Tuesday, March 15, 2016

10 PUNCA CEPAT LETIH SERTA CARA MENGATASI



Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk cuba fahami antara punca-punca yang mungkin penyumbang terbesar terhadap masalah keletihan anda itu.

1. Kekurangan Darah

  • Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. 
  • Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang. 
  • Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. 
  • Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang. 
  • Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. 
Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.

2. Kekurangan Hormon Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan agak murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

3.Dehidrasi

Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan lebih jernih dan terang.

4.Jangkitan Kuman air Kencing (UTI)

Walaupun kebanyakkan dari simptom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.

Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.

5. Kafein

Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.

Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.

6. Alahan Makanan

Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan itu dari suapan harian anda.

7. Kekurangan Tenaga

Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.

8. SLEEP APNEA/DENGKURAN (gangguan semasa tidur melalui pernafasan)

Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas.

Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.

Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok. Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.

Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.

9. Lemah Jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

10. Penyakit Kencing Manis

Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.

Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

Bagaimana Vitamin VIVIX Dapat Membantu Badan Lebih Cergas Betenaga 

Setiap sel mempunyai mitokondria (pusat tenaga sel). Seperti kereta, enjin yang power hebat maka kereta itu pun power la kan


Mitochondria adalah organ terkecil yang berada di dalam sel. Ia bertanggungjawab dalam menghasilkan tenaga adenosine triphosphate (ATP). Tenaga inilah yang digunakan oleh kita untuk menjalankan kehidupan dan melakukan aktiviti seharian.

Selain daripada melakukan aktiviti seharian seperti pergerakan tubuh badan, tenaga dalam bentuk ATP ini juga digunakan dalam proses penghadaman, perkumuhan dan segala aktiviti di peringkat sel.

Tanpa tenaga ATP, sel-sel tubuh akan mati. Jika banyak sel yang mati dalam organ, ia akan menyebabkan kegagalan fungsi organ tersebut.

VIVIX MEMBANTU MEMBERI TENAGA KEPADA SEL

Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan Biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.

Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.

Khasiat Shaklee Vivix

  1. Galakkan penuaan yang sihat.
  2. Bantu mengelakkan kanser.
  3. Kurangkan risiko sakit jantung.
  4. Kurangkan kompilasi kencing manis (diabetes).
  5. Tingkatkan kesihatan arthritis dan sokong kesihatan sendi.
  6. Kurangkan insiden penyakit nyanyuk.
  7. Galakkan kehilangan berat badan.
  8. Tingkatkan sistem imun.
  9. Tingkatkan kesihatan mata.
  10. Galakkan kesihatan keseluruhan.

 

 

 

Apa Kata Mereka Tentang Vivix?



Berminat Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!        
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
 

Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852   

0 comments:

Post a Comment