Wanita adalah makhluk istimewa yang melalui beberapa fasa dalam
hidupnya. Setiap orang perempuan dewasa yang normal akan mengalami fasa menopause. Menopaus bukanlah penyakit,
tetapi adalah perubahan semulajadi dan perjalanan hidup yang harus
dilalui oleh seorang wanita. Tak dinafikan, keadaan ini bukanlah mudah,
namun minda adalah kunci penyelesaian. Tetapkan dalam minda bahawa anda
mampu dan boleh melalui fasa ini.
Apakah Menopause?
Menopause adalah situasi normal yang berlaku apabila usia seorang
wanita semakin meningkat tua. Apabila berlaku perubahan sebaik saja
sebelum ataupun selepas haid terhenti, dinamakan sebagai menopause. Bila
kitaran dah berhenti sepenuhnya, bermakna keupayaan untuk melahirkan
anak ataupun reproduksi juga sudah berhenti.
Proses menopause yang normal terjadi dalam 3 fasa iaitu:
- Perimenopause – Ovari secara berperingkat-peringkat mula kurang menghasilkan estrogen. Tanda-tanda menopause mula dialami wanita.
- Menopause – Pada masa ini wanita dah mula mengalami kitaran haid terakhir. Ovari juga mula berhenti mengeluarkan telur dan menghabiskan baki hormon estrogen yang tinggal.
- Post menopause – Tanda-tanda menopause dah mula kurang dan hilang. Tapi penyakit-penyakit dan isu kesihatan mula timbul apabila usia makin meningkat akibat daripada kehilangan hormon estrogen dalam badan.
Apakah Punca Menopause?
Setiap wanita yang lahir mempunyai sejumlah bilangan telur yang tersimpan dalam ovari. Ovari juga menghasilkan hormon estrogen dan progesterone yang mengawal proses haid dan ovulasi dalam tubuh. Menopause terjadi bila ovari berhenti mengovulasikan (mengeluarkan) telur setiap bulan dan kitaran haid terhenti.
Menopause dianggap sebagai sebahagian daripada proses penuaan normal sekiranya ianya berlaku di usia selepas 40an. Tapi malangnya terdapat wanita yang alami menopause lebih awal mungkin disebabkan oleh pembedahan (hysterectomy) dan juga kerosakan pada ovari (akibat kemoterapi). Menopause yang berlaku sebelum usia 40 tahun dipanggil premenopause.
Menopause dianggap sebagai sebahagian daripada proses penuaan normal sekiranya ianya berlaku di usia selepas 40an. Tapi malangnya terdapat wanita yang alami menopause lebih awal mungkin disebabkan oleh pembedahan (hysterectomy) dan juga kerosakan pada ovari (akibat kemoterapi). Menopause yang berlaku sebelum usia 40 tahun dipanggil premenopause.
Simptom-Simptom Menopause Biasa
Berikut adalah tanda-tanda menopause yang dialami oleh ramai wanita:
- Haid tidak teratur (haid terlalu kerap atau langsung tak datang haid)
- Insomnia
- Ketidakseimbangan emosi (mood swing)
- Kelesuan
- Tekanan
- Mudah tersentuh
- Sakit kepala
- Degupan jantung laju
- Sakit lutut, otot dan sendi
- Perubahan kepada libido (nafsu seks berkurangan)
- Kekeringan vagina
- Sukar mengawal pundi kencing
Isu Kesihatan Jangka Panjang Yang Dikaitkan Dengan Akibat Daripada Menopause
Akibat daripada menopause, sistem dan fungsi tubuh yang lain juga
akan terkesan dan berikut adalah isu- isu kesihatan yang selalu timbul
antaranya ialah:
- Osteoporosis
- Sakit jantung
- Pundi kencing, sistem pencernaan dan pembuangan terjejas
- Risiko mengalami Alzheimer
- Kulit kurang elastisiti (kedutan mula timbul)
- Kekuatan dan kepejalan otot mula lemah
- Lemah daya penglihatan disebabkan oleh katarak (cataract) dan juga kerosakan kepada retina mata (macular degeneration)
- Dan lain-lain
Cara Menghadapi Dan Menangani Menopause
Sekiranya ada mengalami simptom-simptom seperti di atas, sebaiknya
segera lah berjumpa dengan doktor pakar sakit puan. Doktor akan buat
ujian darah untuk mengenalpasti samada ianya benar disebabkan oleh
Menopause ataupun disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang perlu
diberi perhatian dan rawatan segera.
Bagi wanita yang sihat menghadapi proses Menopause yang normal dan lancar, langkah-langkah berikut boleh diambil:
- Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor sekiranya ada simptom-simptom Menopause yang menggangu kualiti kehidupan seharian contohnya tak dapat tidur malam, terlalu letih hingga pengsan dan sebagainya
- Jangan lupa ambil ubat mengikut nasihat doktor sekiranya ada isu kesihatan yang timbul akibat daripada Menopause
- Amalkan pemakanan yang menyihatkan
- Amalkan senaman
- Elakkan stress
- Banyakkan minum air kosong
- Berfikiran positif dan menerima proses menopause sebagai sesuatu yang normal
- Tingkatkan amalan rohani
- Cuba dapatkan rehat dan tidur yang cukup
- Amalkan pengambilan supplement
Nutrien Penting Untuk Wanita Berusia
Amalan pengambilan vitamin tertentu sangat membantu meredakan
tanda-tanda dan gejala putus haid yang dialami wanita akibat menopause
ini. Ini kerana supplement
boleh bantu seimbangkan hormon dan memelihara kesihatan dalaman wanita.
Seterusnya membantu menjalani dan menerima proses kejadian menopause
dengan lebih tenang dan gembira.
Supplement yang berasaskan gamma-linolenic-acid (GLA) sangat membantu
memelihara sistem reproduktif wanita dan keseimbangan hormon dalam
badan wanita. Seterusnya membantu mengurangkan simptom-simptom putus
haid dan membantu wanita berusia untuk menjalani akviti kehidupan harian
dengan lebih sihat dan keanggunan kewanitaan tetap terpelihara.
Kalsium pula membantu memelihara sistem saraf dan kesihatan tulang
rangka dan mengurangkan risiko kejadian tulang rapuh. Wanita adalah
golongan yang berisiko mengalami Osteoporosis apabila hormon estrogen
sudah mula berkurang. Kalau lambat mengamalkan kalsium, tulang yang
rapuh dah tak dapat diperbaiki lagi dan hanya dapat dikawal saja.
Manakala antioksidan yang kuat sangat membantu memelihara dan
memperbaiki kerosakan sel-sel dalam tubuh. Apabila usia meningkat,
sistem imun menjadi lebih dan kerosakan akibat radikal bebas mudah
berlaku. Menyebabkan penyakit kronik seperti kanser mudah terjadi. Tapi
antioksidan kuat membantu sistem tubuh untuk berfungsi dengan baik dan
mengurangkan risiko terjadinya penyakit kronik.
Sekiranya
anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya
dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat
konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment