Parut Pembedahan Selepas Bersalin
PEMBEDAHAN untuk melahirkan anak yang dikandung dinamakan pembedahan caesarian section.
Pembedahan sebegini boleh dilakukan melalui pembukaan yang sama di kulit iaitu secara melintang di bahagian bawah perut ataupun secara menegak di antara pusat hingga ke pubis.
Parut yang terbentuk di kulit (luar) tidak mungkin pecah setelah sembuh walaupun sudah dibedah beberapa kali. Setiap kali pembedahan yang baru dilakukan parut yang telah terbentuk akan dibuang dan parut baru akan terbentuk. Perlu diketahui bahawa kulit boleh ditegangkan beberapa kali ganda tanpa ianya pecah terburai. Keadaan ini boleh diperhatikan apabila seseorang ibu hamil kembar ataupun hamil berganda melebihi dua atau apabila perut sudah terlalu gemuk hingga perut membuncit.
Keadaan ini amat berbeza bagi parut pada rahim (dalam abdomen) yang terbentuk setelah pembedahan caesarian dilakukan. Kekuatan parut yang terbentuk pada rahim bergantung kepada beberapa faktor.
Penyembuhan yang sempurna tanpa jangkitan kuman semasa proses penyembuhan. Tanda jangkitan berlaku pada parut rahim ialah pengeluaran darah nifas yang busuk, pendarahan nifas yang banyak, demam dan sakit perut. Parut yang dijangkiti kuman semasa proses penyembuhan akan menjadi lemah.
Parut yang dibuat di bahagian bawah rahim “lower segment caesarian section”
adalah lebih kuat daripada parut yang dibuat menegak pada otot rahim
“classical caesarian section”. Parut yang berbentuk T terbalik pada otot
rahim adalah parut yang paling lemah.
Apabila doktor membincangkan tentang kekuatan parut dan kemungkinan berlakunya pecah pada parut pembedahan caesarian semasa kehamilan atau semasa proses bersalin, yang dirisaukan ialah parut pada otot rahim bukan parut pada kulit. Ramai pasangan keliru mengenai fakta parut ini. Oleh itu seseorang ibu yang telah menjalani pembedahan caesarian dan ingin mencuba melahirkan anak yang seterusnya secara normal perlu dipastikan bahawa parut pada otot rahimnya kuat (tidak ada faktor yang melemahkannya seperti yang dibincangkan di atas) dan saluran kelahirannya (tulang pelvis) cukup besar dan tidak sempit (cephalopelvic disproportion).

Melahirkan
anak melalui saluran tulang pelvis yang sempit dan pada masa sama
mempunyai parut pada rahim akan meninggikan risiko parut di otot rahim
itu pecah disebabkan saluran “tersumbat” dan rahim akan pecah pada
tempat yang paling lemah ia itu pada parutnya.
Parut rahim yang pecah boleh menjejaskan nyawa ibu dan anak yang dikandung. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Lazimnya kadar parut yang pecah bagi “lower segment caesarian section” adalah antara 0.5% -2 %. Risiko parut pecah berlaku lebih tinggi jika terdapat faktor-faktor yang melemahkan kekuatan parut itu ataupun jika telah terdapat lebih daripada satu pembedahan caesarian.

Pembedahan
lain seperti pembedahan untuk membuang sista, kandungan luar rahim
(ectopic pregnancy) tidak diambil kira untuk menentukan kekuatan parut
pada rahim. Pembedahan-pembedahan lain tidak membabitkan pembedahan dan
pembentukan parut pada rahim melainkan jika pembedahan dibuat pada
rahim seperti pembedahan untuk membuang fibroid semasa tidak hamil.
Risiko untuk parut pada rahim pecah adalah lebih tinggi jika seseorang
ibu mengalami kesakitan untuk bersalin (labour).
Perlu
diingatkan juga bahawa lagi banyak pembedahan dilakukan akan
membuatkan pembedahan seterusnya menjadi lebih susah disebabkan oleh
pelekatan organ-organ seperti usus dan pundi-pundi kencing. Berulangnya
pembedahan caesarian juga meninggikan risiko uri di bawah menutupi
saluran kelahiran, plasenta praevia dan juga keadaan uri melekat pada
otot rahim (placenta accreta).
Jika anda sedang mencari Set Bersalin Secara Pembedahan Anda boleh mendapatkan Set Berpantang Shaklee ini:
Untuk mendapatkan Set Berpantang ini anda boleh terus klik
link di bawah dan terus order!!
Berminat untuk mendapatkan produk
Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda
boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak
mendapat konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
0 comments:
Post a Comment