Monday, February 15, 2016

Berdengkur Satu Ward Boleh Dengar? Apa Nak Buat?



"Bila Doktor kata saya kena admit kat hospital sebab masalah kandungan, perkara yang menjadi susah hati ialah bila nak tidor. Dah beberapa kali bila saya jaga dari tidor jer mesti rakan sebelah katil saya bagitau, saya tidor berdengkur kuat sangat sampai boleh dengar kat kaunter nurse tu hah, untuk jaga hati saya dia kata mungkin saya letih kot. Dengan rasa malu yang teramat sangat saya mengakui kata-katanya. Hakikatnya saya memang sering berdengkur sejak dari kecil lagi.

Suami saya juga sering menegur saya....pernah masa balik kampung tidor di umah mak mertua, suami kata dengkuran saya boleh dengar sampai ke dapur umah mak. Bayangkan kuatnya kan, saya malu jugak ngan suami selalu kena perli tapi tak tahu nak buat macam mana"

Adakah anda mengalami situasi seperti itu? 
Situasi tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malahan ahli keluarga terdekat juga turut terganggu dengan bunyi dengkuran tersebut kerana bunyinya yang kuat diibaratkan seperti bunyi enjin turbo yang menggegarkan dan menganggu ketenangan orang lain untuk tidur dengan aman.

Jika anda sedang mengalami situasi seperti di atas kemungkinan anda mengalami Obstructive Sleep Apne (OSA). Bagi kanak-kanak pula, dengkuran ini disebabkan oleh hidung tersumbat atau alahan, bengkak pada tonsil dan adenoid iaitu daging berlebihan seperti tonsil di belakang hidung.

Tahukah anda, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya. 

BAHAYA BERDENGKUR 

Masalah berdengkur boleh dikaitkan dengan masalah tidur serius dikenali ‘sleep apnea’. Ia berlaku apabila pesakit berhenti bernafas lebih daripada 10 saat sewaktu tidur (apnea). Apnea pula boleh berlaku berulang kali sewaktu tidur dan menyebabkan pengurangan kandungan oksigen dalam darah pesakit.

Jelasnya, ‘sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya. Kerana itulah juga masalah berdengkur lazimnya dialami pesakit lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun terutama yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

Menerusi kajian, pakar akan dapat mengesan kekerapan ‘apnea’ semasa tidur kerana semakin kerap berlaku ‘apnea’, semakin serius tahap penyakit itu dan kesannya kepada kesihatan pesakit.
 
PUNCA TIDUR BERDENGKUR 
  1. Alahan 
  2. Tulang hidung yang bengkok 
  3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak 
  4. Obesiti 
  5. Alkohol 
  6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur 
  7. Kedudukan tidur yang terlentang 
  8. Tonsil yang bengkak
CARA MENCEGAH TIDUR DARI BERDENGKUR
  1. Kurangkan berat badan jika mengalami masalah obes 
  2. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur. Jadi langkah terbaik cuba kurangkan berat badan anda,agar lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong boleh dikurangkan.

  3. Elak ambil alkohol/ubat yang beri kesan mengantuk sebelum tidur 
  4. Apapun jenis penenang sama ada pil tidur dan apa sahaja produk ubatan yang bertujuan untuk menenangkan akan menyebabkan berdengkur kerana ia boleh mengganggu sistem saraf, menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.

  5. Pilih posisi tidur secara mengiring 
  6. Bila lidah,langit-langit,tonsil atau otot dibelakang kerongkong saling bersentuhan akan menyebabkan kita berdengkur.Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini,sebab bila kita terlentang lidah akan tertarik ke belakang dan akan menyempitkan aliran udara.Untuk elakkan masalah ini,cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.

  7. Amalkan jadual tidur yang tetap setiap hari 
  8. Dapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit 
  9. Berhenti merokok
Individu yang sering tidur berdengkur boleh mengalami gejala :
  • mengantuk pada waktu siang, 
  • sakit kepala, 
  • keletihan, 
  • kelesuan, 
  • perasaan cepat marah, 
  • kerap bangun malam, 
  • masalah penumpua
  • kurang daya ingatan
Rawatan untuk masalah berdengkur bergantung kepada punca yang dikenal pasti. Pembedahan boleh dilakukan untuk merawat masalah saluran pernafasan sempit seperti tisu tonsil yang besar, polip hidung dan sebagainya. Sekiranya berkaitan dengan ‘sleep apnea’, rawatan ‘continuous airway pressure’ adalah antara yang berkesan.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee anda boleh Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 

Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

0 comments:

Post a Comment