Saturday, October 15, 2016

Penyebab Wanita Mengandung Di Luar Rahim Dan Tanda Awalnya



Apa Maksud Mengandung Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)?

Mengandung luar rahim juga lebih sinonim dengan nama ectopic pregnancy. Maksud perkataan ectopic ialah "di tempat yang salah". Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.

Jika ini berlaku, ia boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Jadi ectopic pregnancy harus digugurkan sepenuhnya.


Bilakah kehamilan luar rahim boleh dikesan?

Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu ke-4 dan ke-10. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid.

Mengapakah wanita boleh mengandung di luar rahim?

Biasanya, telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi atau melekat dan mula berkembang.

Antara faktor telur gagal ke ovari dalam kehamilan luar rahim adalah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, telur yang disenyawakan akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.

Siapa yang berisiko untuk mengandung di luar rahim?

Mengandung di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana perempuan, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Antaranya: 
  • Wanita yang pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease- PID). PID sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio.
  • Wanita yang mengalami endometriosis tiub. Mereka lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio. 
  • Wanita pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio. 
  • Wanita yang hamil melalui kaedah IVF. Bakal ibu seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi. 
  • Wanita yang menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda 
  • Mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi. 
  • Wanita yang merokok. 
  • Wanita yang pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko untuk hamil di luar rahim meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10. 
  • Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah.

Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim?

Tanda-tanda awal wanita mengandung luar rahim hampir sama dengan haid atau keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah.

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang unik yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti: 

1. Pendarahan faraj yang tidak normal

Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada darah lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun"). 

2. Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut

Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor.

Lagi Tanda-tanda Wanita Mengandung di Luar Rahim

Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub falopio menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka mereka akan mengalami simptom-simptom berikut: 
  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
  • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis. 
  • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk. 
  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).
Sumber dan credit

Ectopic Pregnancy Dan Cyst 

Alhamdulillah, terima kasih YaAllah yang telah memakbulkan doa kami. Kesembuhan itu datang nya dari Dia, ikhtiar itu datangnya hasil usaha kita.

Sebelum ini adik ni pernah beberapa kali keguguran. Dan mengandung kali ini pula dia mengalami ectopic pregnancy. Ovari sebelah kiri memang dah pecah dan rosak. Alhamdulillah ovari sebelah kanan masih boleh berfungsi, TETAPI Dr sah kan berlaku jangkitan kuman dan ketumbuhan.

Alhamdulillah adik ni minum Vivix dalam sebulan jer, dan pagi ni...dia maklum kan berita gembira sampai nangis2 dah. Saya ni, bukan blh tgk org nangis....tgk icon wassap nangis tu pun ayaq mata laju dah kuar.

Mula2 saya berdobar2 naper dia nangis...risau saya, tapi alhamdulillah rupanya air mata kegembiraan. Dengan izin dia saya kongsikan testimoni cyst dan vivix ni.


Sebarkan ilmu ini jika ia bermanfaat. Sebagai ibu dan wanita, pastikan kita sentiasa sedar tentang perubahan diri terutama jika ia kesakitan di bahagian rahim dan perut.  Jaga kesihatan diri dan hargainya sejak awal.Semoga usaha kecil kita ni Allah bantu utk sembuh kan ramai lagi wanita diluar sana. InsyAllah.
 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive