Penyakit kencing manis atau dikenali dengan Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam 
peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang
 dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga 
dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh 
organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut.
Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.
Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.
Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk 
memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang 
mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan
 hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak 
dapat bertindak seperti biasa.
Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar 
gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan
 disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit 
ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel 
badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam
 peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga. 
Diabetis terbahagi kepada:
- Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I
- Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II
Penyebab kepada berlakunya Diabetis ini adalah:
- Berlebihan berat badan / kegemukan.
- Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
- Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
- Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
- Peningkatan umur.
- Bangsa - Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.
Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan tawaran harga yang lebih istimewa, anda boleh  
Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852






 



 
 
 
 





0 comments:
Post a Comment