Kebanyakan daripada kita hanya memakan supplement untuk cantik, untuk
kurus, tanpa mengetahui sebab utama kenapa tubuh manusia perlukan
supplemen? Adakah benar tubuh manusia memerlukan supplemen tambahan?
Atau cukup sekadar dengan diet pemakanan seimbang berpandukan 'food
piramid'?
Saya kongsikan disini 7 sebab utama badan kita perlukan supplemen.
1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang
boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C dan E yang
diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan
pencegahan dan anti penuaan.
2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur
mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan
sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan
pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan
penyediaan. Contohnya Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba
semasa dimasak.
4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol,
minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu peyerapan zat makanan.
Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam juga
boleh mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.
5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
6. Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang
memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi
kandungan MSG.
7. Bagi yang bekerja, makanan tengahari selalunya diluar dan malam
memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kurang
dititikberatkan.
Tetapi harus diingatkan dengan mengambil supplemen bukanlah tiket untuk
melupakan diet seimbang dan sihat, pemakanan yang sihat harus
dipraktikkan.
Tips sihat! : Minum air masak dengan banyak, 3-5 liter sehari, bersenam dan berdoa
Wednesday, October 9, 2013
Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil
Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...
0 comments:
Post a Comment