Sunday, August 2, 2015

Makanan Untuk Jadi Abang Sado

 
Sekarang ni menjadi trend orang lelaki nak tubuh badan Sado. Sampai kan tajuk drama pun ada tajuk "Abang Sado , Kau Ado ?" Malahan adik saya sendiri sibuk nak jadi "Abang sado". Tetiap hari dia ke gim malahan  pelbagai supplement juga penuh kat atas kabinet dapur bagi tujuan mendapatkan tubuh badan "Abang sado".

Jika anda sedang berusaha untuk membina otot, sebenarnya ia adalah lebih daripada sekadar memulakan rutin latihan mengangkat berat. Anda perlu menukar diet pemakanan anda juga. Memilih pemakanan untuk sado yang betul secara berkesan akan meningkatkan pembesaran otot anda dan juga mengisi zat badan anda selepas senaman.

Berikut adalah 5 tips memilih pemakanan untuk sado :

1. Tingkatkan bahagian hidangan & kadar pengambilan makanan anda.
Jika anda mengangkat berat, maka anda perlu makan lebih kerap. Orang yang aktif memerlukan lebih banyak kalori daripada orang yang tidak aktif bersukan.

2. Atur jadual & waktu makan anda.
Anda perlu makan sekurang-kurangnya satu jam sebelum senaman yang dirancang anda. Ini memberi masa badan anda cukup untuk menghadamkan makanan, supaya anda mempunyai tenaga untuk bersenam. Anda juga perlu makan sesuatu dalam jumlah yang kecil, contohnya makan kuantiti buah-buahan secara sederhana adalah baik selepas latihan bina badan.

3. Tambah jumlah karbohidrat dalam diet anda.
Anda mungkin pernah mendengar orang yang ambil makanan berkarbohidrat tinggi sebelum dan selepas senaman. Karbohidrat memberi badan anda lebih banyak tenaga dan menggantikan nutrien yang hilang semasa senaman anda.

4. Lebihkan sumber protein dalam makanan anda.
Sebaik-baiknya, anda mahu makan sumber protein tanpa lemak apabila anda cuba untuk membina otot. Ayam, ikan dan daging adalah pilihan yang terbaik untuk pembina badan.
Pengambilan Ikan Salmon juga amat bagus untuk kesihatan jantung. Omega 3 yang ada dalam minyak ikan penting dalam menjaga kesihatan jantung. Pengambilan minyak ikan memang bagus dalam pembinaan otot dan pembakaran lemak, ianya boleh didapati dalam bentuk kapsul atau memakan ikan yang kaya dengan Omega 3 beberapa kali dalam seminggu. Lagipun, protein dalam ikan salmon lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh.
 
5. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Buah & sayuran menyediakan tubuh anda dengan vitamin dan nutrien yang mencukupi semasa anda membuat latihan bina badan yang berat untuk menambahkan pembesaran otot. 
Contohnya bayam merupakan makanan paling baik untuk membina otot.Ia merupakan bahan bakar otot kerana meningkatkan sintesis protein hingga mencapai 120%. Disebabkan itu, jaringan otot mampu memperbaiki dirinya sendiri.
Nanas dan betik pula kedua dua buah ini baik untuk penyembuhan otot. Ia dapat memecah protein untuk proses pencernaan.

6. Pengambilan Supplement 
Perlu untuk memenuhi kekurangan nutrisi akibat pemilihan makanan yang tidak seimbang. Ini penting untuk mengekalkan kecergasan dan menjadikan "Abang sado" lebih bertenaga.

Tips Tambahan Pemakanan Untuk Sado Yang Penting!

1. Jangan lupa untuk minum air yang banyak semasa dan selepas senaman angkat berat. Dehidrasi @ kekurangan air dalam badan boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius.

Tahukah anda terdapat minuman isotonik bebas gula dan karbonat yang boleh diambil untuk mengekalkan bendalir di dalam badan anda dan mengekalkan kecergasan anda?

2. Anda juga boleh mencari & menggunakan sumber vegetarian untuk keperluan protein pada tubuh anda. Anda boleh menggunakan sumber tumbuh-tumbuhan untuk protein dan juga telur.

Ketahui Sumber protein dari tumbuhan di SINI

Selain dari pemakanan anda juga perlu mengira kandungan kalori yang diambil, dan melakukan aktiviti senaman  dalam memperoleh badan perkasa 'six pack' ala abang sado.

Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


Share:

1 comment:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive