Sunday, February 14, 2016

Hadiah Terbaik Untuk Suami Anda

 
Bila hari ulang tahun perkahwinan hampir tiba ke, hari lahir suami ke atau insan yang tersayang bernama lelaki, mesti para isteri dan wanita di luar sana tercari-cari apa yang patut dan sesuai diberikan. Kadang tu sampai pening-pening kan sebab dah lama sangat kahwin rasa macam semua benda dah bagi kat suami. Perlu ke nak bagi hadiah ni?

Dalam satu hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
"Saling memberi hadiahlah kalian niscaya kalian saling mencintai.” (HR. Al Bukhari).


Semua orang suka kan bila dapat hadiah. Jom kita tengok hadiah yang boleh anda berikan buat insan yang bernama LELAKI.

1.Kasut
Kasut ini dia paling suka dan paling lunyai dia pakai. Harga memang mahal tapi puas hati bila suami pergi kemana-mana mesti dia nak pakai kasut itu dan tahan hingga bertahun-tahun. 

2. Wallet
Hadiah ni paling famous kot. Wallet dan lelaki mana boleh dipisahkan kan? Tapi kalau nak beli janganlah beli wallet cap ayam. Kalau boleh kan kita tengok jenis wallet suami yang sedia ada. Then kalau nak bagi hadiah beli wallet pattern lain dari yang dia pakai. Baru suami akan lebih teruja.

3. Tali pinggang
Yang nie pon kebiasaan lelaki mempunyai banyak koleksi belt / tali pinggang. So boleh jer kalau kita nak bagi tali pinggang untuk suami. Bila si dia pakai terus teringat kat kita....makin ingat makin sayang ler suami kat kita kan.

4. Minyak wangi
Lelaki ada dua jenis satu jenis pemakai minyak wangi, satu lagi sebaliknya. So kenal pasti suami anda jenis yang bagaimana. Kalau suami saya minyak wangi ngan dia bagaikan isi dengan kuku. Macam-macam jenis minyak wangi suami saya ada.

4. Baju
Boleh pilih baju dengan warna kesukaan yang suami anda suka. Percayalah selang sehari suami pasti akan pakai baju tu...hehe.

5. Jam
Kalau nak bagi hadiah jam memang perlukan kos lebih sikit lah. Sebab semua orang tahu harga jam of course beratus-ratus kan. So kalau tak ada duit beratus-ratus tu lupakan jer lah hasrat untuk memberi jam. Sebab? Tahu kan lelaki pentingkan kualiti? Kenalpasti suami anda suka style jam yang bagaimana then barulah memilih.

6. Pen  
Walaupon simple tapi sangat bermakna dan penting kepada lelaki yang berkerjaya terutama kerjaya sebagai guru macam suami saya. Kalo hari guru tu, anak murid bagi hadiah pen lah yang paling banyak.Jangan tak percaya semua pen tu suami saya guna.

7. Gadget
Ramai lelaki suka benda ni...tapi suami saya gajetnya hanya satu jer...tepon dia lah.

8. Majlis hari jadi 
Suami memang tak kisah bab majlis sambutan harijadi ni. Tapi sekali kita buat suprise party untuk dia nampak sangat kegembiraan yang sangat bermakna terpancar di raut mukanya. Tambah-tambah lagi bersama anak-anak yang nyayikan lagu hari lahir buat babanya kan.

10. DIY birthday card
Haaa DIY birthday card memerlukan kreativiti kita. So u olss boleh jer google untuk cari idea membuat birthday card untuk mereka. Pasti mereka rasa lebih dihargai kerana kita sanggup membuat sendiri dari membeli. 

11. Makanan tambahan (Vitamin)
Disebabkan pertambahan usia dan untuk kekalkan kesihatan yang optimum untuk suami, saya ada belikan suami makanan tambahan yang sesuai dengan usianya. Orang lelaki ni kalau bab makanan tambahan memang mengelak tetapi bila di suapkan memang laju je menelan. Bukannya apa dah tua nanti masing-masing nak sihatkan. Jadi kena ada persediaan awal.  Ketahui Makanan Sihat untuk Lelaki.  

12. Kasih sayang  
Kasih sayang yang mereka perlukan dari kita melebihi dari kebendaan. Pada mereka memadai sekiranya kita sayang mereka dan itu merupakan hadiah paling besar untuk mereka.Selain itu sikap bertolak ansur, pandai mengambil hati suami, jaga maruah suami, hormati keluarga suami dan jaga anak-anak suami itu hadiah yang paling berharga…

Semoga kita menjadi isteri yang di sayangi suami dan di angkat marbat menjadi isteri yang solehah.. Amin ya rabbalalamin…

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee. Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive