Ketulan pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang
mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya
tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah
ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan
ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah.
Punca Kanser Payudara
Setakat ini tiada siapa yang benar-benar pasti apa punca kanser
payudara. Antara faktor yang sering dikaitkan dengan kanser payudara
termasuk:
- sejarah kanser dalam keluarga,
- umur,
- genetik,
- pil perancang keluarga,
- berat berlebihan
- gaya hidup kurang aktif.
Menurut Dr. Joseph Mercola,
antara punca utama kanser payudara adalah:
- kekurangan nutrien
- pendedahan kepada pencemaran alam sekitar.
Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:
1. Ketulan dalam payu dara.
Tanda ini adalah yang paling
lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan
itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak
sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu
dara.
Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau
doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian
atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada
bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang
rendah.
2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.
3. Keluarnya darah atau nanah daripada puting payu dara
Cairan darah yang keluar umumnya tidaklah banyak, namun cukup mengganggu. Selain darah ada juga berupa cairan kekuningan seperti darah putih atau bahkan nanah. Hal ini biasanya diikuti dengan rasa nyeri pada permukaan payudara dan rasa gatal pada daerah sekitar puting . (Kadang kala ini bukan bermakna kanser, namun tetap harus berwaspada.)
4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara.
Perubahan
yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau
d’orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah
telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat
olehnya.
5.Perubahan bentuk payu dara.
Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya
supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat
perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita
dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi
membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang
sepatutnya.
6. Perubahan bentuk puting payudara
Puting payudara menjadi rata, masuk ke dalam atau terbalik dan terasa sakit yang berlanjutan
7. Payudara terasa panas, kemerahan dan bengkak
8. Terasa sangat gatal di sekitar puting
9.Perubahan Warna
10 Adanya benjolan-benjolan kecil
11.Benjolan keras tidak bergerak
12.Permukaan kulit payudara menjadi mengelupas
Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?
1. Wanita
Mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.
2. Sejarah keluarga
Risiko barah payu dara bagi
seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit
payu dara pada keluarga terdekat (first degree relatives) seperti ibu,
kakak, adik atau emak saudara.
3. Sejarah barah
Apabila seseorang wanita telah
menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat
kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu
dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko
untuk barah payu dara.
Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga
meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit),
usus dan rahim.
4. Sejarah haid dan pembiakan
Wanita yang mempunyai
masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi
untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang
pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid
pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak
merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang
pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.
5. Pemakanan
Pengambilan lemak secara berlebihan
meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil
banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam
makanan.
6. Pengambilan hormon
Kajian telah menunjukkan bahawa
wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone
replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang
lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan
hormon secara berterusan.
7. Obesiti
Wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.
Peringkat Kanser Payudara
Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).
Peringkat I
Merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak.
Peringkat II
Merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.
Peringkat III
Ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.
Peringkat IV
merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.
Kaedah dan Pilihan Rawatan
Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara.
Berbincanglah dengan doktor anda untuk pilihan rawatan yang sesuai
dengan anda atau pesakit berkenaan. Pilihan rawatan umum untuk kanser
payudara adalah pembedahan, terapi radiasi, kemoterapi, terapi hormon
dan terapi sasaran.
Sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pilihan
rawatan, pastikan keputusan biopsi diteliti dahulu oleh pakar yang
berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas tentang kanser payudara.
Terdapat juga rawatan alternatif seperti pengambilan supplement yang tinggi dan kaya dengan antioksidan dan mengambil makanan yang mempunyai nutrien tertentu dapat menghindari dan menyembuhkan pesakit kanser payudara ini.
Sekiranya
anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya
dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat
konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment