Monday, October 3, 2016

6 Kebaikan Probiotik (Bakteria Usus) Kepada Tubuh Manusia


Peranan Probiotik Dalam Mengekalkan Fungsi-fungsi Bakteria Usus

USUS bukan sekadar tempat yang menjadi salur laluan makanan sebelum dikumuhkan kerana ia turut berperanan sebagai barisan pertahanan penting tubuh terhadap bakteria berbahaya. Disebabkan itu, kesihatan usus akan mempengaruhi penyerapan zat daripada makanan dan ini memberi kesan kepada kesihatan tubuh yang turut mempengaruhi kekuatan sistem ketahanan badan.

Kehadiran bakteria probiotik dan prebiotik amat penting dalam membantu mengekalkan keseimbangan kesihatan sistem penghadaman terutama bagi kanak-kanak memandangkan ia organ pertahanan badan terbesar bagi tubuh.

Ramai yang tidak sedar bahawa bakteria yang terdapat di dalam usus manusia mengawal pelbagai fungsi metabolisme yang berlaku di dalam badan. Masalah metabolisme boleh berlaku sekiranya populasi bakteria ini menjadi tidak teratur sama ada ia menjadi berlebihan atau berkurangan. Erti kata lain, untuk mengekalkan badan yang sihat, populasi bakteria dalam usus perlulah berada dalam keadaan optimum.

Antara penyakit-penyakit yang boleh timbul apabila populasi bakteria usus menjadi tergugat adalah masalah tumbesaran, kesukaran meningkatkan berat badan, masalah kegemukan, penyakit darah tinggi, kencing manis dan hiperkolesterolemia.
 
Secara umum, bakteria usus terdiri daripada jenis:
  • Bacteroides
  • Firmicutes
  • Actinobacteria 
  • Proteobacteria. 
Antara faktor-faktor yang boleh mengekalkan kesuburan bakteria-bakteria ini ialah dengan pengambilan diet tinggi serat, produk yogurt, makanan tambahan probiotik dan senaman.

Kebaikan-kebaikan bakteria usus adalah

1. Membantu Tumbesaran Bayi dan Kanak-kanak

Kajian telah mendapati bahawa kanak-kanak yang tidak mempunyai kandungan bakteria usus yang normal mempunyai masalah dalam tumbesaran termasuk kenaikan berat badan atau mudah menjadi gemuk. Kanak-kanak yang tidak mempunyai bakteria usus yang sihat juga akan mudah mendapat penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis sekiranya mereka mempunyai sejarah keluarga penyakit tersebut.

2. Membantu Menstabilkan Fungsi Sistem Imunisasi Badan

Bakteria-bakteria usus dikesan dapat membantu merencatkan ketidakseimbangan dalam sistem imunisasi yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti lelah, ekzema, multiple sclerosis, rheumatoid arthritis dan sebagainya.

3. Membantu Mengawal Selera Makan

Bakteria-bakteria usus mampu untuk mengawal rembesan hormon-hormon tertentu daripada usus yang boleh meningkatkan selera makan seperti hormon leptin dan peptide YY.

4. Mengawal Kenaikan Berat Badan 

Bakteria-bakteria usus ini mampu untuk mengawal metabolisme dan penyerapan zat-zat makanan. Tanpa bakteria-bakteria usus, seseorang individu boleh mendapat penyakit metabolisme dan menyebabkan pembentukan lemak yang berlebihan pada organ-organ badan dan kulit. Bakteria usus yang memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal obesiti adalah Akkermansia muciniphila.

5. Mencegah Penyakit Kencing Manis 

Bakteria-bakteria usus boleh mempengaruhi rembesan hormon-hormon tertentu daripada sistem penghadaman yang memainkan peranan dalam mengawal paras insulin di dalam darah. Antara hormon-hormon yang dikenalpasti dapat mengawal paras insulin darah adalah hormon glucagon-like peptide 1 dan enteroglucagon.

6. Membantu Pergerakan Peristalsis Usus 

Pergerakan peristalsis yang lemah boleh menyebabkan masalah sembelit. Bakteria-bakteria usus dapat membantu melancarkan pergerakan usus dengan mewujudkan satu medium yang sesuai pada dinding mukosa usus. Ada juga kajian mendapati bakteria usus juga membantu rembesan sejenis hormon iaitu motilin yang boleh melancarkan pergerakan peristalsis usus kecil.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive