Produk
penjagaan kulit atau skincare ni adalah antara satu perkara wajib bagi
semua wanita. Sebab tulah terdapat lambakan produk kecantikan kulit yang
muncul sekarang sebab apa? Sebab industri ini memang flourish! Tambah-
tambah lagi bila sesuatu jenama produk tu mengambil artis- artis yang
cantik flawless sebagi duta lagilah buat wanita teruja membeli, sales
produk meningkat.
Tapi persoalannya adakah produk- produk yang muncul tu
benar- benar selamat dan berkualiti? Kalau sekarang kesannya wow untuk
anda tapi bagaimana pula dengan long term? Yelah kulit wajah perkara
yang harus dijaga kerana ia adalah benda pertama yang orang biasa akan
tengok pada penampilan kita. Malu kan kalau kulit muka bermasalah,
takkanlah nak pakai topeng bila kuar rumah. Tu belum masuk rasa malu dan
rendah diri dengan suami lagi. Sebab itulah ramai wanita tak berkira
membelanjakan wang yang banyak untuk nampak cantik. Bukan cantik untuk
orang lain tapi untuk suami terutamanya.
So entri kali ini, saya nak share beberapa tips yang saya dapat
daripada seorang beautician tentang macam mana nak beli atau pilih
skincare yang betul- betul bagus.
1. Safety first
Semua brands pun akan claim their product is good. Tapi how good is
good? Ramai antara kita cepat tergoda dengan promosi murah, kesan kulit
cantik, putih gebu yang pantas betul tak? Tapi kesan jangka panjang
macam mana? Adakah benar- benar selamat. So cek dulu betul- betul
sebelum beli. Berapa lama produk tu dah muncul kat pasaran, ada
scientifik/ dermatologist test tak? Or main buat aje. Satu lagi adakah
produk itu bebas paraben dan bebas sulphate. Surprisingly banyak product
kat pasaran skrg memang tak bebas daripada paraben and sulfat. Sendiri
mau cek ya;)
2. Keberkesanan Product
Selain daripada testimonial pengguna, product yang berkesan seharusnya
ada ujian klinikal. Tapi tak semua produk ada ujian klinikal ni sebab ia
menggunakan teknologi yang mahal. So boleh lihat pada testimoni
pengguna. Cume hati- hati jangan terlalu percaya dengan testimoni kat FB
or mana- mana social media. Sebab ada yang terlalu overclaimed, eh
macam too good to be true.
Ada juga unsur penipuan sometimes. Contoh yang pernah terjadi, pengguna
ni guna product A, tapi seller ni guna gambar pengguna tadi claim cakap
itu produk dia. Tak baik menipu tak berkat dik. So careful ya.
3. Personal coach
Consider untuk beli produk yang ada personal coach utk guide kita.
Lepas beli ada follow up tanya: “macamana kesan lepas pakai produk ni?”
“Ada apa masalah yang saya boleh bantu?” Haaa best kan? Kalau FREE
(datang sekali ngan pakej pembelian) lagi bagus.;) Lepas tu bila membeli
produk pastikan promoter/ seller tu ada pengetahuan yang luas tentang
produk tersebut. Nanti takdelah bila tanya soalan sikit tak dapat nak
bagi jawapan yang memuaskan hati.
4. Beli produk based on masalah
Yang ni ramai buat silap. Tengok kulit kawan cantik nak try juga,
sedangkan jenis kulit setiap individu mungkin berbeza. So sebaiknya
ketahui masalah kulit dulu, masalah jerawat ke, berminyak ke, pori-pori
besar ke. Dah tahu masalah barulah boleh cari produk yang boleh
selesaikan masalah tadi.
5. Kandungan dalam skincare
Banyak produk kat pasaran tak lari dari chemical substance especially
yang jual kat rak-rak kat dalam kedai (seriusly most of them chemical
based). Sebaiknya carilah produk kecantikan yang berasaskan bahan
semulajadi. Boleh cek kat bahagian ingredients. Memang susah nak jumpa
tapi ada kalau dicari:)
6. Harga
Pilihlah produk dengan harga yang reasonable dan mampu selesaikan
masalah kulit anda. Harga yang murah tidak menjamin kualiti yang bagus
(selalunya). Kesan jangkamasa panjang jauh lebih penting. Jika produk
itu benar-benar berkesan mampu selesaikan masalah kulit yang menghantui
anda selama ni, nilainya priceless kan?
So dah seronok bagi tips ni apa pula produk yang saya guna? saya memilih Nutriwhite.
Of course ia menepati semua ciri-ciri di atas. Alhamdullilah dah hampir
2 tahun jadi pengguna setia.
Sambil-sambil tu jom layan video ni. Wanita ni berjaya dapat skin
cantik flawless selepas menderita dengan masalah jerawat kronik selama 7
tahun! Sebabnya? Tersalah ambil produk.
So tulah tips yang saya dapat share. Moga bermanfaat untuk wanita di
luar sana yang masih tercari-cari produk skincare terbaik untuk kulit.
Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan tawaran harga yang lebih istimewa, anda boleh
Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
0 comments:
Post a Comment