Monday, July 13, 2015

Tips Mudah Dan Pantas Packing Barang Raya.


Sekejap jer dah nak raya kan. Kalau Raya jer wajib balik kampung. Walaupun ada jugak yang bijak pandai bagi cadangan untuk penjimatan disaat gawat sekarang ni jangan balik kampung, elok abaikan jer nasihat yang tidak bermanfaat tu yer. 
 
Barang nak balik kampung dah pack belum? Sibuk dengan kerja, last minit baru nak pack kan. Biasanya kerja pack barang ni ibu-ibu ler yang kena buat, sebab ibu-ibu kan pandai bab keperluan anak2 nak pakai dan kesesesuaian ( pendek kata cerewet). Jadi untuk membantu ibu2 kat luar sana lebih mudah nak packing barang, boleh ikuti tips ini yer.
 
1) Sediakan senarai untuk setiap ahli keluarga 
Buat satu senarai untuk setiap ahli keluarga dalam satu kertas A4(contohnya pakaian, alat2 mekap, dan makanan). Kalau anak2 dah besar ibu-ibu buat checklist dan bagi sorang satu suruh anak2 ambik sendiri barangan keperluan mereka dan longgokan di satu ruang. Pastu ibu2 boleh tolong check untuk pastikan semua barang dah lengkap.
Tip: simpan senarai ini sehingga sebelum pulang ke rumah untuk check kalau2 ada yang tertinggal 

2) Lipat dan gulung baju dalam beg 
Gulung baju yang ingin dibawa dan bukan sekadar lipat sahaja. Lagi mudah untuk tengok sekali imbas dan ambil dari menyelongkar sampai ke dasar beg, takut kacau baju lain yang dah dilipat cantik. Malah menggulung baju pun amat menjimatkan ruang. 


Untuk baju yang mudah berkedut (biasanya baju raya perempuan), gosok dahulu baju cantik2 dan simpan dalam baju pelindung plastik sebelum dilipat kemas. Plastik itu akan melindungi baju dari sebarang kedutan yang menjengkelkan. 


3) Barang kemas dan produk kecantikan disimpan dalam bekas kecil
Pengunaan bekas kecil memang menjimatkan ruang dengan banyak. Bekas yang mempunyai banyak bahagian (contohnya bekas ubat) adalah yang terbaik untuk mengasingkan barang kemas dari tersimpul dan hilang dicelah2 beg.

Gunakan juga bekas yang kecil (travel size orang kata) untuk simpan produk yang berbentuk cecair seperti syampu, pelembab, dan BB cream. Sebab ia dalam bentuk cecair, sebaiknya guna bekas yang pentupnya tutup rapat (lihat gambar). 


Tip: kalau ada je bekas2 yang kecik terus bersihkan dan simpan. Boleh guna masa2 kritikal mcm ni kan? 

4) Simpan pencukur dengan selamat

Gunakan klip fail seperti gambar untuk melindungi tangan ketika mengambil pencukur dalam beg. Tip ini amat penting lagi2 kalau ada anak yang kecil lagi.

 5) Balut barangan berkaca dengan kain

Barangan berkaca seperti pewangi dan deodorant kalau berlaga kuat boleh pecah (lagi2 yang bentuk cecair, habis bercampur bau dan rosak fabrik baju). Sebaiknya balut barangan tersebut dengan kain dan diikat kemas dengan getah atau lagi mudah, guna aja stokin lama dan sumbat terus sebelum disimpan dalam beg (basuh stokin lama dulu ye) 

 6) Gunakan bekas yang lutsinar untuk mudah dilihat

Bekas lutsinar yang berzip seperti dalam gambar sangat mudahkan kerja kita dari membazir masa mengorek satu persatu kan? Kotak keras atau plastik ziplock juga boleh dijadikan alternatif, asalkan dia lutsinar. Labelkan juga bekas2 tersebut untuk memudahkan anda mencari barang,

7) Sediakan ruang penyangkut untuk barang keperluan dalam perjalanan
Simpan sahaja apa yang diperlukan oleh ahli keluarga dalam ruang penyangkut ini (biskut kudapan, botol air). Malah sedikit mainan anak juga boleh disimpan untuk membantu anak mengisi masa dan mengelakkannya dari bosan.  
Tip: Ia sangat berguna lagi2 jika ruang dalam kereta adalah terhad kerana penyangkut ini boleh memaksimumkan ruang.

8) Simpan makanan dalam bekas KHAS sahaja

Makanan kalau dah dibawa masuk dalam kereta pasti akan bersepah. Elakkan dengan menyediakan bekas khas untuk makanan sahaja. Dengan bekas ini lebih mudah, hanya perlu pass bekas sahaja tanpa risau tertumpah/meleleh keluar. 
Tip ini juga berguna dengan menyediakan bekas/plastik khas untuk sampah di dalam kereta.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive