Adik saya mengalami appendiks semasa berusia 11 tahun. Awal pagi dia sering mengadu sakit untuk buang air kecil, masuk hari ke 2, adik saya mula demam dan tak boleh bergerak kerana terlalu sakit. Akhirnya terus dibawa ke hospital dan doktor telah mengesahkan appendiks adik saya kemungkinan pecah.
Jika mengalami sakit perut yang teruk di
bahagian kanan, jangan biarkan ianya berlarutan sebab berkemungkinan
besar anda mengalami apendik. Sakit apendik dikenali sebagai sakit
penyakit appensitis. Apendik adalah anggota yang tidak berguna di dalam
badan. Penyakit ini terjadi apabila apendik ini terkena jangkitan.
Faktor Penyebab Jangkitan?
- makanan yang tersumbat
- pembuangan najis yang tidak lawas
- jangkitan cacing
- makan makanan yang mengandungi terlalu banyak protein
- tidak mengambil makanan harian yang seimbang
Terdapat lebih kurang 60 hingga 80
peratus pesakit yang mengalami sakit apendik adalah dalam linkungan 20
hingga 30 tahun.
Tanda-tanda dan Simptom
Simptom awal yang biasa dialami ialah rasa sakit di sekitar kawasan pusat yang akan bergerak ke bahagian bawah kanan abdomen. Rasa kesakitan itu akan menjadi lebih teruk apabila inflamasi di apendiks itu merebak ke tisu-tisu yang berhampiran, lebih-lebih lagi ke bahagian dalam lapisan (peritoneum) abdomen anda.Selain daripada rasa sakit yang dialami, anda mungkin akan mengalami satu atau lebih daripada tanda-tanda dan simptom-simptom berikut:
- rasa mual dan muntah
- hilang selera makan
- demam ringan selepas timbul tanda-tanda dan simptom lain
- sembelit
- tidak boleh mengeluarkan gas/angin (kentut)
- cirit-birit
- bengkak di bahagian abdomen
- berpeluh
Apabila apendik terkena jangkitan, ianya
akan membengkak dan paling merbahaya apabila apendik tersebut pecah.
Apabila apendik pecah, kuman, najis, nanah dan kotoran yang terdapat di
dalam apendik boleh merebak ke kawsan usus. Perlu diingatkan, penyakit
ini boleh membawa maut!!!
Bagi merawat penyakit ini, biasanya
doktor akan melakukan pembedahan untuk membuang apendik yang telah
terkena jangkitan itu. Jadi bagi mereka yang mengalami sakit perut yang
luar biasa, jangan biarkan dan segera dapatkan rawatan bagi mengetahui
apa sakit yang sebenar.
0 comments:
Post a Comment