Monday, October 10, 2016

Kajian Kesan Pemakanan Lemak dan Kolestrol Terhadap Manusia


Pada tahun 1908, ahli sains telah mendapati bahawa arnab yang diberi makan daging, susu berlemak dan telur mengandungi mendapan lemak di dinding arteri (saluran darah). Ini menyebabkan saluran darah menjadi lebih sempit - proses ini dinamakan "atherosclerosis". Ia adalah proses yang mengambil masa yang lama dan selalunya tidak menunjukkan kesan-kesan awal. Sekiranya proses ini berlaku pada kita, saluran darah ke otak boleh berhenti (kena stroke) atau ke jantung berhenti (sakit jantung). Pada 1913, ahli sains telah mengenalpasti bahan ini sebagai kolesterol.

Pada 1916, Cornelius de Langen, seorang doktor Belanda yang ketika itu berkerja di Indonesia mendapati bahawa orang-orang asli Indonesia mempunyai kadar sakit jantung yang lebih rendah berbanding orang-orang Belanda yang tinggal di sana. Beliau membuat spekulasi bahawa ini mungkin disebabkan oleh kandungan kolesterol yang rendah di kalangan orang Indonesia yang lebih banyak memakan makanan berasaskan tumbuhan berbanding orang Belanda yang lebih suka mengambil daging dan makanan berasaskan tenusu.

Selepas Perang Dunia ke-2, pengkaji di Skandinivia mendapati bahawa kematian akibat sakit jantung turun dengan mendadaknya semasa peperangan. Ini didapati disebabkan oleh kekurangan makanan daging, tenusu dan telur pada ketika itu. Pengkaji lain pula pada masa ini telah mendapati bahawa orang yang mengalami serangan sakit jantung selalunya mempunyai kadar kolesterol yang lebih tinggi berbanding orang yang tidak mengalami serangan sakit jantung.

Sejak daripada itu, telah banyak kajian saintifik yang mengaitkan kandungan kolesterol yang tinggi dan diet dari lemak haiwan dengan risiko sakit jantung. Di negara-negara di mana kandungan kolesterol adalah tinggi seperti di Amerika, penyakit jantung adalah salah satu penyebab utama kematian.


Walaupun kadar sakit jantung yang tinggi dikaitkan dengan pemakanan yang tinggi dengan daging dan hasil tenusu yang tinggi dengan lemak tepu, ia tidak semestinya begitu. Sebagai contoh, penduduk di kepulauan Crete di Greek mempunyai kadar sakit jatung yang rendah walaupun mereka makan makanan yang tinggi dengan lemak. Didapati lemak yang mereka makan diperolehi daripada minyak zaitun. Minyak zaitun adalah jenis mono-unsaturated yang berupaya mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL dan mengekalkan kandungan kolesterol baik HDL.

Begitu juga, penduduk Inuit atau Eskimo yang tinggal di Alaska dan Greenland boleh dikatakan tidak mengalami sakit jantung walaupun banyak mengambil makanan berlemak dan tinggi kolesterol. Ini kerana mereka mengambil banyak ikan yang kaya dengan Omega-3 sejenis poly-unsaturated. Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 ini yang kaya di dalam ikan laut dalam seperti salmon dan makarel dan juga minyak canola dan soya berupaya mengurangkan LDL cholesterol dan triglyceride di dalam darah.

KESIMPULANNYA
  1. Kolestrol LDL yang tinggi penyebab sakit jantung dan stroke
  2. Pengambilan makanan berasaskan daging menjadi penyebab utama LDL
  3. Pegambilan makanan berasaskan sayuran dapat mengelakkan sakit jantung
  4. Pengambilan Minyak zaitun dapat menurunkan kolestrol LDL dan mengekalkan kolestrol HDL
  5. Seseorang yang mengambil makanan berlemak dan tinggi kolestrol dapat menghindari penyakit jantung dengan mengamalkan OMEGA-3. Omega Guard Shaklee Minyak ikan terbaik.
  6. Soya pun bagus jugak yer utk turunkan LDL. Saya suka soya ESP Shaklee.
Jadi anda dah tau kan apa yang perlu anda pilih bila nak makan. Makan secara bijak.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  

0 comments:

Post a Comment