Kedudukan bayi yang normal adalah posisi kepalanya dibawah sementara kaki berada di atas. Hal ini sekiranya kandungan masih awal atau di bawah 34 minggu, kedudukan bayi adalah tidak menentu. Ini tidak perlu dirisaukan kerana pada ketika ini bayi masih ringan dan bebas bergerak di dalam rahim ibu.
KEDUDUKAN BAYI DALAM KANDUNGAN
Kenapa Bayi Songsang?
Tiada sebab yang jelas mengapa kedudukan kepala bayi yang tidak pusing. Dalam kes-kes lain, kedudukan bayi songsang mungkin dikaitkan dengan
- Kelahiran bayi yang bermula sebelum minggu ke-37 kehamilan iaitu di mana sebelum bayi akan memusingkan kepala ke bawah sendiri.
- Anak kembar dua atau lebih. Ruang yang terhad untuk dua atau lebih bayi boleh mengehad mereka berpusing ke bawah sebelum bersalin.
- Cecair air ketuban yang terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam rahim. Air ketuban yang terlalu banyak memberi lebih ruang dan bayi bebas berpusing di saat-saat kelahiran. Air ketuban yang terlalu kurang mengehadkan bayi menukar posisi di saat-saat kelahiran jika kepala bayi masih di atas.
- Masalah rahim seperti rahim yang berbentuk aneh atau terdapat pertumbuhan fibroid dalam rahim. Jika fibroid dalam rahim terlalu besar, ia juga mungkin menghalang bayi untuk memusing.
- Otot rahim yang lemah dan regang akibat daripada kehamilan yang lalu.
- Masalah dengan kecacatan bayi, termasuk jantung, saluran penghadaman, dan masalah otak, seperti sindrom Down, anencephaly, atau hydrocephalus.
1. SOLAT HAJAT
Amalkan solat hajat setiap malam untuk memudahkan bayi songsang kembali
kepada kedudukan yang betul untuk elak luka bersalin secara pembedahan.
Solat hajat bagus dilakukan sepanjang hamil untuk memudahkan proses
kehamilan dan bersalin.
2.DOA
DOA BAYI SONGSANG |
Amalkan Doa membalikkan bayi yang songsang dalam kandungan setiap hari.
Ingat je baca tau! InshaAllah dengan mengamalkan doa ini, kedudukan bayi
songsang kembali kepada keadaan asal.
3. MINUM AIR SOLAT HAJAT.
Lebih afdal sekiranya air solat hajat untuk membalikkan kedudukan bayi
songsang tersebut dibuat oleh ibu bapa sendiri. Amalkan setiap hari
sehingga kedudukan bayi songsang kembali normal.
4. BERCAKAP DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN
Tips ke 4 ni paling mudah, sentiasalah bercakap dengan bayi dalam
kandungan. Minta tolong bayi dalam kandungan untuk membalikkan kedudukan
beliau ke kedudukan normal. Sebolehnya lakukan setiap hari apabila ada
masa^^^
5. BANYAKKAN BERADA DI DALAM KEADAAN BERSUJUD
Mengikut kajian, bayi dalam kandungan tidak suka berada di posisi ibu mereka bersujud sekiranya bayi berada berada dalam keadaan songsang. Mereka akan cuba untuk berpusing dan kembali kepada kedudukan normal. Maka, ibu perlulah banyak berada di posisi bersujud untuk membantu membalikkan kedudukan bayi songsang. Lamakan posisi bersujud ketika solat sekurang-kurangnya dalam 5 minit. Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit.Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.
POSISI SUJUD |
6. AIS BATU
Letak
pek ais di atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk
kat kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke
bawah.
7.TOUCH LIGHT
Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kat bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.
Kepada ibu - ibu mengalami masalah kedudukan bayi songsang, boleh amalkan 7 tips di atas. Dengan izin Allah, kedudukan bayi songsang kembali normal.
Semua ibu bersalin nak cepat2 kurus kan? Tengok macam mana ibu muda ni boleh kurus dengan cepat tanpa menyusutkan susu badan. best giler!
Sekiranya ibu-ibu ingin mendapatkan SET BERSALIN SHAKLEE, boleh hubungi saya SMS/whatapps: 013-4505852 , ibu-ibu layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-
Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment