Tuesday, March 15, 2016

4 Langkah Atasi Serangan Jantung, Elakkan Mati Muda

Saya mempunyai dua orang bapa saudara yang kedua-duanya meninggal dunia akibat serangan jantung. Dan berita kematian ini sangat menyedihkan terutama buat Pakndak saya kerana hanya tinggal 2 hari lagi sebelum umat islam menyambut Hari Raya. Serangan jantung ni berlaku ketika Pakndak saya memandu kereta hendak pulang kerumah selepas waktu kerja. Manakala Pakteh saya pula diserang sakit jantung semasa bercuti di kampung.

Masalah jantung tidak dapat dikesan selain dengan melakukan pemeriksaan berkala. Masalah jantung mungkin boleh memberi amaran seperti selalu sesak nafas, bengkak kaki ataupun jantung berdebar-debar, namun dalam kebanyakan masa serangan jantung boleh menyerang dengan tiba-tiba dan mungkin boleh menjadi penyebab kita ‘ke sana’.

Ujian tahap kesihatan jantung.

Penyakit jantung hanya boleh diketahui melalui ujian berkala. Untuk menguji kesihatan jantung, ada satu ujian yang dipanggil ‘stress test’. Stress test dibuat untuk mengetahui kadar stress yang mampu ditanggung oleh jantung sebelum rentaknya menjadi tidak normal ataupun kekurangan bekalan darah ke otot jantung.

Orang yang menjalani ujian ini akan dipasangkan ke mesin ECG dan perlu berlari di atas threadmill selama 10 minit dengan kelajuan berbeza. Mesin ECG akan merekod keadaan jantung semasa tekanan diberikan.
Untuk yang tidak boleh berlari, adenosine atau dobutamin akan diberikan kerana kedua-dua bahan ini memberi kesan yang sama seperti bersenam.

Mungkin terdapat klinik atau hospital swasta yang menyediakan khidmat ini kepada sesiapa sahaja. Untuk hospital kerajaan pula, setahu saya seseorang akan dirujuk untuk melakukan ujian ini sekiranya disyaki mempunyai masalah jantung.

Kita  perlu sayangi jantung dan jaga kesihatannya. Kita pun tentu tak mahu kan, ucapkan selamat tinggal dunia dalam keadaan tak bersedia? Sebelum kita disahkan penghidap penyakit jantung, jangan kita benarkan dia mendekati kita.

4 Langkah pencegahan untuk elakkan penyakit jantung

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan penyakit jantung. Langkah ini sepatutnya mudah saja, namun dalam keadaan kita sekarang saya kurang pasti kalau kita ada kekuatan dan boleh komited.

1. Berhenti merokok dan jauhi rokok bagi yang belum mencuba.

Sekali hisapan rokok boleh memusnahkan 1 kumpulan alveoli. Bayangkan kalau dah merokok lama, dan bayangkan juga ahli keluarga kita atau orang sekeliling yang tidak merokok tapi terpaksa terima padah kerana asap rokok kita, malahan kesan kepada mereka adalah lebih buruk.

Perokok-perokok ini kebanyakannya lelakilah, walaupun wanita tak terkecuali. Kadang-kadang nak menitik air mata bila makan di kedai dan ada orang merokok tanpa pedulikan kanak-kanak disekeliling, malah boleh pula merokok depan anak-anak dia.

Cukuplah awak sorang dapat kesan buruknya. Jangan libatkan orang lain. Saya tahu ramai isteri yang tak setuju dan balik-balik menegur suami. Mungkin dah fed-up, maka isteri diam diri sahaja. Jangan risau isteri kerana ada cara yang mudah untuk ‘paksa’ suami berhenti merokok. Memang terpaksa berhenti.

2. Jaga pemakanan

Amalkan makan pelbagai jenis makanan, namun lebihkan yang berserat dan banyakkan minum air masak. Makanan berkolesterol dan berlemak tu tolak jauh-jauh.
Namun, agak sukar juga kan? Sebab kita sekarang sibuk, tiada masa sediakan makanan. Paling senang, makanan segera. Murah pun murah, cepat pun cepat.
Ataupun, kita makan di kedai makan biasa, tapi biasanya tukang masak akan campur perasa tambahan untuk menambahkan selera atau masakan disediakan terlebih lemak. Tak dapat juga jaga kesihatan.

32 mati sakit jantung
3. Bersenam secukupnya

Pakar mencadangkan untuk mengekalkan kesihatan, seseorang memerlukan senaman ringan dalam 20-30minit 3 kali seminggu. Namun mungkin susah juga kalau sibuk bekerja kan? Jadi apa kata, parking lebih jauh daripada tempat kerja lepas tu berjalan lah.
Tapi, saya percaya memang agak susahkan? Sebab saya sendiri pun, kalau boleh nak park kereta betul-betul depan pintu ofis. Namun, demi kesihatan kita, harapnya dapat buat sesuatu.

4. Rehat secukupnya.

Rehat yang cukup sebenarnya sangat subjektif. Ia bergantung kepada diri seseorang individu. Namun rata-rata memerlukan 6-8jam tidur untuk mendapatkan rehat secukupnya.
Namun, dalam keadaan dunia sekarang dengan masalah ekonomi, mungkin ramai yang terpaksa bekerja siang malam untuk mencukupkan perbelanjaan keluarga. Hakikatnya, tanpa tidur yang cukup jantung terpaksa melakukan kerja dengan lebih kuat.
Cukuplah 4 langkah yang saya bagi, tapi kita tetap mempunyai banyak alasan untuk tidak melakukannya.

Jadi, apa yang terbaik untuk jantung?

Jika anda rasa susahnya nak melakukan 4 langkah diatas, izinkan saya mencadangkan suplemen terbaik untuk jantung, iaitu

Vivix

Vivix merupakan ramuan anti penuaan pertama di dunia yang merawat tubuh dari peringkat sel. Vivix membantu menghasilkan sel yang baik dan sudah tentu berfungsi dengan lebih baik.

vivix elakkan serangan jantung

Perlukah Anda mengambil Vivix ini?

Tiada masalah jika tak mahu makan suplemen jika anda boleh jaga 4 perkara yang kita dan bincang kat atas. Nenek moyang kita dulu pun tak makan supelemen, umur panjang je.

Sebab saya tahu, saya sendiri pun sukarnya nak betul-betul disiplin tapi saya dan suami tidak merokok ye. Sebab itu saya cadangkan makanan tambahan untuk membantu mencukupkan nutrisi harian kita.

Jika anda fikir anda masih muda tak tak perlukan semua ini, saya minta anda fikirlah sekali lagi. Dengan gaya hidup yang dah berubah, risiko untuk mendapat penyakit bila-bila saja. Sebelum dapat penyakit, mari kita elakkan awal-awal.


Untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

0 comments:

Post a Comment