Tuesday, February 9, 2016

Ketahui Punca Dan Gejala Stroke



Serangan stroke ni boleh menyerang dimana sahaja dan sesiapa sahaja. Kajian mendapati jumlah penderita stroke di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Ada yang meninggal dunia disebabkan serangan stroke dan ada juga yang terselamat tetapi menderita kerana mengalami kecacatan., hilang keupayaan kekal. Ramai juga penderita serangan stroke ini lumpuh dan tak berupaya menjalani kehidupan seperti sediakala. Justeru itulah..pentingnya kita mengkaji sedikit sebanyak punca dan penyebab berlakunya serangan stroke..sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko SERANGAN STROKE.

                                         

Apa itu stroke?
Stroke sebenarnya adalah serangan yang berlaku pada otak yang terjadi secara mendadak akibat tersumbat atau pecahnya pembuluh darah otak. Dengan kata lain penyakit stroke ini merupakan penyakit yang berkaitan dengan pembuluh darah otak (serebrovaskuler) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral). Keadaan ini disebabkan berlakunya penyumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah yang menuju ke otak sehingga darah dan oksigen ke otak berkurang justeru menyebabkan berlakunya reaksi biokimia yang akan merosakkan atau mematikan sel-sel saraf otak.

Stroke ada 2 jenis sebenarnya:

                                     

Jenis Pertama Ischemic
Stroke jenis ini berlaku bila salur darah ke otak tersumbat. Salur darah ni tersumbat disebabkan oleh ketulan darah atau bila ada arteri yang mula sempit dipenuhi dengan kolesterol dan benda-benda berlemak yang lain yang melekat pada dinding salur darah.

Jenis Kedua Hemorrhagic
Stroke hemorrhagic berlaku sebab salur darah pecah, darah terkeluar dari salur darah dan membunuh sel otak. Salah satu penyebab stroke ini adalah tekanan darah tinggi.

Punca Utama Penyakit Stroke.
Ada dua faktor yang merupakan PUNCA stroke iaitu risiko medik dan risiko perilaku (gaya hidup)

1. Faktor Risiko Medik

Faktor risiko medik yang menyebabkan atau meningkatkan risiko stroke adalah disebabkan masalah:
  • hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi),
  • kolesterol, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), 
  • gangguan pada jantung, diabetes, 
  • faktor keturunan 
  • migrain yang teruk
Menurut data statistik 80% penyebab stroke adalah hipertensi dan arteriosklerosis. Kebanyakan mereka yang diserang stroke mengalami masalah ini.

2. Faktor Risiko Perilaku
Faktor risiko perilaku pula disebabkan oleh gaya hidup dan juga pola pemakanan yang tidak sihat seperti:
  • kebiasaan merokok,
  • mengambil minuman bersoda dan beralkohol 
  • gemar makanan fast food dan junk food. Makanan-makanan ini banyak bahan pengawet, pewarna dan juga perisa makanan. 
  • kurang aktiviti fizikal seperti senaman. 
  • STRESS.
Haa…jadi jangan stress-stress ye. Bukan tak boleh stress tapi jangan stress yang keterlaluan..ini boleh menyebabkan hati tak tenang..keadaan keseimbangan hormone juga boleh terganggu. Selain itu boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.

Apakah Gejala Serangan Stroke?
Jangan pandang remeh sebarang tanda-tanda yang dialami seperti di bawah. Tanda-tanda utama serangan stroke :
  • Rasa kebas atau kehilangan rasa pada muka, tangan atau kaki, terutama pada satu bahagian tubuh saja.
  • Rasa bingung yang mendadak, sukar bertutur dan susah difahami pertuturannya 
  • Sebelah mata atau kedua mata kabur secara mendadak. 
  • Sukar berjalan secara tiba-tiba, terhuyung-hayang serta hilang keseimbangan badan 
  • Pening kepala dengan teruk secara tiba-tiba tanpa diketahui sebabnya. Selain itu juga harus dijelaskan juga, kemungkinan adanya tanda-tanda lain yang boleh terjadi yang perlu kita berwaspada 
  • Rasa mual, panas dan sering muntah-muntah 
  • Pengsan secara tiba-tiba ataupun tak sedarkan
Serangan strok sebenarnya BOLEH DICEGAH! dengan cara seseorang itu mengubah gaya hidup yang lebih sihat. Malah jika anda atau ada ahli keluarga anda yang pernah terkena strok, ia juga BOLEH DIUBATI! Ingin mengetahui Cara pencegahan dari Stroke boleh baca sini.

Jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee, anda boleh menghubungi saya dan layak untuk mendapatk konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive