Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi. Adalah disarankan menyusui bayi dengan susu ibu secara eksklusif sehingga enam bulan dan dikekalkan penyusuan susu ibu sehingga dua tahun atau lebih, jika boleh.
Pemakanan yang diterima oleh bayi pada enam bulan pertama kehidupan mempengaruhi kesihatannya sepanjang hayat. Susu Ibu merupakan sumber khasiat bayi yang utama. Oleh itu, adalah
penting untuk ibu meneruskan diet yang tinggi nutrien melalui makan secara sihat.
Menghadkan pengambilan makanan untuk mengurangkan berat badan adalah tidak digalakkan. Menyusu bayi secara semulajadinya dapat membantu dalam penurunan berat badan.
Diet yang sempurna meningkatkan kualiti susu ibu serta mengekalkan kesihatannya serta memberi tenaga untuk menjaga bayinya. Faedah ini akhirnya membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.
Keperluan nutrien semasa laktasi
•Peningkatan yang tertinggi adalah untuk tenaga, protein, vitamin B1,vitamin B2,vitamin B3,folat, vitamin A,vitamin C,kalsium, zink dan iodin.
• Keperluan untuk semua nutrien adalah tinggi terutamanya enam bulan pertama laktasi (lihat Jadual)
0 comments:
Post a Comment