Sunday, October 1, 2017

Elak Anak Bawa Beg Berat Untuk Elak Tulang Belakang Bengkok


MASALAH kanak-kanak membawa beg berat ke sekolah setiap hari bukanlah satu perkara baharu kerana merupakan satu masalah lama yang dilihat tiada jalan penyelesaiannya sehingga ke hari ini.

Disebabkan permasalahan tersebut, kanak-kanak terbabit sebenarnya berisiko tinggi mengalami sakit belakang, leher, bahu, dan tidak ketinggalan tulang belakang.

Menurut Pakar Ortopedik dan Tulang Belakang, Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Nurul Azwa Mohamad Noor, masalah ini sebenarnya tidak hanya tertumpu pada tubuh badan kanak-kanak tersebut malah turut mengganggu tumbesaran kanak-kanak terbabit.

Dalam hal ini, katanya, setiap kanak-kanak tersebut akan sakit berterusan dan tidak mustahil mereka akan mengalaminya sepanjang hayat mereka.

“Potensi kesan sampingan terhadap kesihatan amat serius bukan hanya kesan segera terhadap kanak-kanak tetapi mungkin juga akan menjadikan mereka berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik apabila dewasa nanti.

“Begitu juga dengan tumbesaran kanak-kanak ini kerana waktu inilah tulang mereka hendak membesar dan oleh kerana masalah beg berat yang mereka terpaksa tanggung selama lima hari dalam seminggu boleh menyebabkan proses tumbesaran terbantut.

“Hal ini terjadi kerana apabila kanak-kanak terbabit membawa bebanan yang berat, mereka secara automatik akan membawa bebanan tersebut secara tunduk dan ke tepi dan hal ini sememangnya mempengaruhi tumbesaran tulang kanak-kanak ini,” ujarnya ketika ditemui di kliniknya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai masalah tersebut, Dr. Azwa menjelaskan, kanak-kanak sepatutnya membawa bebanan 1/10 daripada berat badan dan tidak lebih daripada itu.

Tambah beliau lagi, disebabkan masalah tersebut ada penambahan angka bagi pesakit tulang belakang dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah hari ini.

Begitupun, ulasnya, sakit leher dan juga bahu tidak terkecuali kerana pada masa yang sama berpotensi tinggi untuk memberi kesan yang sama.

Jika dilihat semula satu kajian yang pernah dilakukan sekitar tahun 2007 yang diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) Januari 2005, mendedahkan masalah beban beg sekolah dan kesannya ke atas otot erector spinae dan sakit tulang belakang dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia dengan jelas sekali.

Malah dalam kajian yang dijalankan oleh Tamrin SBM dan rakan dari Universiti Putra Malaysia turut mendapati 58.3 peratus kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengadu sakit belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.

Tidak cukup dengan maklumat tersebut, Dr. Azwa menerangkan ada kajian yang dilakukan turut mendapati masalah tersebut juga akan menyebabkan tulang belakang menjadi bengkok.

Secara amnya, rumusan yang dapat dibuat ialah terdapat insiden sakit belakang dalam kalangan kanak-kanak sekolah dan ini memerlukan penilaian semula sama ada kanak-kanak sekolah perlu membawa sebarang bebanan seperti beg sekolah yang berat memandangkan mereka berdepan risiko sakit belakang pada masa depan.

Pada umumnya, beban yang berlebihan dan tidak sama dikaitkan dengan meningkatnya risiko masalah belakang dan kecacatan tulang belakang.

“Dalam hal ini kita tidak seharusnya menuding jari pada satu pihak sahaja kerana semua pihak memainkan peranan penting termasuklah ibu bapa.

“Ibu bapa disaran agar meneliti jadual waktu anak-anak dan memastikan anak-anak membawa buku yang dijadualkan sahaja.

“Yang pasti, semua pihak harus bertanggungjawab dalam usaha menjaga kesihatan anak masing-masing,” katanya.

Tanda-tanda scoliosis:

  1. Jarak antara tangan dengan trunk tak sama. 
  2. Kepala tak centre dengan badan.
  3. Bahu tinggi sebelah 
  4. Badan sebelah belakang anda macam ada bonggol sikit 
  5. Tulang belakang yang membengkok nampak dengan jelas
  6. Pinggang tinggi sebelah 
  7. Bentuk badan yang nampak tidak normal

Punca-punca:

  1. Tidak diketahui
  2. Keturunan
  3. Masalah dengan saraf otot
  4. Ketumbuhan
  5. Cerebral palsy
  6. Jatuh (kemalangan kecil atau besar)

Kenapa perlu risau?

Sebab, semakin hari tulang tu akan semakin membengkok.. Bila tulang belakang membengkok melebihi 50 darjah, akan menyebabkan tulang rusuk anda berubah bentuk dan menghimpit paru-paru anda lalu akan menyebabkan anda sukar untuk bernafas.. Dan kemungkinan juga akan menyebabkan masalah dengan jantung anda.. Lagi satu, anda akan berasa lenguh-lenguh kat bahagian belakang badan.
 
 

Petua-petua untuk ibu bapa mengesan skoliosis di peringkat awal:

Skoliosis yang tidak di ketahui puncanya (“idiopathic scoliosis”) selalunya gagal dikesan pada kanak-kanak kerana ia tidak sakit pada peringkat awal. Ibu bapa seharusnya berwaspada dan lebih mengambil berat ketika usia anak menjangkau 8 tahun ke atas.

Tanda – tanda yang dapat dilihat pada anak anda:

  • Bahu kelihatan tidak sama tinggi
  • Salah satu bahagian bahu kelihatan lebih menonjol
  • Pinggang kelihatan senget sebelah
  • Pinggul kelihatan tinggi sebelah
  • Struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja
Jika terdapat salah satu tanda di atas, sila berjumpa doktor dengan segera.

Shaklee juga ada menawarkan SET SCOLIOSIS bagi membantu menghilangkan kesakitan dan lenguh-lenguh dibahagian tulang belakang dan dapat membantu dari tulang terus membengkok supaya tidak melarat.


Set ini terdiri daripada:

  1. VIVIX - melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol. Vivix mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.

  2. COLLAGEN - Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

    Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

    Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

  3. AJHT - Formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan fungsi sendi yang sihat. Diperbuat daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan kepada sendi. Mengandungi rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan sendi. Shaklee Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan tumbuhan dan mineral.

  4. OSTEMATRIX - padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Membentuk tulang dan gigi yang kuat. 1,000mg elemental kalsium, 400mg magnesium, 400IU vitamin D untuk menggalakkan penyerapan kalsium
KEBAIKAN SET SCOLIOSIS:
  1. Meningkatkan kesihatan sendi optimum
  2. Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung
  3. Membantu mengekalkan tulang yang kuat
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Scoliosis, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive