Thursday, July 21, 2016

7 Tips Penting Penjagaan Luka Selepas Pembedahan

Penjagaan luka selepas pembedahan adalah sangat penting untuk diberi perhatian. Luka selepas pembedahan yang saya maksudkan termasuklah pembedahan untuk melahirkan, pembedahan membuang apendiks dan lain-lain. Sebabnya kalau luka tersebut tidak dijaga rapi ia mungkin akan dijangkiti oleh kuman.

Luka yang dijangkiti kuman akan lebih lambat untuk sembuh dan mungkin akan mendatangkan kesakitan yang lebih teruk. Selain itu, jahitan dibahagian pembedahan juga lebih berisiko untuk terbuka kalau anda tidak berhati-hati.

Kali ni saya nak kongsikan tentang tips penting untuk memastikan luka selepas pembedahan sembuh dengan cepat.

7 Tips Penting Penjagaan Luka Selepas Pembedahan

1. Bergerak seawal yang mungkin

Walaupun selepas pembedahan anda akan merasa lemah dan amat sakit tapi anda tetap perlu bergerak seawal yang boleh. Sebabnya pergerakan dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. So, bagi yang bersalin pembedahan jangan terkejut kalau anda disuruh bangun dan berjalan pada hari ke-2 anda bersalin. Minta bantuan ahli keluarga atau jururawat untuk membantu anda bergerak.

2. Minum banyak air

Selepas pembedahan anda perlu minum air dengan banyak untuk membantu proses nyahtoksin badan anda. Kalau anda kurang minum air takut2 nanti anda mungkin mendapat sembelit. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari untuk memenuhi keperluan tubuh anda.

3. Jangan ambil ubat lain

Pengambilan apa-apa ubat-ubatan selain daripada yang disarankan oleh doktor perlu dielakkan kerana takut2 nanti ia boleh memberikan kesan sampingan kepada tubuh anda.

4. Ambil Supplement

Pengambilan supplement seperti multivitamin dan zat besi sangat digalakkan kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap hemoglobin darah anda dengan lebih cepat. Selain itu, anda juga disarankan agar menambah supplement Zink kerana ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

5. Pastikan luka kering dan bersih

Lap kering luka anda setiap kali selepas mandi atau ke tandas. Pastikan ianya sentiasa kering dan bersih sepanjang masa. Jangan sesekali menggaru luka anda walau pun ianya amatlah gatal kerana jika anda menggaru bekemungkinan kuman akan masuk melalui luka yang digaru.

6. Hindari aktiviti yang boleh menyebabkan kesakitan

Lazimnya anda yang menjalani pembedahan akan merasa sakit jika perlu naik tangga atau pun membongkok. Sebab itu jika perlu juga naik lah denga perlahan- lahan dan sangat digalakkan berhenti setiap beberapa anak tangga mengikut kemampuan anda. Jangan paksa diri anda ye..):

7. Minta bantuan ahli keluarga

Anda bukanlah superwoman/superman. So, janganlah segan untuk meminta bantuan ahli keluarga anda.

So, dah tau dahkan apa yang anda perlu buat selepas menjalani pembedahan? Kalau dah sila praktikkan ye..:) . Semoga artikel ini membantu anda.
Pulihkan luka pembedahan dengan cepat Dengan Set Pemulihan Pembedahan Shaklee

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive