Thursday, October 20, 2016

Cara Memilih, Mengukur Saiz Dan Memakai Bra Yang Betul


Bra atau coli adalah pakaian dalam untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan payudara wanita. Ramai wanita yang berasa lebih yakin bila memakai bra yang selesa dan seksi. Biarpun ia sekadar pakaian dalam, namun memilih bra yang berkualiti dengan saiz yang sesuai penting dan tidak boleh dianggap remeh.

Cara Memilih Bra Yang Betul 

Membeli bra atau coli bukan semudah yang disangka. Ia bergantung pada bentuk badan dan saiz payudara. Kadangkala saiz bra yang sama belum tentu menjamin keselesaan bila seseorang memakainya.

Memandangkan bra bukan sekadar baju dalam, sebaliknya ia juga membantu membaiki postur, membentuk badan dan membuat anda berasa yakin maka anda terlebih dahulu perlulah memilih saiz ukur lilit dan ‘cup’ yang sesuai dan berasa selesa apabila dipakai.

1.Untuk Payudara Bersaiz Kecil

Pilih bra jenis ‘push up’ kerana ia dapat membantu membuatkan payudara kelihatan lebih padat
Pilih bra yang jenis half cup dan bukannya full cup.

2.Untuk Payudara Pendulous (kebawah)

Pilih bra yang berdawai yang dapat menampung payudara dari bahagian bawah.
Selain itu pilih bra yang jenis ‘full cup’, bertali lebar dan mempunyai sokongan tambahan.

3.Untuk Payudara Yang Berposisi Jauh

Pilih bra yang memberi sokongan sisi yang dapat merapatkan posisi payudara.

4.Untuk Payudara Yang Berposisi Rapat

Pilih bra atau coli yang berdawai pada bahagian tengah untuk membantu menjarakkan kedudukan payudara.

Cara Mengukur Saiz Bra yang Betul

Pemakaian pakaian dalam yang bertepatan sangat penting. Antara kesan negatif pemakaian bra yang tidak betul adalah :  
  1. Bebanan pada tulang belakang. Postur tulang belakang boleh terjejas dan menyebabkan kesan-kesan lain seperti sesemut di tangan, sakit kepala dan seperti badan masuk angin. Ini berlaku akibat kelengkungan tulang belakang yang tidak normal. Kesan ini boleh terjadi kepada semua dan lebih parah untuk wanita yang memiliki payudara bersaiz besar 

  2. Kesan melecet, merah-merah & gatal pada payudara  

  3. Gangguan pernafasan akibat terutama mereka yang memilih payudara ber wire  

  4. Mengganggu supply oksigen kepada bahagian payudara jika bra terlalu ketat. Gangguan pengaliran darah yang membawa oksigen dan mengangkut keluar toksik amat berbahaya untuk jangka masa panjang  

  5. Menjejaskan bentuk payudara terutamanya dari segi jangka masa panjang akibat support yang tidak betul oleh bra
Jadi, amatlah penting untuk para wanita mengetahui saiz & ukuran yang betul untuk memilih bra yang sesuai. 

Berikut adalah tips mengukur saiz bra yang betul:


 

Dua perkara yang terlibat dalam mengukur saiz bra ialah : 
  • Ukur lilit lingkaran badan &
  • saiz cup
UKUR LINGKARAN BADAN
Ambil ukur lilit badan dalam unit inci, bawah payudara iaitu di bahagian tulang rusuk bawah payudara (Nombor 1 pada gambar diatas). Jika hasil ukuran :
>> Bernombor genap, tambahkan 4 inci
>> Bernombor ganjil, tambahkan 5 inci. 

Contoh 1 :
Ukuran lilitan badan ialah 28, jadi ukuran bra ialah 32. (28+4=32). << Tambah 4 sebab 28 nombor genap
Contoh 2 :
Ukuran lilitan badan ialah 29, maka ukuran bra ialah 34. (29+5=34). << Tambah 5 sebab 29 nombor genap 

UKURAN CAWAN (CUP)
Ukur lilit badan pada bahagian paling depan payudara iaitu bahagian puting paling menonjol (nombor 2 pada gambar). Kira perbezaan dengan angka ukuran lilit badan yang telah dibuat awal tadi. Pilih cup berdasarkan perbezaan ukuran dibawah : 

Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D 

Contoh:
Ukuran lilitan badan tadi = 28
Ukuran lilitan payudara = 31
Jadi perbezaannya ialah 3 inci (31-28) >> Cup C

Contoh akhir :
Ukuran lilitan badan (no 1 pada gambar) >> 28
Ukuran lilitan payudara (no 2 pada gambar) >> 32 

Saiz bra ialah :
Lilitan >> 28 + 4 = 32 (tambah 4 sebab 28 angka genap)
Saiz cup >> Ukur lilit payudara - ukur lilit badan = 32-28 = 4 >> Cup D

Cara Memakai Bra Dengan Betul

  1. Condongkan badan ke hadapan dan masukkan tangan melalui tali bahu. 
  2. Masukkan payudara ke dalam ‘cup’ bra dan selepas itu pasangkan cangkuk. 
  3. Pastikan payudara masuk sepenuhnya ke dalam ‘cup’. Perbetulkan kedudukan tali bahu supaya selesa. 
  4. Selepas itu luruskan badan dan angkat kedua-dua belah tangan. Bra yang bersaiz betul tidak akan terangkat naik.

Cara Yang Betul Menjaga Bra Atau Pakaian Dalam

  • Bila hendak mencuci pakaian dalam, jangan rendam terlalu lama untuk mengelakkan bra cepat rosak atau longgar. Rendamkan sekejap sahaja, kira-kira 10 minit menggunakan air sejuk. 
  • Seeloknya elakkan mencuci bra atau pakaian dalam lain menggunakan mesin basuh. Cuci pakaian dalam menggunakan tangan supaya ia tidak mudah rosak. 
  • Pilih sabun pencuci yang sesuai. Selain merosakkan bra, sabun pencuci yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kita mendapat alergi atau kegatalan. 
  • Untuk mengelak bra dari cepat pudar, elak menjemurkan baju dalam di bawah cahaya matahari yang terik. 
  • Jangan melipat bra kerana ‘cup’ akan cepat rosak.
Selain itu pastikan anda beli baju dalam yang berkualiti supaya dapat tahan lama. Pilih bra jenis kapas untuk membantu penyerapan peluh.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
 

0 comments:

Post a Comment