Sunday, October 9, 2016

Tangan Anda Kebas? Anda Mungkin Menghidap Carpal Tunnel Syndrome


Pernahkah anda terbangun malam atau awal pagi sekitar jam 2 atau 3 pagi akibat rasa tidak selesa atau kebas pada bahagian tangan? Anda akan mengoyang-goyangkan tangan sehingga rasa kebas ini berkurangan? Atau anda merasa kebas di bahagian tangan iaitu pada ibu jari, jari telunjuk dan sebahagian daripada jari manis? Kalau jawapan anda ialah “ya”, anda mungkin mempunyai masalah Carpal Tunnel Syndrome.

Sindrom Carpal Tunnel

Carpal Tunnel Syndrome adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan kepada saraf Median (‘Median Nerve’) di pergelangan tangan seseorang. Ia boleh disebabkan oleh tekanan daripada persekitaran luar tangan atau daripada dalam terowong pergelangan tangan (‘Carpal Tunnel’) itu sendiri.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit CTS ini ialah pesakit berusia lebih daripada 40 tahun, dan yang mengejutkannya ialah wanita lebih cenderung mendapat sindrom carpal tunnel ini.

Dalam kes-kes yang kronik, otot pada pangkal ibu jari akan mengecut (thenar muscle atrophy’) dan kekuatan ibu jari juga akan merosot (abductor muscle weakness). Ini menyebabkan pesakit mungkin mengalami masalah untuk menggunakan tangan di mana sudu, garpu, senduk dan sebagainya jatuh semasa pesakit menggunakannya. 

Punca Berlakunya Sindrom Carpal Tunnel

  • Kepatahan yang berlaku dipergelangan tangan. Ia termasuk kepatahan di tulang ‘Radius’ dan juga tulang-tulang kecil ‘Carpal bones’ yang membentuk terowong pergelangan tangan
  • Semen atau plaster yang dipasang bagi merawat kepatahan juga boleh menyebabkan keadaan ini sekiranya ia terlalu ketat
  • Sendi pergelangan tangan yang terseliuh juga boleh menyebabkan tekanan kepada saraf ini.
  • Sebarang ketumbuhan di dalam ‘carpal tunnel’ akan menyempitkan ruang di dalam terowong ini dan menekan saraf
  • Pesakit yang mengandung
  • Proses penuaan yang menyebabkan ‘Osteoarthritis’
  • Masalah hormone pembesaran (‘Growth hormone’)
  • Masalah penyakit metabolic seperti kencing manis dan gout
  • Pelbagai penyakit dari kumpulan ‘Connective tissue disorders’ seperti Amyloidosis dan Haemochromatosis
  • Idiopathic – tiada sebab yang diketahui

Antara simptom Sindrom Carpal Tunnel yg biasanya terjadi adalah:

Simptom CTS bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yg boleh melarat ke bahagian tgn dan lengan.
  • Kebas pada bahagian tangan dan jari-jari tangan. Rasa kebas ini akan jadi lebih kuat terutamanya bila kita memandu, masa kita pegang objek macam telepon @ newspaper @ masa kita bangun dari tidur. Kebanyak pesakit akan menggoyangkan tangan mereka utk kurangkan simptom tersebut.
  • Rasa lemah pada bahagian tangan sehingga menyebabkan objek yg dipegang akan jatuh.

Siapa Yang Berisko Mendapat Sindrom Carpal Tunnel

  • Golongan yang mengalami tekanan atau penggunaan tangan yg berlebihan dlm perkerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan berulang2 & dgn kuat.
Cth pekerjaan yg melibatkan pergerakkan seperti di atas tu selalunya macam bekerja di kilang pemasangan yg menggunakan jentera berat. 
  • Penggunaan komputer yg berlebihan dan penggunaan papan kekunci(keyboard) & tetikus(mouse) yg tak betul & utk tempoh bertahun juga berisiko tinggi turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel, walaupun belum ada bukti saintifik yg boleh mengaitkannya setakat ini.

Faktor Lain Yang Meningkat Sindrom Carpal Tunnel

1. Jantina

Wanita alami 3 kali lebih berisiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakkannya berlaku selepas menopaus.

