Thursday, July 28, 2016

Kenali Jenis Kulit Muka Anda dan Penjagaanya



Menginginkan kulit yang sihat dan cantik adalah menjadi idaman setiap kaum hawa, maka mengenali jenis kulit dan mengetahui produk yang sesuai dengan kulit kita amatlah penting. Namun untuk melakukan perawatan terhadap kulit kita, maka terlebih dahulu kita harus mengenali jenis kulit kita disebabkan setiap orang mempunyai jenis dan masalah kulit yang berbeza beza. Dengan mengenali kulit kita dengan lebih mendalam, kita mampu memiliki kulit yang bersih dan sihat

Ada beberapa jenis kulit yang secara umum dikenali, iaitu : 
  • kulit normal.
  • jenis kulit kering
  • kulit berminyak
  • kulit kombinasi
  • kulit sensitif
Walaupun kita mempunyai kulit yang cantik disebabkan faktor genetik tetapi jika kita tidak menjaganya dengan betul seperti tidak mengunakkan produk yang sesuai, tidak menggunakan sun block kita berada diluar maka masalah masalah kulit dihidrasi, berjerawat dan sebagainya akan timbul
 

Kulit normal

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.

Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.  


Penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.

Kulit kering

Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Ciri-ciri kulit kering adalah
  • Kulit tampak kasar kusam dan tidak bermaya jika tidak bermekap.
  • Kelihatan tegang, bersisik dan terkadang mengelupas
  • Terdapat tompokan merah tetapi liang pori hampir tidak kelihatan
  • Kedutan penuaan lebih mudah dikesan terutamanya di sekitar dahi,mata dan bibir 
Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.

Kulit berminyak

Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.

Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.
Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.

Kulit kombinasi

Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.

Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T
.
Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. 
Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.
 
Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.

Kulit Sensitif

Jenis kulit ini juga memerlukan rawatan yang khusus. Kulit jenis ini setiap kali di bersihkan, kulit akan terasa kering dan gatal. ketika tengah hari, pada bahagian-bahagian tertentu akan terasa ketat,merah, dan pecah-pecah. Dan pada umumnya mereka yang berkulit sensitif perlu mendapatkan produk kecantikan yang khusus untuk kulit sensitif sahaja.  

Ciri-ciri kulit sensitif ialah : 
  • kulit cepat merah-merah kegatalan di kulit wajah
  • cepat terbakar di bawah matahari
  • kekeringan dan cepat mengelupas
  • rasa pedih dan menyucuk
  • iritasi dan bengkak-bengkak 
Antara punca kulit sensitif seperti tersalah memilih produk penjagaan wajah, eczema, keturunan, atau pernah pakai, product peeling, bleaching dan sebagainya. Jika kulit wajah anda tidak dirawat pigmentasi akan berlaku dengan cepat diseluruh wajah dan akan tertumpu pada pipi. 

Dibawah ini beberapa cadangan untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif:
  • Lakukan test terhadap reaksi allergi pada bahagian lengan terlebih dahulu jika anda teringin untuk membeli produk baru di pasaran. Jika kulit mulai terasa seperti terbakar atau menjadi gatal setelah beberapa minit selepas mencuba produk, bersihkan kulit secepatnya. 
  • Setiap enam bulan sekali, selalunya ianya sudah dijangkiti bakteri, misalnya eyeliner dan maskara. 
  • Jangan mencuba produk kosmetik secara langsung pada wajah,cubalah dibahagian lengan 
  • Jangan membiarkan kulit terkena cahaya matahari yang keterlaluan dan jangan keluar rumah tanpa menggunakan sun block 
  • Gunakan produk rawatan kulit sensitif saja (misalnya. produk yang dilabelkan untuk rawatan kulit sensitif saja). Juga, periksa arahan pada produk untuk melihat apakah ada peringatan-peringatan tertentu yang berkaitan dengan produk). 
  • Jangan memakai makeup terlalu lama. Gunakan pemersih make-up yang hypoallergenic.
Sambil-sambil tu jom layan video ni. Wanita ni berjaya dapat skin cantik flawless selepas menderita dengan masalah jerawat kronik selama 7 tahun! Sebabnya? Tersalah ambil produk.
So tulah tips yang saya dapat share. Moga bermanfaat untuk wanita di luar sana yang masih tercari-cari produk skincare terbaik dan bersesuaian dengan jenis kulit muka anda. 

Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan tawaran harga yang lebih istimewa, anda boleh  Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive