Wednesday, March 2, 2016

6 Tips Detox Hati Secara Semulajadi

 Image result for tips detox hati
Kesihatan seseorang bukan sahaja bergantung kepada apa yang dimakan, tetapi bagaimana badannya mengawal selia dan membuang toksin-toksin berbahaya.
 
Hati yang merupakan salah satu organ yang terlibat dalam memproses kotoran-kotoran yang berbahaya ini kepada bahan yang lebih selamat untuk dibuang daripada tubuh. Malahan hati mungkin antara organ yang terbanyak buat kerja. Selain berfungsi untuk detox, hati juga menghasilkan cecair hempedu untuk menghadam lemak, memproses hormon, menyimpan lebihan gula, vitamin dan mineral termasuk zat besi.

Jika hati tidak berfungsi dengan baik, sudah tentu kita akan merasai kesannya.

Tanda-tanda fungsi hati merosot
  • Perut selalu kembung dan berangin.
  • Sering pedih ulu hati.
  • Masalah sembelit.
  • Sukar menurunkan berat badan.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Mood tidak menentu, darah gemuruh dan sering rasa tertekan.
  • Penat yang berlebihan dan berlanjutan.
  • Berpeluh dengan berlebihan.
  • Kulit mudah berdarah atau mudah lebam walaupun tidak mengalami kecederaan yang teruk.
  • Kurang selera makan.
  • Mata menjadi kuning dan simptom-simptom jaundis yang lain termasuk kencing yang gelap dan najis yang pucat apabila sel-sel hati mulai rosak.
Berita gembira yang saya nak sampaikan ialah walaupun sel-sel hati sudah rosak dan berkurang tapi masih boleh dibaiki dan dibina semula. Ada beberapa langkah yang saya kongsi untuk mencuci hati dan mendapatkan semula organ yang sangat penting ini.

Langkah-langkah mencuci hati

1. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia.
Mengambil makanan yang diproses secara berlebihan beerti meletakkan hati di tempat yang berisiko. Bahan-bahan yang digunakan untuk mengawet makanan menyebabkan hati perlu bekerja keras untuk mencucinya, malahan boleh menyebabkan penyakit berbahaya termasuk kanser.

Jadi, seboleh-bolehnya gantikan makanan ini dengan makanan yang sihat dan cuba masak sendiri di rumah. Kalau tidak mampu, kurangkan pengambilan makanan segera.

2. Minum jus sayuran mentah
Antara sayuran yang baik untuk detox hati ialah kubis, kubis bunga dan kubis brussels. Kalau nak tambah sayur-sayuran kegemaran yang lain juga tiada masalah.

Makanan yang tinggi dengan serat membantu sistem penghadaman yang sihat dan mempercepat pembuangan toksin dari badan. Pengamalan halia boleh membantu mengurangkan gas dalam usus dan melegakan kembung perut.

3. Tambahkan makanan yang tinggi potassium
Setiap hari, orang dewasa memerlukan 4,700mg potassium. Kemungkinan besar ramai yang tidak dapat keperluan potassium yang cukup setiap hari. Potassium yang cukup membantu mengawal tekanan darah, menurunkan kolesterol dan membantu dalam sistem kardiovaskular. Selain itu, potassium juga membantu detox hati. 
 
Makanan yang mengandungi potassium yang tinggi:
  • Ubi keledek
Selain mempunyai kandungan potassium yang paling tinggi, iaitu 700mg dalam sebiji ubi keledek, ia juga kaya denagn serat dan beta-carotene.

Walaupun ubi keledek rasanya manis, namun ubi ini mempunyai indeks glisemik yang rendah, jadi tidak akan membebaskan gula mendadak ke dalam darah. Mempunyai hanya 131 kalori, ia juga kaya dengan vitamin B-6, vitamin C, vitamin D, magnesium dan zat besi.
  • Sos tomato
Sos tomato atau tomato puree dihasilkan dalam keadaan pekat, sebab itu mengandungi banyak potassium. 1 cawan sos tomato mengandungi 1065mg potassium, sementara 1 cawan buah tomato hanya mengandungi 400mg potassium sahaja. Bila membeli sos tomato atau tomato puri, pastikan pilih yang dibuat daripada tomato organik.
  • Bayam dan ubi bit
Selain kaya dengan antioksida, ubi bit mengandungi 1,300mg potassium untuk setiap cawan. Semenatara bayam pula mangenadungi 840mg postassium.Kalau nak buat jus sayuran tadi, bolehlah tambah ubi bit dan bayam sekali.
  • Pisang
Pisang pula mengandungi 470mg potassium, turut membantu proses penghadaman dan membuang toksin dan logam berat dari badan, sekaligus turut membantu membersihkan hati.

4. Detox usus dengan kopi
Namun, dikatakan proses ini dibantu oleh kopi organik yang meningkatkan pengaliran cecair hempedu, yang dapat membantu hati dan pundi hempedu. Glutathione, yang merupakan bahan pencuci yang kuat dihasilkan dan membantu mengeluarkan toksin yang berkumpul dalam badan.

5. Makanan tambahan milk thistle, dandelion dan kunyit.
  • Milk thistle
Ini adalah salah satu herba yang dikatakan raja detox, jadinya memang sangat bagus untuk detox hati. Milk thistle membantu membuang logam-logam berat,ubat-ubatan, pencemaran alam sekitar dan alkohol dari hati.
Selain itu, pesakit kanser yang mendapat rawatan kemoterapi atau radioterapi  juga turut mendapat manfaat dengan mengurangkan kesan yang buruk kepada hati. Bahan aktif dalam herba ini yang dipanggil silymarin membantu menguatkan dinding sel hati dan turut membantu pembinaan sel-sel hati yang baru.
  • Dandelion
Dandelion adalah bunga yang senang ditemui di semak-semak dan biji benihnya berterbangan apabila ditiup angin. Bunga dan akar tumbuhan ini rupanya terkandung banyak vitamin dan mineral. Bersifat diuretik secara semulajadi, membantu hati untuk menyingkirkan toksin dengan lebih cepat. Selain itu, ia turut membantu menguatkan sistem imun, mengawal gula dalam darah dan mengurangkan pedih ulu hati.
  • Kunyit
Kunyit adalah herba yang paling senang didapati dari dapur rumah sendiri. Khasiat kunyit ialah membantu mengurangkan sakit sendi, mengurangkan tekanan, membantu penghadaman, mengawal gula dalam darah dan membantu metabolisme dalam hati dan memperbaik tisu hati.
 
6. Suplemen untuk detox

Berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee dan mengetahui lebih lanjut berkenaan Set Detox  anda boleh hubungi saya:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

0 comments:

Post a Comment