Ada banyak petua lama yang sering diamalkan oleh orang-orang dulu dalam menjaga makanan dan sayuran agar tahan lama
bagi mengelakkan makanan atau sayuran itu cepat busuk. Cara atau petua
lama yang diamalkan juga mudah dan boleh dilakukan oleh generasi muda.
Tips Simpan Makanan Dan Sayuran Agar Tahan Lama
1. Caranya anda boleh membungkus sayuran berdaun (eg: bayam,sawi,kailan,kangkung)
dengan suratkhabar lama dan barulah dimasukkan ke dalam plastik. Dengan
cara ini sayuran berdaun akan lebih tahan lama. Adakalanya sampai 1mggu
lebih.
2. Tahukah korang plastik pembungkus milo,ovaltine,nescafe
etc. yg kedap udara tu adalah sgt berguna. So lepas mengosongkan plastik
bungkusan itu jgn dibuang. Basuh dan kemudian boleh diguna pakai
semula. Simpan sayuran jenis buah (eg:tomato,cili,terung,bendi etc.) ke
dalam pembungkus milo itu. Kemudian lipat sedikit bukaan pembungkus itu. Sayuran akan lebih tahan lama dan akan kelihatan segar
seperti baru dibeli.
3. Halia dan kunyit yang terdedah akan cepat rosak. Cuba letak halia dan kunyit di dalam bekas plastik dan ikat rapi. Halia dan kunyit akan tahan lebih lama.
4.Taugeh memang cepat layu dan mudah lembik. Untuk menyegarkan taugeh. Rendam taugeh dalam air dan letakkan sekeping asam gelugur di dalamnya. Taugeh akan kekal segar .
5.Untuk elakkan cili kisar cepat basi, semasa mengisar masukkan sedikit minyak. Cara ini bukan sahaja akan membuatkan cili kisar tahan lama tetapi akan menghancurkan bijinya.
6. Jika anda membeli cili benggala dalam kuantiti yang banyak, ada kemungkinan ia akan rosak dan tidak segar lagi walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Apa kata anda lapkan terlebih dahulu cili benggala tersebut dengan kain lembap dan letak dalam bekas kedap udara sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.
7. Jika mengupas bawang dalam kuantiti yang banyak, Jangan basuh
bawang tersebut sebab ia akan cepat rosak atau busuk. Sebaliknya Simpan
dalam plastik atau bekas kedap udara di dalam peti sejuk. Apabila hendak
digunakan barulah dibasuh.
Tahukah anda terdapat pencuci "Basic H" yang boleh mengembalikan kesegaran sayuran anda yang telah layu?
Selamat mencuba petua warisan orang lama yang dikongsikan di atas. Semoga bermanfaat buat kita semua.
Hubungi saya untuk mendapatkan produk shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-
makasih buat tipsnya, sangat membantu gan
ReplyDelete