Sunday, July 24, 2016

Tips Bangun Dari Katil Selepas Bersalin Pembedahan

Pembedahan caesarean itu merupakan pembedahan major. Kesan kesakitan tersebut akan menyebabkan anda merasa tak berupaya untuk membuat apa-apa dengan sendiri. Untuk berganjak sedikit, seperti ke bahagian atas katil pun, memerlukan anda memegang sesuatu atau seorang. Batuk atau ketawa juga boleh menyebabkan kesakitan. 

Jadi apa yang patut anda lakukan untuk bangun dari katil selepas bersalin czer ni. Ikuti tips Bangun Dari Katil Selepas Bersalin Pembedahan berikut yang mungkin membantu anda.

  1. 6 jam selepas pembedahan, anda tidak dibenarkan mengangkat kepala kerana ubat bius (jika diberi bius separuh) masih ada dlm tubuh kita - kalau angkat juga, jadi sakit kepala (dan sesetengahnya berkekalan) - paling tinggi pun setinggi bantal sahaja. Nak pusing kepala dibolehkan.

  2. Anda boleh minum air masak dengan menggunakan straw (sbb tak boleh angkat kepala), kecuali jika bius penuh. Jika anda tidak mengalami muntah-muntah selepas minum air masak, anda boleh minum air soya/milo. Kalau rasa lapar sangat, anda boleh ambil makanan yang ringan-ringan (dah sehari semalam puasa tentu lapar kan). Ingat...! Jangan sekali2 angkat kepala dlm tempoh 6 jam pertama.  

  3. Selepas 6 jam tu juga anda perlu paksakan diri utk bangun dari katil (dlm tempoh 24 jam slps pembedahan). Lagi cepat bangun dan bergerak, lagi cepat boleh balik. Dan lagi cepat boleh tanggal tiub kencing. 

  4. Apabila cuba bangun, mengiring ke sisi kanan/kiri dan gunakan lengan untuk menolak badan ke posisi duduk. Sokong perut dengan menggunakan towel/ bantal untuk ampu/ support luka czer. Jika mampu, beli abdominal binder utk keselesaan, support luka czer dgn baik, dan memudahkan anda utk bangun, tanpa menganggu kedua tgn… kerana tgn penting utk menampung badan anda semasa bgn.  

  5. Bersedia utk menjatuhkan kaki anda kebawah dari katil

  6. Dengan mengunakan kekuatan tangan perlahan lahan cuba bangun sehingga anda dlm posisi duduk.

  7. Stabilkan diri anda, bernafas dengan baik, tunggu dlm 3-5 minutes jika tiada pening, bangun perlahan-lahan dan berdiri 

  8. Stabilkan diri anda, jika tidak rasa pening mulakan langkah anda.  

  9. Jalan perlahan2 dgn badan ditegakkan - memang sakit terutamanya apabila nak tegakkan badan. Lakukan dgn perlahan2 sambil menyokong perut.

  10. Bila rasa confident nak ke tandas, boleh minta cabut tiub kencing. Basuh dgn air suam bagi membantu semasa buang air. Bila dah buang air sendiri, barulah dibenarkan pulang.

Sedikit Tips Penjagaan luka pembedahan,

  1. Makan makanan yg berzat dan seimbang. Lebihkan protein dan vitamin utk penyembuhan dan melawan jangiitan kuman. 
  2. Pastikan luka sentiasa kering terutama selepas mandi.
  3. Jangan letak apa2 ubat traditional diluka anda. 
  4. Jika anda jenis yg banyak berpeluh semasa pantang , elakkan pemakaian baju yg tebal kerana peluh mengundang kuman yg menyebabkan luka terkena jangkitan mengakibat luka terbuka dan bernanah. Berpantang ikut kesesuaian dan keadaan badan kita, bukan badan org lain. 
  5. Lakukan senaman pernafasan, dgn berbaring, nafas dari hidung dgn menaikkan abdomen( mcm surge breathing/ belly breathing) utk meningkatkan peredaran darah, promote luka utk cepat sembuh dan memantapkan abdomen( utk elak perut buncit). Ketahui lagi Tips lain disini
Pulihkan luka pembedahan dengan cepat Dengan Set Pemulihan Pembedahan Shaklee 
Sedang Mencari Set Bersalin Caeserean? Set INI sangat membantu anda. 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-    

SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com  
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive