Tuesday, October 11, 2016

Batu Karang, Angkara Kurang Air

rawatan batu karang tanpa pembedahan

Air Kencing yang terbentuk di dalam buah pinggang akan dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

Batu karang atau kalkuli ini boleh ditemui di mana sahaja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing dan biasanya ditemui di bahagian atas saluran kencing (buah pinggang atau ureter)

Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.
punca berlakunya batu karang

Sakit Pada Tepi Perut

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.

Faktor Menyebabkan batu karang 

1.Kurang minum air

Jika kurang minum air, kencing akan menjadi lebih pekat. Jika kencing lebih pekat, mudahlah untuk pembentukan kristal yang akhirnya akan menjadi batu. 

2.Sejarah keluarga atau diri-sendiri

Ini tak lain tak bukan masalah pemakanan yang sama dalam keluarga, seperti juga penyakit kencing manis dan penyakit metabolik yang lain. Orang yang pernah terkena penyakit batu karang juga perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah tinggi. 

3.Umur

Kes batu karang paling tinggi dikalangan orang berusia 20 hingga 70 tahun. 

4.Jantina 

Lelaki lebih mudah mengalami penyakit batu karang berbanding wanita.

5.Penyakit lain

Penyakit-penyakit metabolik seperti hyperparathyroidism (kelejar yang terlibat dalam metabolisme kalsium terlebih aktif), hyperthyroidism (kelenjar thyroid terlebih aktif menyebabkan pengeluaran mineral daripada tulang dan pengumpulan kalsium) sistinuria (penyakit metabolik yang diwarisi yang menyebabkan sistin berlebihan dalam tubuh dan menyebabkan batu jenis sistin). 

5.Suplemen vitamin D berlebihan dan tidak seimbangkan dengan kalsium dan magnesium.

Malahan penghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi turut berisiko untuk mendapat penyakit ini terutama mereka yang menghidap Cushing Syndrome (masalah berkaitan hormon) 

6.Kesan sampingan ubat

Ubat-ubat seperti diuretik meningkatkan pengeluaran air kencing, lalu menyebabkan kencing semakin pekat. 

7.Pemakanan

Makanan yang tinggi protein purin seperti hati, jantung, limpa, daging merah dan makanan laut yang bercengkerang. Daging merah khususnya mengandungi kandungan fosforus yang tinggi, jadi menyebabkan lebih banyak kalsium dikeluarkan melalui air kencing. Selain itu alkohol dan diet kurang serat turut memberi kesan yang sama. 

8.Kurang aktif

Individu yang kurang aktif atau terlantar sakit adalah lebih berisiko kerana tulang membebaskan kalsium ke dalam salur darah dalam individu ini.

Jenis-jenis batu karang

Jenis-jenis batu karang dan rawatan tanpa laser

Batu karang ada beberapa jenis bergantung kepada campuran bahan-bahan yang membentuknya.

1.Batu kalsium

Jenis batu paling lazim yang merupakan campuran 2 bahan, iaitu kalsium dan oxalate. Pesakit batu jenis kalsium seharusnya mengurangkan gula atau makanan jenis karbohidrat yang diproses. Kerana peningkatan gula dalam darah akan meningkatkan penghasilan insulin, menyebabkan lebih banyak pengeluaran kalsium melalui buah pinggang, jika ditambah dengan kurang minum air, makan kalsium tadi akan membentuk kristal.

Mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat batu karang jenis kalsium mendapat manfaat daripada makanan vegetarian yang berserat tinggi kerana pecahan protein haiwan ialah asid urik dan asid oxalik yang mana terlibat dalam pembentukan batu karang. 

2.Batu struvite

Lebih banyak berlaku kepada wanita berbanding lelaki. Biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria pada saluran kencing yang menghasilkan enzime tertentu yang meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite 

3.Batu asid urik

Peningkatan asid urik dalam badan disebabkan oleh metabolisme protein haiwan. 

4.Batu sistein 

Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku dan hanya berlaku dalam individu yang mempunyai penyakit genetik : sistinuria , yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan asid amino sistin dalam jumlah yang banyak sehingga menyebabkan pembentukan batu.

Gejala Batu Karang

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit.

  • Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
  • Air kencing berdarah.
  • Air kencing keruh dan berbau busuk.
  • Mual dan muntah.
  • Sentiasa terasa hendak kencing.
  • Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

Kaedah rawatan batu karang adalah :

  • Extracorporeal Shockwave Lithotripsy (ESWL)

Prosedur rawatan biasa di mana pesakit akan baring di atas meja khas dan gelombang akan dikeluarkan oleh sejenis mesin menembusi badan pesakit. Ia bertindak untuk memecahkan batu tersebut kepada ketulan kecil. Batu tersebut akan keluar melalui air kencing.  
  • Percutaneous Neprolithotomy

prosedur rawatan jenis ini pula, doktor akan melakukan pembedahan kecil di bahagian buah pinggang untuk membentuk laluan bagi memasukkan alat untuk melakukan proses pecahkan batu tersebut dengan mengunakan sumber laser, ultrasound atau angin.
  •  Ureteroscopy

Rawatan jenis ini pula doktor akan masukkan sejenis alat melalui urethra, pundi kencing dan ureter bagi tujuan memecahkan batu tersebut. Pesakit akan di bius penuh dan prosedur ini hanyalah rawatan untuk batu karang yang bersaiz besar  
  • Pembedahan Terbuka

Batu karang yang bersaiz besar akan menggunakan rawatan kaedah ini, namun prosedur rawatan jenis ini jarang dilakukan kerana masih ada pilihan rawatan jenis lain seperti di atas. Rawatan yang lebih mudah menjadi pilihan pesakit batu karang kini.

Langkah Pencegahan Batu Karang Dengan VIVIX Dan Performance Drink

Bagi mengelakan pembentukan batu karang tidak terjadi lagi, pesakit di nasihatkan agar meminum sekurang-kurangnya 2-3 liter air putih sehari.

Selain itu, pembentukan batu karang juga boleh dicegah dan dirawat dengan pengambilan supplement VIVIX dan Performance.
 

ubat batu karang

rawatan batu karang tanpa laser dan pembedahan

1. Bagaimana penyakit batu karang ni boleh dicegah dan boleh dirawat dengan vivix?  

Apa yang kita tahu vivix mampu memperbaiki dan melindungi selular DNA supaya sentiasa dalam keadaan baik. Selain itu vivix juga melambatkan penuaan sel badan serta menggalakkan mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam tubuh.

Setiap penyakit yang menyerang adalah disebabkan kegagalan mitokondria menghasilkan tenaga. Vivix menggalakkan pembentukan Mitokondria untuk meningkatka tahap tenaga dalam badan untuk melawan penyakit dan ketidakstabilan badan.

Vivix bukan sahaja membantu tubuh kita detoks malahan ia juga menjaga kesihatan tubuh pada peringkat selular.

2. Kebaikan Performance Drink

Minuman isotonik yang tak berkarbonat dan bebas gula . Performance Drink didapati dapat meningkatkan Kandungan sitrat dan bacaan pH bagi membantu mencegah batu karang serta mencukupkan air yang diperlukan tubuh ( elak dehidrasi ). 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau
 
 
Hubungi saya untuk pembelian dengan harga yang lebih menjimatkan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak  untuk mendapatkan konsultasi secara percuma: 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)   
Shaklee ID: 1027990   
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com     
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 

0 comments:

Post a Comment