
contohnya 68kg – 1kg = 67 kg pengambilan kalori yang perlu diambil
so kiraan ialah 67 *30 = 2010 kalori setiap hari.
baki 30 kalori lagi (2040-2010 kalori) kita akan tolak dari lemak-lemak yang terkumpul dalam badan kita( mean supplemen SHAKLEE la yg tolong kiter :D)

 Dibawah ini senarai untuk panduan Anda memilih makanan :
(Jadi anda boleh kira dalam  1hari anda perlu mengambil berapa nilai kalori.)

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN
Kategori:Kuih Muih
1.Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2.Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3.Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4.Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5.Popia goreng (satu) = 130 kalori
6.Popia basah (satu) = 95 kalori
7.Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8.Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori 9.Karipap (sebiji) = 130 kalori
10.Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
 
Kategori: Lauk Pauk 
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
 
Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalor
i 6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
 
Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalor
i 4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
 
Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

so hari ni berapa kalori yang anda sudah  ambil? selamat mencuba kiraan kalori anda...
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

0 comments:

Post a Comment