2. Keturunan

Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara mara yg mengalami keadaan fizikal yg sama, seperti bentuk pergelangan yg sama. 

3. Merokok

Perokok juga akan mengalami CTS yg lebih teruk berbanding mereka yg tak merokok.

Rawatan Sindrom Carpal Tunnel  

Kalau kesakitan yg kita alami ni tak teruk, kita boleh kurangkan rasa sakit dari kebas dgn ambil masa rehat yg lebih untuk merehatkan tangan atau letakkan ais utk kurangkan bengkak/kebas pada tangan.

Ada juga kaedah lain yang kita boleh gunakan sama ada melibatkan pembedahan atau tanpa pembedahan.

1. Kaedah Tanpa Pembedahan

  • Night Splinting


Rawatan bagi keadaan ini biasanya dimulakan dengan pemakaian ‘night splint’ iaitu sejenis orthosis daripada jenis thermoplastic bagi mengelakkan pengelangan tangan daripada terbengkok secara tidak sedar semasa pesakit tidur.

Sekiranya kita lihat, kebiasaannya pergelangan tangan seseorang akan berada dalam keadaan bengkok ke dalam semasa kita tidur, dan ini akan menyebabkan tekanan pada saraf bertambah serius. Cuba anda perhatikan tangan anak-anak atau pasangan anda malam nanti!
 

  • Non Steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs)
Menggunakan ubat utk kurangkan bengkak bgi kurangkan rasa sakit terutamanya mereka yg alami rasa sakit disebabkan oleh keadaan yg berkaitan dengan penbengkakan bahagian tangan 

  • Steroid
Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunner boleh kurangkan kesakitan. Pengambilan steroid oral pula mungkin tidak dpt kurangkn simptom.

Pesakit juga akan dinasihatkan supaya menjalani rawatan fisioterapi bagi mengurangkan radang atau kebengkakan di kawasan terlibat.


2. Kaedah Pembedahan


Pembedahan mungkin perlu dilakukan apabila splinting dan fisioterapi tidak berjaya atau terdapat ketumbuhan di dalam pergelangan tangan pesakit. Ia melibatkan prosedur dimana pesakit atau diberikan ubat bius, dan membuat luka pada bahagian pergelangan tangan pesakit bagi memotong ‘transver carpal ligament’ dan seterusnya membebaskan saraf ini.

Kini terdapat juga kaedah endoskopik dimana pembedahan dilakukan dengan menggunakan alat endoskopi dan kamera. Ia hanya melibatkan 2 atau 3 luka kecil bersaiz 1 cm bagi membebaskan saraf ini. Namun ia hanya dilakukan di pusat perubatan tertentu sahaja di Malaysia.

Mungkin kita nampak macam biasa dan tidak memandang serius tentang sindrom ini sedangkan ia sangat berbahaya.
Sindrom Carpal Tunnel ni boleh akibatkan sendi pergelangan tangan kita terputus dan tangan kita takkan dapat berfungsi sama sekali.

Tips Penggunaan Komputer Yang Betul Bagi Mengelakan Sindrom Carpal Tunnel 

Bagi mengelakkan ia berlaku, praktikkan tips berikut ketika menggunakan komputer :

1. Gunakan papan kekunci dgn betul.

2. Pegang tetikus dgn cara yg betul & posisi tgn tidak tergantung di atas meja.



Pilih tetikus yg sesuai dgn tgn kita & tidak terlalu kecil yg menyebabkan hanya ibu jari & kelingking yg digunakan. Tetikus yg sesuai akan mudah dipegang & menyentuh seluruh permukaan tapak tgn kita.

Rawatan Alternatif Sindrom Carpal Tunnel  Dengan Supplement Shaklee

Vivix



Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menyihatkan sendi, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
  • Memperbaiki DNA. 

Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.
  • Memperbaiki tenaga sel. 

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. 

Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

B complex

 



Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau
 
Hubungi saya untuk pembelian dengan harga yang lebih menjimatkan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak  untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)   
Shaklee ID: 1027990   
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com     
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/   


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Post a Comment