Thursday, July 21, 2016

Resepi Masak Cepat: Ikan Siakap Masak Stim Ala THAI

:: CABARAN BISNES DARI RUMAH ::

Lumrah bila kerja dari rumah, kerja-kerja rumah kena buat cepat-cepat. Ini lah masakan saya bila nak cepat! Saya suka masakan ni sebab mudah dan boleh buat banyak keja dalam satu masa. Masukkan jer semua bahan2nya pastu tinggai jer sampai masak. Paling best, resepi ni jugak bagus untuk yang sedang berdiet tau, betul2 eat clean. Untuk yang nak cepat kurus elok hari2 amalkan masak macam ni dan ambil SET KURUS shaklee ye.

Jom kita masak resepi ni hari ni!!!

IKAN SIAKAP MASAK STIM ALA THAI




Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap | sederhana besar
1 batang serai
1/2biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 inci halia
1 biji limau kasturi
2 helai daun limau purut | buang urat
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung | bancuh dengan air
Garam, gula
Daun ketumbar, daun bawang

Cara:

1.Pastikan air dalam pengukus telah didihkan terlebih dahulu.
2.Masukkan semua bahan dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, garam, gula, daun ketumbar/ bawang.Ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan.
3.Masukkan juga sedikit air.
4.Kukus dalam 5-10 minit hingga ikan masak.
5.Masukkan air bancuhan tepung + gula + daun ketumbar/ bawang.
6.Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam.Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagi limau.
7.Hidang. 


Kalo nak lagi sedap boleh dimakan bersama budu dan ulam-ulaman yer. wow tak sabarnya nak makan tengahari ni kan. Selamat Mencuba yer.
 
#‎bisnesdarirumah‬

INGIN BERSAMA KAMI MENJANA PENDAPATAN DARI RUMAH ATAU DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA?

Anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-30% jika daftar sebagai Ahli Shaklee dan juga bonus yang lain. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya. 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/    

0 comments:

Post a Comment